"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Satu Penerbangan

“Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat penerbangan
ke sebuah negara lain iaitu – Kubur dan Akhirat. Di mana maklumat
tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi
melalui Al-Quran dan Al-Hadith.

Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi
Al-Jenazah.

Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang
tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas
kesudian Pencipta kita.

Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya
tetapi kain putih kotton.

Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi air mawar dan
cendana.

Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi
Al-Islam.

Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi ‘Lailaillah’.

Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.

Di mana layananya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi,
tetapi sekadar kain yang diwangikan.

Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah
International, tetapi tanah perkuburan.

Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani,
tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.

Di mana pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar
dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang
diidamkan bukan Disneyland, Paris atau London tetapi samada Syurga atau
Neraka.

Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan. Di mana lapangan
terbang transit adalah Al-Barzakh. Di mana destinasi terakhir samada
Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.

Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan
(savings! ) anda tidak akan dihabiskan

Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang.
Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan
masalah alergi atau halal-haram makanan

Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia
berangkat dan tiba tepat pada masanya.

Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang
selera bersuka-ria.

Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda
disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.

Ya! Berita Baik!!

Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah
satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu bergembiralah selagi
boleh! Dan sekiranya anda boleh!

Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa ‘amaran’. Cuma perlu ingat!
Nama anda telah ditempah untuk penerbangan

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

SUDAH KAH ANDA BERSEDIA UNTUK PENERBANGAN INI????”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s