"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Tips2 berhubung antara Lelaki&Perempuan

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau
menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.”
Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
“Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau
mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” An-
Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan
badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
“Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati
suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah
dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” Riwayat Nasaii,
Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga
menutupi dada-dada mereka. “An-Nur : 31

5. Gigi
“Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta
supaya dikikirkan giginya. “Riwayat At-Thabrani, “Dilaknat perempuan
yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan
Allah”. Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher
“Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu
menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.”
Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan
ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
“Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai
pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya
seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan
anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” Riwayat
Muslim dan Bukhari.

8. Tangan
“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”.
Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata
“Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka
menundukkan sebahagian dari pemandangannya.” An Nur : 31. Sabda Nabi
SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya.
Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak
dibenarkan.” Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)
– “Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,
tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.” Al Ahzab: 32. Sabda
SAW, “Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka
namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-
bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan
mereka itu dalam bumi.” Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. ” An
Nur : 31.

“Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah
ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.”
Riwayat Al Bazzar. “Tiada seorang perempuan pun yang membuka
pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan
tabir antaranya dengan Allah.” Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn
Majah.

12. Pakaian
“Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan
memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” Riwayat Ahmad,
Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang
berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang
lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan
tidak akan mencium baunya.” Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan:
Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan
berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.”Hai nabi-nabi katakanlah
kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang
mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar)
yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka
tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” Al Ahzab :
59.

13. Rambut
“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan
digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah
mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat
oleh lelaki yang bukan mahramnya.” Riwayat Bukhari dan Muslim.

2 responses

  1. salam ustazah. Moga sihat. Ana nak minta artikel ni ye. Best la artikel ni…hehehehe

    Mac 20, 2007 at 11:06 am

  2. Salam alayk.. Amikla ustaz…

    Mac 20, 2007 at 11:50 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s