"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Ibu Menentang Anak Menghayati Kehendak Islam

Soalan:
Bagaimana caranya untuk mendekati diri kepada ibu yang tidak memahami hati perasaan anak perempuannya, seperti tidak merestui anaknya untuk memakai tudung labuh. Apakah hukumnya jika anak melawan ibu itu sedangkan selama ini dia sudah lama bersabar?

Yeen, Melaka

Jawapan:
Sesuatu yang amat menyulitkan jika orang yang menentang kehendak anaknya sendiri untuk menghayati sepenuhnya ajaran Islam ialah  ibunya sendiri. Sepatutnya ibulah yang memberi galakan supaya anaknya beriltizam dengan segala ajaran Islam. Ini antara kewajipan yang wajib dilaksanakan oleh seorang ibu. Dalam Islam seseorang perempuan disuruh menutup aurat dengan melabuhkan kain tudung yang dipakainya sehingga sampai menutupi dada di samping disuruh menutup pandangan dan menjaga kehormatan diri.    Jika ibu anda melarang anda berbuat demikian, jelas ia tidak memahami kehendak ayat yang menyuruh kaum wanita Islam melabuhkan kain tudungnya. Tanggapan ini perlu dibuang dari pemikirannya.  Anda hendaklah banyak bersabar dalam menghadapi karenah ibu anda ini. Seeloknya cubalah berbincang secara baik dengan ibu anda. Kerana dengan berbuat demikian boleh jadi ibu anda mengambil sikap terbuka. Anda juga boleh menggunakan khidmat orang tengah supaya menasihati ibu anda itu.

Dalam Islam seseorang perempuan memakai tudung yang boleh menutup dadanya itulah yang sebaik-baiknya. Jika tudung yang dipakai oleh anda itu sudahpun menutup dada, cuma anda ingin melabuhkan lagi tudung itu, tetapi ibu anda tidak menyukainya hendaklah anda meninggalkan yang lebihan ini dan ikut kehendak ibu anda. Kerana sudahpun dikira berpakaian secara Islam apabila anda sudahpun ditutup dengan kain tudung anda. Yang lebih itu hanyalah sebagai mengambil jalan ihtiyat atau berhati-hati sahaja.

Dalam masa yang sama anda hendaklah sentiasa memberikan penerangan yang lembut kepada ibu anda itu supaya ia memahami. Ini boleh jadi memakan masa dan memerlukan banyak kesabaran. Tunaikanlah juga solat hajat supaya ibu anda itu berubah.

Sumber:

http://www.darulnuman.com/soal/urut29.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s