"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Faedah Mengetahui Asbaabun-Nuzul

Oleh : Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah

Mengetahui asbaabun-nuzul (sebab-sebab turunnya ayat Al-Qur’an) merupakan hal yang sangat penting, kerana mengandungi beberapa faedah. Diantaranya :

1. Menjelaskan bahawa Al-Qur’an benar-benar turun dari Allah ta’ala

Hal ini dapat dilihat bahawa kadang-kadang Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam jika ditanya tentang suatu masalah, beliau terdiam dan tidak menjawab pertanyaan itu sampai turun wahyu kepadanya, atau beliau sedang menghadapi suatu permasalahan, kemudian turun wahyu kepada beliau sebagai penjelas atas hal tersebut.

Contoh Pertama

Firman Allah ta’ala :

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرّوحِ قُلِ الرّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبّي وَمَآ أُوتِيتُم مّن الْعِلْمِ إِلاّ قَلِيلاً

Mereka bertanya kepadamu tentang ruh. Katakanlah,”Ruh itu termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit” (QS. Al-Israa’ : 85).

Dalam kitab Shahih Bukhari dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallaahu ‘anhu bahawa seorang laki-laki dari kalangan Yahudi berkata,”Wahai Abul-Qasim – nama panggilan untuk Rasulullah – apa ruh itu?”. Maka Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam diam tidak menjawab pertanyaan itu. Dalam suatu lafadz disebutkan : Maka Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam menahan diri dan tidak menjelaskan sesuatupun kepada mereka. Aku (Ibnu Mas’ud) tahu bahawa beliau shallallaahu ‘alaihi wasallam sedang menerima wahyu, kemudian aku berdiri di tempatku. Ketika wahyu turun beliau shallallaahu ‘alaihi wasallam beliau berkata :

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرّوحِ قُلِ الرّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبّي وَمَآ أُوتِيتُم مّن الْعِلْمِ إِلاّ قَلِيلاً

Mereka bertanya kepadamu tentang ruh. Katakanlah,”Ruh itu termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit” (QS. Al-Israa’ : 85).

Contoh Kedua :

Firman Allah ta’ala :

يَقُولُونَ لَئِن رّجَعْنَآ إِلَى الْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنّ الأعَزّ مِنْهَا الأذَلّ

Mereka berkata : “Sesungguhnya jika kita telah kembali ke Madinah, benar-benar orang yang kuat akan mengusir yang lemah daripadanya” (QS. Al-Munaafiquun : 8).

Dalam kitab Shahih Bukhari disebutkan bahawa Zaid bin Arqam radhiyallaahu ‘anhu mendengar Abdullah bin ‘Ubay bin Salul, seorang pemimpin dari golongan munafik, mengatakan bahawa menurut ayat di atas, yang dimaksud dengan orang yang lebih mulia adalah dia. Sedangkan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam dan para shahabatnya adalah orang yang lebih hina. Maka Zaid mengkhabarkan hal itu kepada bapa saudaranya, kemudian bapa saudaranya mengkhabarkan kepada Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam. Maka Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam memanggil Zaid, kemudian dia (Zaid) mengkhabarkan apa-apa yang dia dengan kepada Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam. Setelah itu Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam datang kepada Abdullah bin ‘Ubay dan para shahabatnya, maka mereka bersumpah bahawa mereka tidak mengatakan hal itu. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam pun mempercayai mereka. Maka Allah ta’ala menurunkan wahyu sebagai bentuk pembenaran kepada Zaid seperti yang tersebut dalam ayat ini, sehingga jelaslah urusan tersebut bagi Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam.

2. Sebagai bukti pertolongan Allah ta’ala dan pembelaan atas Rasul-Nya

Contoh tentang hal itu tersebut dalam firman Allah ta’ala :

وَقَالَ الّذِينَ كَفَرُواْ لَوْلاَ نُزّلَ عَلَيْهِ الْقُرْآنُ جُمْلَةً وَاحِدَةً كَذَلِكَ لِنُثَبّتَ بِهِ فُؤَادَكَ وَرَتّلْنَاهُ تَرْتِيلاً

Berkatalah orang-orang kafir : “Mengapa Al-Qur’an itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja?”; demikianlah supaya Kami perkuat hatimu dengannya dan Kami membacakannya secara tartil (teratur dan benar)” (QS. Al-Furqaan : 32).

Begitu pula dengan ayat-ayat Al-Ifk (berita dusta), sesungguhnya ayat-ayat tersebut merupakan pembelaan terhadap tempat tidur (isteri – iaitu ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha) Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam dan pensucian atas dirinya dari kebohongan para pendusta. (Baca kisah tentang masalah ini dalam QS. An-Nuur : 11-26).

3. Sebagai bukti pertolongan Allah ta’ala kepada hamba-Nya, dengan melapangkan kesusahan dan menghilangkan kesedihan mereka

Contoh yang berkenaan dengan hal ini terdapat dalam ayat tentang tayamum. Tersebut dalam kitab Shahih Bukhari bahawa kalung milik ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha hilang, ketika itu ia sedang ikut dalam perjalanan Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam. Maka, Nabi pun mencarinya. Dan orang-orang ketika itu tidak menemukan air dimana mereka kemudian mengadukan hal itu kepada Abu Bakar radhiyallaahu ‘anhu. Disebutkan dalam hadits bahawa kemudian turunlah ayat tentang tayamum. Maka mereka pun melakukan tayamum. Berkata ‘Usaid bin Hudlair,”Ini bukanlah barakah kalian yang pertama kalinya wahai keluarga Abu Bakar”. Hadits ini terdapat dalam Shahih Bukhari dengan lafadz yang panjang.

4. Memahami ayat dengan pemahaman yang benar

Contoh tentang hal ini terdapat dalam firman Allah ta’ala :

إِنّ الصّفَا وَالْمَرْوَةَ مِن شَعَآئِرِ اللّهِ فَمَنْ حَجّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَن يَطّوّفَ بِهِمَا

”Sesungguhnya Shafa dan Marwah adalah sebahagian dari syi’ar Allah. Maka barangsiapa yang beribadah haji ke Baitullah atau ber’umrah, maka tidak ada dosa baginya mengerjakan sa’i antara keduanya”

Sesungguhnya melihat teks ayat فَلاَ جُنَاحَ ( “maka tidak ada dosa baginya” ) menunjukkan bahawa hakikat perintah mengerjakan sa’I antara Shafa dan Marwah hanyalah perintah yang bersifat mubah saja.

Dalam kitab Shahih Bukhari dari ‘Ashim bin Sulaiman dia berkata : “Saya bertanya kepada Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu tentang Shafa dan Marwah”. Anas menjawab : “Kami berpendapat bahawa keduanya termasuk perkara jahiliyyah. Maka setelah datang Islam, kami lestarikan atas keduanya”. Kemudian Allah ta’ala menurunkan firman-Nya : إِنّ الصّفَا وَالْمَرْوَةَ مِن شَعَآئِرِ اللّهِ ”Sesungguhnya Shafa dan Marwah adalah sebahagian dari syi’ar Allah” sampai dengan firman-Nya : أَن يَطّوّفَ بِهِمَا ”mengerjakan sa’I antara keduanya”.

Dengan demikian dapat diketahui bahawa peniadaan dosa di sini bukan bererti sebagai penjelasan tentang asal hukum sa’i, tetapi yang dimaksudkan adalah peniadaan atas keberatan mereka atau anggapan bahawa hal itu dosa, sehingga mereka menahan diri dari mengerjakan sa’I antara keduanya. Kerana sebelumnya mereka berpendapat bahawa keduanya termasuk perkara jahiliyyah. Adapun asal hukum sa’i, maka telah jelas dengan firman Allah مِن شَعَآئِرِ اللّهِ ”Termasuk sebahagian syi’ar-syi’ar Allah”.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s