"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Penglihatan dari dua sisi yang berbeza

Assalamualaykum wbt…
Entry hari ini? Mungkin juga boleh dikatakan sedikit catatan kecil yang sempat dilakar untuk menjadi peringatan buat diri ini yang sering lupa…. Selawat dan salam buat junjungan besar NAbi Muhammad SAW dan para sahabat Baginda….. Hari ini bermula dengan suatu perkara yang tidak terduga. Sekarang sudah subuh waktu di Malaysia ketika saya menulis catatan ini. Beberapa jam yang lalu saya berada di suatu dunia yang asing. Yang dapat membuatkan jantung saya bergetar kencang dengan pukulan yang amat hebat.
Jam 1 pagi tadi telefon di rumah berbunya nyaring. Kelihatannya seperti ada kecemasan yang terjadi kerana amat jarang orang menelefon pada waktu begini melainkan waktu kecemasan. Setelah diangkat saya mendengar suara nenek menagis nangis… meminta saya datang  ke rumah dengan segera kerana datuk diserang sesak nafas.  Kebetulan waktu itu telefon di rumah nenek mengalami kerosakan. Nenek yang sememangnya tidak mahir menggunakan telefon bimbit akhirnya berjaya menghubungi saya menggunakan telefon bimbit datuk.
setelah mendengar khabar itu saya terus menyalin pakaian dan pulang ke rumah nenek.  Selain tidak mahir menggunakan telefon bimbit, nenek juga tidak mahir menggunakan panggilan kecemasan. Setelah saya sampai ke rumah nenek, saya terus cuba menghubungi ambulans. saya melihat keadaan datuk agak teruk. Tidak lama kemudian, ambulan sampai. Kali ini sudah kali kedua saya menaiki ambulans  di  tengah malam.
Sampai di wad kecemasan, agak lama juga saya menanti di luar. Sampai sahaja di situ, mata saya terpaku pada satu keadaan yang agak mengejutkan. Terdapat sebuah kereta di hadapan wad kecemasan dan saya melihat terdapat seorang jururawat dan doktor di dalamnya. Kemudian, saya terlihat lagi sepasang kaki yang terlipat ke atas dari celah pintu kereta tersebut. Rupa rupanya ada seorang wanita India ingin melahirkan anak! Kali pertama saya melihat keadaan itu, terasa sungguh menakutkan… Dan mungkin juga menginsafkan diri ini.
Kemudian saya terlihat pula seorang lelaki mengusung anak perempuannya yang sakit teruk kerana demam panas. Di dalam saya melihat lelaki itu membawa anaknya masuk ke dalam saya melihat wanita India yang mahu melahirkan anak tadi sudah berjaya dipapah keluar dari kereta menuju ke wad kecemasan.
Setelah beberapa jam menanti, akhirnya datuk terpaksa dimasukkan ke wad. Sekali lagi saya masuk ke wad di waktu tengah malam. Nenek yang juga kurang sihat dan menanti di rumah saya hubungi. Ketika atendan  hospital menyorong  datuk saya menuju ke wad, saya melihat suami dan keluarga wanita India tadi menanti di hadapan  wad yang satu lagi dengan wajah yang sugul dan mata yang bertongkat.
Mulanya saya ingin menanti hingga subuh sahaja di wad tetapi datuk melarang dan menyuruh saya balik dan datang semula pagi nanti. Setelah agak lama di dalam wad dan menanti keadaan datuk stabil, saya akhinya keluar dari kawasan wad dan ingin pulang. Saya bercadang untuk datang 3 jam dari sekarang. Sedang menanti waktu ingin pulang ke rumah, saya melihat suami wanita India tersebut keluar dari kawasan wad kecemasan dengan wajah yang berseri. kelihatannya dia melemparkan senyuman kepada semua orang. Apakah tandanya itu? Iya, seorang manusia telah lahir ke dunia ini.
Hari ini saya telah mendapat satu pengajaran.Baru sebentar tadi saya melihat seorang manusia lahir. Dan diwaktu yang sama saya melihat manusia lain bertarung nyawa untuk meneruskan kehidupan. Mungkin juga ada yang menemui ajal pada waktu itu. Manusia akan mati, kemudian akan lahir manusia yang baru. Roda ini akan terus berjalan hinggalah KIAMAT. Adakah saya sudah bersedia untuk menempuhi keadaan yang selebihnya yang sepatutnya terjadi nanti? Itu telahpun terjadi pada orang lain. Selepas ini ia akan terjadi kepada saya dan juga anda. Adakah kita sudah bersedia?

sunset.JPG

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s