"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

PELBAGAI ASBAB HIDAYAH

Bukan semua orang memperoleh hidayah drpd Allah SWT. Hanya orang2 yang terpilih oleh Allah SWT sahaja bisa memperolehinya. Maka tersangat beruntunglah orang itu kerana diantara jutaan manusia diatas muka bumi ini, dia yang dipilih oleh Allah SWT. Walaubagaimanapun hidayah dari Allah boleh turun melalui pelbagai sebab atau cara yang mana ianya tidak sama diantara satu sama lain mengikut keadaan seseorang. Di antara asbab seseorang itu mendapat hidayah adalah seperti berikut:

  1. Dia lahir di dalam keluarga yang beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana berkeluarga.
  2. Dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan. Orang seperti ini amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah (secara anugerah).
  3. Orang yang dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok beragama Islam yang mengamalkan syariat. Manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.
  4. Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideologi serta bergaul dengan golongan-golongan itu maka akhirnya bertemu dengan kebenaran.
  5. Orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, mengikuti kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama lantas dia mendapat petunjuk dari pendidikan tersebut.
  6. Orang yang diuji oleh Allah, mungkin selepas kaya jatuh miskin atau mendapat sakit teruk atau ditimpa bala bencana dan lain-lain lagi, maka di situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu dia kembali mendekati diri kepada Allah SWT.
  7. Orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya raya, kenderaan yang mewah, harta banyak tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak peranda, krisis sering berlaku, kasih sayang dan ukhwah tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri maka dari peristiwa itu dia sedar dan insaf bahawa kemewahan hidup tidak menjamin kebahagian di dunia apatah lagi di Akhirat kelak.
  8. Orang yang dia sendiri mengalami kehidupan mewah, serba ada, apa hendak semua dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan keluarga porak-peranda lantas dia insaf dan sedar akhirnya mencari jalan kebenaran.
  9. Orang yang mendapat kebenaran kerana Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti melihat di dalam mimpi alam Barzakh, melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat gambaran Qiamat atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih dan lain-lain kejadian yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali kepada kebenaran.
  10. Orang yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah dia sepertimana Sayidina Umar Al Khattab r.a. dapat petunjuk kerana doa Rasulullah SAW.

Begitulah antara asbab2 turunnya hidayah Allah SWT ke atas seseorang. Terdapat pelbagai lagi asbab2 hidayah dari Allah SWT yang mana hanya Allah SWT sahaja berhak mengetahuinya.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s