HUKUM-HUKUM PERKAHWINAN
Hukum asal suatu perkahwinan adalah harus sahaja tetapi dalam pada itu berkemungkinan boleh berubah menjadi wajib, sunat, haram dan makruh di mana sesuai dengan keadaan seseorang yang akan menempuh perkahwinan.
Huraiannya adalah seperti berikut :-
1. Perkahwinan yang wajib.
Orang yang diwajibkan berkahwin ialah orang yang sanggup untuk berkahwin, sedang ia khuatir terhadap dirinya akan melakukan perbuatan zina.
2. Perkahwinan yang sunat
Orang yang disunatkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin dan sanggup memelihara diri dari kemungkinan melakukan perbuatan yang terlarang.
3. Perkahwinan yang haram
Orang yang diharamkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin tetapi kalau ia berkahwin diduga akan menimbulkan kemudharatan terhadap pihak yang lain seperti orang gila, orang yang suka membunuh atau mempunyai sifat-sifat yang dapat membahayakan pihak yang lain dan sebagainya.
4. Perkahwinan yang makruh
Orang yang makruh hukumnya berkahwin ialah orang yang tidak mempunyai kesanggupan untuk berkahwin (dibolehkan melakukan perkahwinan) tetapi ia dikhuatiri tidak dapat mencapai tujuan perkahwinan. Oleh itu dianjurkan sebaliknya ia tidak melakukan perkahwinan.
Demikian huraian hukum-hukum perkahwinan yang boleh dijadikan panduan dan juga pengajaran yang baik kepada sesiapa yang hendak berkahwin.

















saya ingin tau lebih dalam tentang jikalau seorang isteri merajok dengan suaminya yang makin lama makin jauh, tidak begitu mempedulikan hak isterinya. dan pada mulanya si isteri redha sehingga 1 hari isteri tidak tahan lagi atas laku suaminya, alasan suami kepadanya ia sedang mempunyai masalah besar tentang keuwangannya. sedang kan isteri telah pun bekerja dan rela membantu suami. tetapi suami agak sukar untuk berubah walaupun telah dibantu oleh si isteri.
di sini saya ingin mengetahui apakah dosa jikalau seoang isteri merajuk kepada suami dan tidak mahu mengambil tau tentang masalah suaminya. dan membiarkan suaminya menyelesaikan seorang diri.
Oktober 22, 2007 at 1:28 am