"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

RUKUN NIKAH

1.      Calon isteri. (perempuan)

2.      Calon suami. (lelaki)

3.      Wali.

4.      Dua orang saksi.

5.      Akad ijab dan qabul.

 

1)      SYARAT-SYARAT CALON ISTERI

 

1.            Bukan mahram dengan bakal suami.

2.            Bakal isteri itu tentu orangnya, tidak sah perkahwinan kalau seorang bapa berkata: “Saya nikahkan awak dengan salah  seorang daripada anak-anak perempuan saya”.  Pendeknya mestilah ditentukan yang mana satu daripada anak-anaknya itu.

3.            Bukan isteri orang dan bukan pula masih dalam iddah.

4.            Benar-benar  yang ia seorang perempuan – bukan khunsa.

5.            Dengan rela hatinya bukan dipaksa-paksa kecuali bakal isteri itu masih gadis maka bapa atau datuk (bapa kepada bapa) boleh memaksanya berkahwin.

 

2)      SYARAT-SYARAT CALON SUAMI

 

1.      Bukan mahram dengan bakal isteri.

2.      Dengan pilihan hatinya sendiri, tidak sah berkahwin dengan cara paksa.

3.      Lelaki yang tertentu, tidak sah perkahwinan kalau wali berkata kepada dua  orang lelaki : “Saya nikahkan anak perempuan saya Aminah dengan salah seorang daripada kamu berdua.”

4.      Bakal suami mestilah tahu yang bakal isteri itu sah berkahwin dengannya.

5.      Bakal suami itu bukan sedang dalam ilham.

6.      Bakal suami tidak dalam keadaan beristeri empat.

 

3)      SYARAT-SYARAT WALI

 

1.      Islam, orang yang tidak beragama Islam tidak sah menjadi wali atau saksi.  Firman Allah:

 

 

        

 

Ertinya : Wahai orang yang beriman janganlah kamu ambil orang Yahudi dan orang Nasrani untuk menjadi wali.

 

(Surah Al-Maidah : Ayat 51)

 

2.      Baligh

3.      Berakal

4.      Merdeka

5.      Lelaki, perempuan tidak boleh menjadi wali.  Sabda Rasulullah SAW :

 

 

 

 

 

 

 

 

               Ertinya : Tidak harus perempuan mengkahwinkan perempuan dan tidak perempuan mengkahwinkan dirinya sendiri, dan kami berkata: perempuan yang mengkahwinkan dirinya sendiri adalah penzina.

 

(Riwayat Al-Dar Al-Qatni)

 

 

6.      Adil – tidak pasiq, sabda Rasulullah SAW :

 

 

 

Ertinya : Tidak sah perkahwinan itu melainkan dengan wali yang adil.

 

 

7.   Tidak dalam ihram, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

 

 

 

 

      Ertinya : Orang yang sedang berihram tidak boleh berkahwin dan tidak boleh mengkahwinkan orang lain.

 

<(Riwayat Muslim)

 

8.   Tidak cacat akal atau fikirannya samada kerana terlalu tua atau lainnya.

 

9.   Tidak dari orang yang ditahan kuasanya dari membelanjakan hartanya kerana bodoh atau terlalu boros.

 

 

4)      SYARAT-IJAB DAN QABUL

 

         a.   Syarat-syarat ijab :

 

1.      Hendaklah dengan perkataan nikah atau tazwij yang terang dan tepat.

 

               2.   Lafaz ijab itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan perkahwinan itu terbatas waktnya.

 

               3.   Dari wali sepertii katanya : “Saya nikahkan awak dengan anak saya Fatimah  dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai / bertangguh”, atau pun dari wakil  wali  seperti katanya : Saya nikahkan dikau dengan Fatimah binti Yusof yang telah berwakil wali ayahnya kepada  saya dengan mas kahwin sebanya lima ratus ringgit tanai / bertangguh”.

 

               4.   Tidak dengan lafaz ta’liq seperti kata wali : “Saya nikahkan dikau dengan anak saya Fatimah sekiranya anak saya itu diceraikan dan selesai iddahnya”.

 

 

b.   Syarat-syarat Qabul :

 

1.      Tidak berselang lama atau tidak diselangi dengan perkataan-perkataan lain di antara  ijab dan qabul.  Ertinya di antara ijab dan qabul tidak diselangi oleh sesuatu samada perkataan-perkataan yang lain daripada ijab dan  qabul atau diam yang lama, bukan diam untuk bernafas.

 

2.      Diterima oleh calon suami seperti katanya : “Saya terima nikahnya dengan mas kahwin sebanyak yang tersebut tunai / bertangguh”.  Ataupun wakilnya seperti katanya: “Saya terima nikahnya untuk Osman, (kalau calon suami itu bernama Osman) dengan mas kahwin yang tersebut”.

 

3.      Lafaz  qabul itu tidak berta’liq.

 

4.      Lafaz qabul  itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan nikah itu terbatas waktunya.

 

5.      Hendaklah disebut nama bakal itu atau ganti namanya, seperti kata calon suami : “Saya  terimalah nikah Fatimah atau nikahnya”.

 

6.      Lafaz qabul itu sesuai dengan lafaz ijab.

 

7.      Hendaklah lafaz qabul itu lafaz yang terang bukan sindiran.

 

 

5)      SYARAT-SYARAT SAKSI

 

1.      Kedua saksi perkahwinan itu mestilah beragama Islam.

2.      Lelaki

3.      Berakal

4.      Baligh

5.      Merdeka

6.      Adil (tidak fasiq).

7.      Melihat, tidak sah menjadi saksi orang yang buta.

8.      Mendengar, tidak sah menjadi saksi orang yang pekak.

9.      Kuat ingatan, maksudnya ingat apa yang didengar dan yang dilihat.

10.  Faham dengan bahasa yang digunakan dalam ijab dan qabul.

11.  Bukan yang tertentu menjadi wali seperti bapa atau saudara lelaki yang tunggal (tidak ada saudara lelaki  yang lain), ertinya : tidak sah perkahwinan sekiranya bapa atau saudara yang tunggal itu mewakilkan kepada orang lain untuk mengakadkan perkahwinan itu sedangkan mereka menjadi saksi dalam perkahwinan tersebut.

 

        

6)      SUSUNAN WALI

 

1.      Bapa

2.      Datuk sebelah bapa hingga ke atas

3.      Saudara seibu sebapa

4.      Saudara sebapa

5.      Anak saudara  lelaki seibu sebapa hingga ke bawah.

6.      Anak saudara lelaki sebapa hingga ke bawah

7.      Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas.

8.      Bapa saudara  sebapa  hingga ke atas.

9.      Anak bapa  saudara seibu sebapa (sepupu) hingga ke bawah.

10.  Anak bapa saudara sebapa (sepupu) hingga ke bawah.

11.  Kemudian hakim (Sultan) termasuklah orang-orang yang dilantik oleh Sultan seperti Kadhi atau naib Kadhi.

 

 

         Di dalam susunan wali tersebut, wali yang paling hampir kepada perempuan digelar  dengan wali aqrab  dan yang terjauh digelar dengan wali ab’adh.

 

         Untuk menjadi wali perkahwinan itu mestilah didahulukan yang lebih aqrab kemudian kalau tidak ada yang lebih aqrab baharulah yang selepas  dan begitulah seterusnya.

 

 

7)      WALI HAKIM

         Hakim mempunyai kuasa untuk menjadi wali dalam satu-satu perkahwinan di masa yang tertentu seperti berikut :

 

1.      Ketika tidak ada wali yang tersebut, sebagaimana sabda Rasulullah Salallahu Aalihi Wassallam :

 

 

 

 

         Ertinya : Sultan menjadi wali bagi mereka yang tidak ada wali.

 

2.      Wali enggann mengahwinkannya walaupun wali mujbir (bapa atau datuk) sekiranya keengganan itu kurang dari tiga kali, tetapi jika keengganan itu lebih  dari tiga kali maka wali yang  lebih jauh darinya berhak menjadi wali sebagaimana dalam  susunan wali.

 

         Sebagai contoh wali yang enggan menikahkan yaitu : perempuan yang baligh, berakal memohon kepada wali supaya  mengahwinkan dengan seorang lelaki yang setaraf dengannya sedangkan wali bapa atau datuk mahukan seorang yang  lain yang setaraf juga.  Bentuk yang demikian tidaklah dianggap wali itu enggan atau ingkar, kerana wali itu lebih matang daripada perempuan itu dari segi perhatian dan pandangan untuk kepentingan atau kebahagiaan perempuan tersebut.

        

3.      Wali berada di tempat yang jauh sekadar perjalanan yang mengharuskan qasar sembahyang iaitu kira-kira enam puluh batu dan tidak ada  pula wali yang sedarjat dengan wali yang jauh itu di tempat perempuan yang akan dikahwinkan itu.

 

4.      Wali sedang di dalam ihram dan tidak ada wali yang lain yang sedarjat yang tidak di dalam ihram.

 

5.      Wali itu sendiri berkahwin dengan sempurna itu, seperti anak bapa saudara yang ketika sepatutnya beliau menjadi wali, tetapi oleh kerana beliau inginkan perempuan itu untuk menjadi  isterinya dan tidak ada wali yang lain yan sedarjat dengannya maka ketika itu hakimlah yang menjadi wali.

 

6.      Hakim menjadi wali untuk mengahwinkan perempuan yang sudah baligh tetapi gila, sekiranya perlu dikahwinkan dan tidak ada wali yang mujbar (bapa atau datuk).

 

7.      Wali di dalam tahanan dan tidak boleh dihubungi sama sekali.

 

8.      Wali bersembunyi.

 

9.      Wali ghaib dan tidak diketahui hidup atau mati atau di mana ia tinggal.

 

 

8)      WALI MUJBIR

 

         Sebelum ini telah dinyatakan susunan wali, di dalam susunan wali tersebut  terdapat dua golongan iaitu :

 

1.      Wali mujbir :      iaitu bapa dan datuk (bapa kepada bapa)  sekiranya bapa sudah tidak ada, kedua-dua ini berhak mengkahwinkan perempuan yang masih gadis (anak dara) tanpa meminta keizinan daripada gadis tersebut lbih dahulu dengan syarat-syarat yang akan diterangkan kemudian.  Walau bagaimanapun kedua-duanya disunatkan meminta keizinan gadis itu terlebih dahulu, sabda Rasulullah SAW.

 

 

 

        

         Ertinya : Janda lebih berhak ke atas dirinya dan anak dara dikahwinkan dia oleh bapanya.

 


 

2.      Bukan Mujbir iaitu : wali perkahwinan bagi yang bukan anak dara atau yang berkahwin itu anak dara tetapi bukan wali bapa atau datuk.  Dalam keadaan ng begini wali  tidak boleh mengkhwinkan  tanpa meminta keizinan terlebih dahulu,  kerana sabda Rasulullah SAW.

 

 

 

 

 

         Ertinya : Janganlah kamu kahwinlah janda sehingga kamu meminta keizinan mereka terlebih dahulu.

 

(Riwayat At-Tarmidzi)

 

         Oleh sebab seorang janda sudah mengetahui maksud atau tujuan perkahwinan sebab itulah tidak boleh dipaksa dengan tidak mendapat keizinan.

 

 

9)      SYARAT-SYARAT SAH BAPA ATAU DATUK  MENGKAHWINKAN ANAK DARA TANPA KEIZINANNYA

 

1.      Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan walinya.

 

2.      Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan bakal suami.

 

3.      Kufu’ atau setaraf  di antara bakal  suami dengan calon isteri.

 

4.      Bakal suami sanggup membayar  mas kahwin dengan tunai.

 

         Keempat-empat syarat tersebut adalah menjadi syarat bagi sahnya perkahwinan itu.  Selain dari syarat-syarat tersebut di tambah dengan syarat-syarat lain seperti berikut:

 

1.      Hendaklah mas kahwin yang setanding (mahar misil).

 

2.      Mas kahwin itu hendaklah dari wang yang digunakan dalam negeri itu.

 

3.      Bakal suami itu bukanlah dari orang yang menyusahkan bakal isteri untuk hidup bersamanya seperti orang buta atau terlalu tua.

 

         Sekiranya ketiga-tiga  syarat ini tidak diperolehi dan perkahwinan itu dilakukan juga,  maka perkahwinan itu sah, tetapi wali adalah  berdosa, pendeknya perkahwinan haram dilakukan.

 


About these ads

11 gerakbalas-gerakbalas

  1. LEO

    slm.. teringat dulu zaman sekolah blaja bab kahwin.. munakahat la yang paling suka… seronok btul.. tapi besar tanggungjawab sebagai seorang suami… anyway… your html code tak closed properly… sakit mata memandang… nice page… wsalm

    April 14, 2007 at 1:40 pm

  2. sky

    salam,
    tahniah atas usaha murni ni
    dua soalan though.

    1-apa maksudnya “kufu'” atau setaraf antara calon suami dan calon isteri? setaraf secara status sosial?

    2-apakah hukumnya melangkah aturan susunan wali seperti yang saudara listkan di atas? contoh yang paling kerap dilakukan adalah berkahwin di negara luar dari malaysia berwalikan hakim di negara berkenaan tanpa merujuk kepada wali2 yang wujud di Malaysia? Adakah sah perkahwinan jenis ini?

    Terima kasih dan sekali lagi tahniah di atas usaha murni

    Wassalam

    Oktober 25, 2007 at 5:44 am

  3. hmmm
    terkenangkan kebiasaan kita tambah rukun nikah:
    kena bersalaman waktu aqad….

    not to say takleh bersalaman, tapi biasa kita kalu tgk akad nikah tak salam, rasa cam tak kena….

    which means kita yg memandai or tak berilmu la kot…

    Disember 28, 2007 at 3:54 pm

  4. yep

    assalammualaikum, TQ bagi maklumat kepada pembaca lain, tingkatkan usaha murni nie lg bagi orang yg kurang berpengatahuan .

    April 26, 2008 at 7:36 am

  5. azlan

    saya ader satu pertanyaan kalau pasangan yang nak bernikah dah terlajur ada tak syarat yang perlu dia ikut. saya ada dengar kabar angin mengatakan kalau ader pasangan yang dah terlajur kena tunggu perempuan nyer 2 kali datang haid baru sah betul ker

    November 5, 2008 at 12:14 am

  6. tak. tak pernah ada syarat macam tu.

    November 5, 2008 at 12:30 pm

  7. aen amira

    Assalammualaikum…………..

    Apakah hukum nikah tanpa kehadiran isteri yang ingin dinikahi. Imam hanya bertanya melalui telefon sahaja dan urusan nikahnya serta bakal suami berada di Mekah. sementara isteri yang bakal dinikahi berada di Malaysia.?Adakah sah nikahnya?

    Sekian, terima kasih.

    Wassalam…..

    November 15, 2008 at 9:00 pm

  8. abu dzarsha

    adakah sah kita bernikah dengan bakal isteri ketika dia sedang datang haid?

    Mac 22, 2009 at 10:27 am

  9. cm ni br bgs ! org nk bllajar pn seng trima kasih banyak2…!

    Ogos 9, 2010 at 10:30 am

  10. saya nak menikah dgn janda 2anak !& dia sudah menjanda selama 1thn !saya pulak seorang bujang yg blm pernah kawian ! apakah sah saya menikah dgn dia………?

    Ogos 9, 2010 at 10:39 am

  11. saya dlm islam

    April 6, 2012 at 12:33 am

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.