"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

KUNANTIKAN JAWAPANMU YA ALLAH…

 

 

 

Assalamualaykum wbt…

Saat saya menulis catatan ini, hati dan minda saya sedang cuba untuk memahami sesuatu. Hari sudah agak lewat juga. Sekitar jam 10 malam waktu Malaysia. Seharian saya merasa sedikit resah dengan apa yang berlaku. Minda saya masih berfikir fikir mencari jawapan bagi semua permasalahan yang sedang melanda diri. Waktu terus berlalu dari pagi dan kemudian menginjak malam. Tiada teman untuk diajak berbicara tentang keadaan diri. Hanya pada Dia dapat disandarkan segala pengharapan yang terbuku di hati.

Sesungguhnya hati ini perlukan pembimbing. Hati ini perlu diisi. Saat menulis catatan ini sepanjang hari ini sudah beberapa kali lembaran kitab suci saya buka dan baca berselang jam. Terasa diri ini amat jauh dariNya di saat ini. Adakah ini Cuma perasaan yang bermain main di dalam hati atau saya saja yang merasa jauh dariNya? Selangkah saya mendekati seribu langkah Dia menghampiri….

Sebenarnya keputusan ini amat berat untuk diambil tetapi apakan daya saya sebagai seorang insan yang lemah dan hina di sisi Tuhan.tiada berdaya untuk melakukan sesuatu di luar kemampuan. Sesungguhnya dengan keputusan ini saya akan merasakan lebih tenang dan aman. Saya tidak mampu memberikan sesuatu di luar kemampuan saya dan kata kata itu yang menyedarkan saya bahwa saya terpaksa mengambil keputusan ini. Memilih yang terbaik di dalam hidup saya sebagai seorang hamba Allah yang dhaif…

Doalah kekuatan untuk saya terus berjuang dalam kehidupan. Mengharungi segala kepahitan yang tidak prnah terlintas di hati ingin dikongsikan dengan sesiapa. Mungkin kadangkala memendam perasaan itu tidak baik untuk kesihatan jiwa tetapi kadangkala itulah yang terbaik. Diam dari berkata kata. Mungkin kata kata yang kita keluarkan akan bisa menyingggung orang lain. Siapa tahu.

Kata kata ini lahir dari hati saya. Semoga pilihan ini memberikan manfaat buat diri saya. Doakan agar saya dikuatkan semangat dalam menghadapi keadaan ini. Kali terakhir mengeluarkan air mata? Malam semalam. Entah mengapa terasa air mata ini tidak dapat ditahan tahan lagi. Diri yang sudah nyata tidak sempurna ini menangis akhirnya. Menangis dan mengharap padaNya. Ombak itu dating dan pergi. Begitu juga perasaan kesedihan.

Kala sedih kadangkala kita terasa kosong. Walaupun berada di tengah ramai.. kita terasa tiada ertinya. Hati menjadi mudah terusik walaupun dengan hanya sedikit gurauan. Gurauan seminit dua boleh bertukar menjadi tangisan yang tidak henti untuk beberapa ketika. Tetapi seandainya ini terjadi lagi, didoakan agar hati ini dipenuhkan dengan ingatan padaNya. Itu adalah ubat yang terbaik bagi kekosongan jiwa.

Hari hari yang berlalu selepas ini pasti akan terasa perubahannya kesan tindakan dan keputusan kita. Sebagai manusia yang telah diberikan akal, saya juga harus bersiap sedia untuk keadaan itu. Dibenci, tidak diukai, berhadapan dengan ketidakikhlasan, atau mungkin ditinggalkan insan yang berdekatan dengan diri. Tetapi itulah hakikat kehidupan yang terpaksa dilalui selepas ini. Semoga Allah memberikan jawapan di atas rayuan hati saya…. Saya masih menanti jawapan itu. Andainya keputusan ini benar, maka saya amat bersyukur. Jika tidak, pasti Allah akan memberikan tanda…. Dan saya amat mengharapkan kepastian itu…

6 responses

  1. abufaisal

    Assalamu alaikum…

    Entah masalah apalah yg saudari hadapi ini? Nampaknya semacam payah utk dihadapi.

    Apabila kebergantungan kita hanya pada ALLAH, maka akan datanglah kemanisan walaupun kita sedang dalam kepahitan masalah. Terasa meriah hati dengan dzikir walaupun sedang berseorangan.

    Kebergantungan kita dengan manusia seperti mahukan perhatian kawan2, mahu ditemani rakan2, mahu ditolongi sahabat2 itu bukanlah suatu yg asing bagi sifat insan. Cuma ia akan menjadi parah apabila saat2 yang tidak diingini datang seperti bergaduh, kesunyian, masam muka dan sebagainya. Ini tidak berlaku jika kebergantungan hanya pada ALLAH tempatnya.

    Bukan senang untuk melatih diri agar cinta dan kasih hanya pada ALLAH, agar langkah kaki dan gerak tangan berirama dzikir, agar lidah dan hati bergetar dengan asma’ ALLAH. Bukan senang…bukan senang. Dan kerana ia bukan senanglah, maka ia hanya dinikmati oleh tak ramai orang. Dan memang tak ramai hambaNya yang berTAQWA.

    Tetapi, jangan dibuang pula persahabatan dengan kawan dan jiran kerana padanya ada tanggungjawab utk kita senyum padanya, layan dirinya, penuhi hajatnya dan pelbagai 1001 cara yang memungkinkan perhatian ALLAH pada kita. Sayang kita pada makhluq ALLAH kerana untuk mendapat sayang Penciptanya…

    waAllahu ta’ala a’lam.

    Mac 13, 2007 at 9:35 am

  2. hilangkanlah lara di hati…

    Mac 13, 2007 at 9:54 am

  3. salam alayk…
    JAzakallah di atas sokongan semua.. insya Allah akan diperolehi juga nanti jawapannya selagi bergantung terus pada Allah SWT.

    Mac 13, 2007 at 10:14 am

  4. slm..pasti ana sudah jauh terlambat,tanggal 15 sept 2008 baru ana membaca blog ini..tika ini ramadhan dan syukur nikmat,alhamdulillah ana berpuasa,insyaAllah.
    tika membaca bibit2 curahan dari hati anti buat ana merefleks diri hina ini..
    ana teringat pada teguran seorang akhwat fillah..
    “ukhti..seandainya anti sangat mudah memendam rasa, sangat mudah memendam perasaan,tanpa ukhti sedari semakin sedikit kerja dakwah yang anti lakukan”,
    sangat berbisa..namun pada ana,taujih iu sebenarnya dari Allah,hanya akhwat fillah sebagai medium, marilah berganding bahu, bijak! tidak membuang masa melayani perasaan dan prasangka sebaliknya menghargai tiap detik yang kita ada untuk Allah,rasul dan jihad,seperti dalam surah a-taubah:ayat 24,(9:24)
    ukhti! kita tiada masa,serahkan jiwa dan ragamu pada Allah,berbuatlah sebanyak yang mampu.hanya Allah yang membalasnya bukan atas jiwa makhluk yang bernama manusia.
    syafakillah selalu buatmu..slm

    September 15, 2008 at 5:47 am

  5. anamuslimat

    salam ya ukhti

    harap saudari bersabar menemuhinye….
    ingat allah…..allah akan bersama dengan orang2 yg soleh,,,,amin… ana doakan semoga anti bersabar dan bertawakal

    Disember 24, 2008 at 11:44 pm

  6. salam alayk….
    Artikel inipun dah lama rasanya,,,:)

    Disember 25, 2008 at 11:02 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s