"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Archive for April, 2007

***Jika seseorang memiliki sifat sifat terpuji***

24283464510364l.jpg

Jika seseorang itu dapat menajamkan rasa kehambaan dan rasa bertuhan di dalam hatinya maka kesannya adalah seperti berikut:
Pertama :
Jika sifat dan rasa kehambaan itu amat kuat berlaku pada seseorang muslim itu, ia akan menghilangkan atau memusnahkan sifat-sifat mazmumah seperti hilang rasa riyak, ujub, sumah, sombong, pemarah, hasad, dendam dan lain-lain lagi.

Sebaliknya apabila rasa kehambaan itu tidak wujud, maka akan lahirlah rasa ketuanan . Rasa ketuanan itulah yang melahirkan rasa sombong, riyak, sumah, pemarah, hasad, minta dipuji, meninggi diri, dendam, tamak dan lain-lain lagi.Kemudian jika sifat ketuanan itu dibiarkan subur dan dibaja, maka akan lahirlah pada seseorang itu rasa atau sifat ketuhanan yang mana ia adalah milik Allah SWT. Maka jatuhlah dia kepada syirik. Waliya-zubillah.

Dan kalau dia orang yang berkuasa,maka dia akan menjadi orang yang sangat zalim dan kejam.Oleh itu kita sebagai hamba, kenalah mempertajam dan menyuburkan rasa kehambaan itu agar segala sifat-sifat mazmumah hilang. Begitulah yang dituntut oleh Allah Taala kepada hamba-hamba-Nya.

Apabila rasa kehambaan itu menghilangkan sifat-sifat mazmumah seperti yang telah disebut tadi maka secara automatik lahirlah pada diri seseorang itu sifat-sifat mahmudah seperti merendah diri, malu, bertolak ansur, berkasih sayang, bertimbang rasa, mengutamakan orang lain, bertawakal, sabar, rasa berdosa, rasa kurang, rasa lemah, rasa mengharap, memberi maaf, meminta maaf, merasa diri bersalah, rasa berdosa dan lain-lain lagi.

Kedua :
Apabila rasa bertuhan benar-benar dihayati dan benar-benar mencengkam hati seseorang muslim serta dibawa ke mana-mana, maka apa yang akan berlaku pada seseorang itu ialah dia rasa diawasi dan diperhati oleh Allah Taala. Rasa malu sentiasa wujud. Rasa takut tidak akan lekang lagi dari seseorang itu. Dia akan benar-benar merasa dirinya di dalam kekuasaan Allah. Nasibnya benar-benar ditentukan oleh Allah Taala.

Maka apa yang akan berlaku pada seseorang itu ialah dia takut membuat dosa. Malu dengan Tuhan. Dia akan menjadi orang yang jujur dan ikhlas. Suka membuat baik. Dia akan menjadi orang yang beradab dan bersopan, berdisiplin, menunai janji. Apabila membuat dosa terseksa jiwanya. Sentiasa muraqabah, jiwanya sentiasa hidup dan berhubung dengan Allah Taala. Maka mereka itu di dalam keadaan macam mana pun, mereka tetap tidak lalai. Apatah lagi mereka tidak akan hanyut di dalam arus kemaksiatan dan kemungkaran masyarakat. Mereka tetap dapat mengawal dan menjaga diri.

Dengan kata yang lain, rasa bertuhan itulah menjadi benteng pada seseorang itu daripada melakukan dosa dan derhaka. Sekaligus ia merupakan anak kunci segala kebaikan. Oleh itu hendaklah kita sentiasa tajamkan atau hidupkan rasa bertuhan di dalam hati kerana rasa bertuhan itulah kita akan menjadi orang baik di dunia ini.

PERINGATAN :
Sebagai peringatan, bahawa sembahyang dan ibadah yang banyak dilakukan oleh seseorang itu kalau tidak dapat dihayati maka rasa kehambaan pada seseorang itu tidak akan lahir. Rasa bertuhan tidak akan timbul.Maka ibadah yang semacam ini bukan sahaja tidak dapat melahirkan orang yang merendah diri dan berkasih sayang tetapi akan lahir daripada sembahyang dan ibadahnya yang banyak itu sifat-sifat sombong dan riyak, sumah dan ingin dipuji, rasa diri bersih dan tidak takut dengan Tuhan.

Oleh itu sembahyang dan ibadah yang sepatutnya menghubungkan diri seseorang hamba dengan Khaliqnya atau Tuhan, sebaliknya telah menjadi hijab seseorang hamba itu dengan Tuhannya. Dosa seperti inilah biasanya seseorang itu mati tidak berampun kerana dia tidak tahu atau tidak merasa membuat dosa. Akhirnya manusia itu mati di dalam suasana suul khatimah kerana dia rasa dia membuat baik bukan membuat dosa dan derhaka. Rupanya dia membuat dosa di atas saluran yang baik. Membuat dosa dan derhaka di dalam berbuat taat. Lahirnya nampak taat tapi batinnya derhaka. Mereka bersembahyang dan beribadah bukan untuk memusnahkan mazmumah tapi dengan ibadah itulah dia menyuburkan mazmumah.

Wahai Tuhan! Berilah kami pimpinan! Engkau perlihatkanlah diri kami lahir dan batin! Engkau perlihatkanlah perkara-perkara yang seni-seni di dalam kebaikan dan kejahatan agar kami selamat daripada dosa-dosa yang susah hendak difahami. Amin, ya Rabbal alamin.


^_^

d059.jpg


Sejenak di Alam Rumahtangga

438346924_ac5ab52015.jpg

Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.
Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

( i )
Psst….
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.
Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.
Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.
Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang…… buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.
Tapi awas…..
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini namanya rajuk bertaraf tinggi
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
” Sayang abang tak ulang lagi ”
katakan ” Sayang….abang alpa
bisikkan ” Darling.. I lupa..”
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci
Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi…
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

( ii )
Arghh…
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya ” Seabadi permata….
segermelapan intan ” …
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.
Aduh…
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.
Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir…
permata yang dipilih
perlu digilap semula.
Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas
tapi jangan berkeras
lembut tapi jangan reput.
Katakan $$ bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah ” Duhai isteriku…
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini.”

( iii )
Puuuh…
Akan tiba masanya bila ‘isteri’ di hati tapi kurang di mata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.
Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan ‘body’
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan
kecergasan
sama-samalah merampinkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.
Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, ‘selepas’ mati pun bersama.

( iv )
Uhhh….
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu
Apa bukti setiamu suami
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.
Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan
Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara ‘indirect’ dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah
Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :
” Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak
membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada
amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita…
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit
kerenahnya ?

( v )
Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada
segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah
perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.
Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.
Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir
isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya…
Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
pada malam nanti :
Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati
seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur
buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi
derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi
nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan
pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.
Isteri…
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila
yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu…..
seorang isteri.


Imam Hambali Dengan Cubaan Dunia

Setelah bertahun-tahun duduk di dalam penjara, akhirnya Imam Hambali dibebaskan ketika usianya sudah tua. Beliau di penjara semenjak zaman Khalifah Al-Makmum sampai pada masa Khalifah Al-Mu’tashim dan di teruskan pula pada masa Khalifah Al-Wathiq kerana mempertahankan pendiriannya bahawa Al-Quran itu bukan makhluk. Hanya pada masa pemerintahan Khalifah Al-Mutawakkil, kerajaan dengan rasminya menyokong kebenaran yang dipertahankan oleh Imam Hambali. Dengan demikian Imam Hambali dibebaskan dari penjara dengan penuh penghormatan.

Sebaik saja dibebaskan dari hukuman penjara, beliau berasa dirinya dihadapkan pada ujian dan cubaan yang kedua. Hal ini bermula apabila
beliau dibawa ke istana untuk diberi penghormatan sempena pembebasnya. Khalifah sangat suka dan hormat kepada Imam. Khalifah memberinya hadiah sebuah baju yang sangat bagus dan dipakaikannya sekali oleh baginda. Maka mulalah beliau berasa bahawa hadiah dan penghormatan pada dirinya itu sebagai cubaan dan fitnah secara halus.

Kata beliau:” Saya telah selamat dari bahaya mereka selama ini, tetapi apabila ajal saya sudah hampir datang seperti sekarang ini, saya diuji
oleh mereka dengan harta benda dan dunia mereka.”

Setelah sambutan di istana selesai, beliau diizinkan balik ke rumah. Beliaupun melangkah, dan sebaik saja tiba di luar istana pakaian bagus
yang dihadiahkan oleh Khalifah itu serta merta ditanggalkannya. Beliaupun balik dengan memakai pakaian buruk yang dipakai selama di
dalam penjara.

Ketibaan Imam Hambali di rumahnya telah disambut oleh anak- anak, saudara mara dan murid-muridnya. Mereka merasa gembira bercampur sedih melihat Imam itu datang dalam keadaan kurus dan seluruh badannya dengan kesan luka-luka, lebam, kelar dan kesan bakar dari api. Maklumlah selama dalam penjara beliau sentiasa diseksa oleh orang yang bertugas.

Beberapa hari kemudian, cubaan besar telah datang lagi pada diri Imam Hambali, iaitu Khalifah telah datang dengan membawa hadiah berupa wang sebanyak 10,000 dinar. Baginda Khalifah berpesan bahawa wang itu sebagai bantuan bagi beliau dan semua keluarganya yang selama ini menderita kerana kesilapan khalifah-khalifah yang sebelumnya.

Apakah wang sebanyak itu membuat beliau gembira dan senang lenang? Tidak, sekali-kali tidak. Sebaliknya beliau gelisah dan risau dengan
wang itu dan maengganggapnya sebagai fitnah dan cubaan yang tidak kurang hebatnya dengan penderitaan didalam penjara. Akibat wang yang banyak itu, Imam Hambali tidak dapat tidur pada malam hari. Pada pagi harinya, Imam Hambali memanggil anaknya, sambil menangis beliau berkata: “Saya tidak dapat tidur pada malam hari. Saya telah selamat dari dari ujian yang diperbuat oleh mereka, tetapi sekarang dalam umur yang sudah tua sebegini saya diuji pula dengan harta dunia mereka.”

Maka dengan tidak menunggu sampai dua hari, Imam Hambali telah mengeluarkan semua wang yang dihadiahkan oleh Khalifah kepada beliau. Semua wang yang diagih-agihkannya kepada para keturunan sahabat Mujahirin dan Ansar dan baki yang masih ada disedekahkan kepada orang yang berhajat. Habislah wang 10,000 dirham itu dalam masa yang singkat. Beliau sendiri tidak menggunakannya.

Perhatian Khalifah Al-Mutawakil terhadap Imam Hambali bukan hanya sekadar menghadiahkan wang 10,000 dirham itu sahaja, tapi masih banyak yang lain lagi. Setaip hari petugas dari istana datang kerumah Imam untuk memeriksa kesihatan beliau. Jika didapati beliau menderita sesuatu penyakit, Khalifah akan menghantar doktor peribadinya untuk mengubat beliau. Selain itu setiap hari pula Khalifah menghantar berbagai-bagai hadiah untuk memenuhi keperluan Imam. Tetapi sebaik sahaja hadiah-hadiah itu diterima, beliau terus sedekahkannya kepada fakir miskin dan orang yang berhajat. Diceritakan bahawa Khalifah Al-Mutawakil sangat ingin berjumpa dengan Imam. Namun Imam sentiasa menolak keinginan Khalifah dengan cara yang baik-baik. Dikemukannya berbagai alasan yang munasabah kepada Khalifah agar baginda tidak menemuinya.

Mengapa Imam Hambali sentiasa menolak apabila ingin ditemui Khalifah? Ya, kerana Imam Hambali dengan kekuatan kashsyafnya dapat mengagak bahawa Khalifah ingin memberinya pangkat dan kedudukan tinggi disamping baginda. Dengan demikian beliau berasa bahawa Khalifah akan mengajaknya untuk mengharungi kemewahan hidup di dunia yang tinggal sejengkal ini.

Sehubungan dengan perasaan itu, beliau berkata:” Ini tidak lain hanyalah fitnah dunia, dan penderitaan pada masa lalu itu adalah fitnah bagi
agama.”

Imam Hambali pernah berkata: “Tidak ada bahaya bagi iman melainkan cinta keduniaan, dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik pada perhiasan dunia. Makan apabila iman telah rosak dan hati telah hancur, apa lagi yang dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?.”


Mencungkil Hikmah Dari Perbuatan Tuhan

464904253_2dfdd2410d.jpg

Kita harus yakin bahawa tidak ada sesuatu yang berlaku di mayapada ini yang Tuhan tidak tahu. Tidak akan berlaku sesuatu kalau Tuhan tidak izinkan dan tidak kehendaki. Apa sahaja yang berlaku tidak terkeluar dari rencana, rancangan dan jadual Tuhan. Dia pentadbir sekelian alam. Gugurnya sehelai daun kering di hutan belantara, Tuhan tahu. Menetasnya seekor anak ikan di lautan yang dalam, Tuhan tahu. Matinya seekor hama di celah-celah rumput, Tuhan tahu. Sebutir pasir menjadi batu di perut bumi pun Tuhan tahu. Bahkan bukan setakat tahu. Dia yang berkehendakkan ianya jadi begitu.

 

Di samping itu, segala apa yang berlaku itu tidak berlaku dengan sia-sia. Tuhan tidak membuat sesuatu dengan sia-sia. Apa sahaja yang berlaku, ada tujuan dan hikmahnya. Perkara yang berlaku itu akan membawa kepada perkara yang lain. Akan mencetuskan kesan yang lain. Akan memberi implikasi kepada pihak yang lain. Ia sambung-menyambung, kait-berkait, dan bermata-rantai dengan benda-benda yang lain.

 

Tuhan itu berperanan dalam segala hal. Tidak ada perkara yang Tuhan tidak masuk campur. Dunia ini ibarat pentas. Tuhan itu pengarahnya. Kita ini pelakon-pelakonNya. Apa sahaja yang dilakonkan di pentas dunia ini adalah mengikut arahan pengarahnya. Boleh juga diibaratkan dunia ini seperti papan catur. Kita dan segala apa yang ada di dalam dunia ini ialah buah-buah catur. Tuhan itu pencaturnya. Kita sebagai buah catur, tidak akan dapat bergerak kalau kita tidak digerakkan. Kalau kita tidak digerakkan maka akan diam membatulah kita.

 

Oleh itu segala apa yang berlaku, kembali kepada Tuhan. Tuhanlah puncanya. Tuhanlah pencetusnya.

 

Mengetahui hakikat ini, maka kita harus pandai menilai dan membaca segala perbuatan Tuhan. Kita perlu sentiasa mencari hikmah di dalam segala perbuatanNya samada yang berlaku pada orang lain, yang berlaku di dalam negara kita, yang berlaku di negara lain, lebih-lebih lagilah terhadap apa yang berlaku pada diri atau kumpulan kita sendiri. Pada setiap yang berlaku itu ada berita, tanda, isyarat dan pengajaran yang dapat kita cungkil kalau kita mahu mencungkilnya.

 

Apabila berlaku sesuatu, kita perlu bertanya. Mengapakah ia berlaku? Apakah sebab ia berlaku? Apa puncanya? Apa kaitannya perkara itu dengan perkara lain? Apa akan jadi seterusnya? Siapa yang terkesan dengannya? Apakah bentuk kesannya? Siapa yang untung? Siapa yang rugi? Selepas berlaku perkara itu, akan ada atau tidak perubahan. Apa yang akan berubah? Siapa yang akan berubah? Apakah kesan daripada perubahan-perubahan itu? Apakah kehendak Tuhan dalam kejadian ini? Adakah kejadian ini berasingan atau bersabit dan bersambung dengan kejadian lain? Apakah rancangan Tuhan? Apakah pengajaran yang Tuhan mahu kita ambil? Apakah sikap kita selepas ini? Apa perubahan yang perlu kita buat? Adakah ini bala? Adakah ini ujian? Adakah ini hukuman kepada kesalahan kita yang lepas? Adakah ia balasan untuk kebaikan kita yang lepas? Apakah maksudnya dan kesannya pada diri dan perjuangan kita? Dan berbagai-bagai bentuk pertanyaan lagi.

 

Memang kita tidak akan dapat menjawab kesemua soalan ini. Orang yang kuat akal mungkin akan dapat menjawab sebahagian daripadanya. Orang yang terang mata hati mungkin akan dapat menjawab lebih lagi. Orang yang ada firasat dan pandang tembus mungkin akan lebih faham lagi tentang apa yang berlaku. Orang yang kasyaf mungkin sudah tahu lebih awal lagi perkara ini akan berlakuk dan tahu pula segala hikmah dan rahsiaNya.

 

Disebabkan segala sesuatu yang berlaku itu berpunca dari Tuhan dan Dialah yang mencetuskannya, maka kalau kita cungkil hikmah dalam apa juga hal dan kejadian, maka ia akan membawa kita kembali kepada Tuhan. Kita akan dapat lihat peranan dan tangan Tuhan. Kita akan lebih memahami iradah dan kehendak Tuhan. Kita akan lebih tahu cara Tuhan membuat sesuatu. Kita akan faham kenapa Tuhan membuat sesuatu itu. Kita akan dapat membaca jadual dan perancangan Tuhan. Kita akan tahu ke arah mana Tuhan mendorong kita.

 

Bila kita faham semua ini, maka segala kejadian dan perkara yang berlaku itu jadi kecil. Nikmat jadi kecil. Ujian jadi kecil. Halangan jadi kecil. Kesusahan jadi kecil. Musuh jadi kecil. Segala-galanya akan menjadi kecil. Yang kita rasa besar ialah Tuhan; yang menyebabkan perkara itu berlaku. Justeru itu kita akan jadi tenang. Kita tidak takut. Kita tidak gentar. Kita tidak risau. Kita tidak bimbang. Semuanya, termasuk diri kita sendiri, adalah di dalam genggaman dan kawalan Tuhan. Mudah sahaja kita menerima apapun yang berlaku. Kita mudah sabar, mudah redha dan mudah kembali kepada Tuhan.

 

Tambahan pada itu, apabila kita faham dan sedar bahawa Tuhan ada peranan dalam hidup kita dan dalam apa sahaja yang berlaku pada diri kita dan diri orang lain, maka hati kita akan mudah terhubung dengan Tuhan. Kita akan dapat merasakan Tuhan sentiasa bersama kita. Tuhan itu sentiasa wujud dan berperanan dalam hidup kita. Ini akan menimbulkan berbagai-bagai rasa dalam hati kita. Rasa hebatnya Tuhan. Rasa gagahNya, perkasaNya, pengasihNya, pemurahNya dan berbagai-bagai lagi. Berikutan itu, kita akan turut rasa bersyukur denganNya, rasa malu, takut, cinta dan berterima kasih kepadaNya.

 

Inilah sebenarnya kerja orang-orang Rohaniah dan orang-orang sufi. Mereka sentiasa mencari-cari hikmah di dalam segala perbuatan Tuhan. Mereka sentiasa meninjau-ninjau dan mencungkil-cungkil rahsia di sebalik segala perbuatan Tuhan. Mereka mencari Tuhan melalui hikmah dan rahsia yang terkandung di sebalik feel atau perbuatanNya. Dengan cara itu, tidak lekang hati-hati mereka daripada berzikir dan merasa bertuhan. Inilah sumber ketenangan dan kekuatan mereka. Inilah sumber ilmu mereka. Inilah sumber kepimpinan mereka.

 

Inilah kerja yang patut kita lakukan. Akal mesti bekerja. Hati juga mesti bekerja. Akal perlu berfikir dan bertafakur manakala hati perlu berzikir dan merasa-rasakan tentang segala hikmah dan rahsia di dalam perbuatan Tuhan. Ini lebih baik dari bersembahyang sunat seribu rakaat yang tidak khusyuk. Ini lebih berkesan untuk membuatkan kita rasa insaf tentang kedhaifan, kelemahan dan kekerdilan diri kita. Kita akan rasa terlalu kecil dan lemah di hadapan Tuhan. Ini akan mendorong kita mencari perlindungan dan bergantung harap dengan Tuhan.


Rindu padamu Arafah

Lihat dari jauh pada musim haji.Jutaan muslim berpakaian putih menyemut di Arafah.melaksanakan pelbagai perinta Allah dengan penuh hikmah.Kalimah terdengar setiap detik dari pelbagai pelosok jemaah.Mengagungkan, memuji dan menyembah Allah Tuhan seru sekalian alam .
Setiap jemaah menadah tangan sambil memanjatkan keampunan di atas segala dosa.Meskipun ketika udara seperti membakar kulit mahupun badan.Khusyuknya sehingga air mata terus menerus menghujani bumi.Esak tangis terdengardi banyak tempat.Rintihan dari kalangan orang berhati waja pun tidak boleh ditahan lagi. Hati yang keras terus menjadi lembut.
Dalam suasana itu diri dipasrahkan kepadaNya.Fikiran,hati dan pujian hanya dipersembahkan untuk Allah semata mata.Mereka betul betul seperti merasa sedang berhadapan dan berbicara dengan Allah.Sementara sikap pura pura mereka dihindari sejauh mungkin. Mereka sedar bahawa perbuatan itu mencerminkan ketidakikhlasan dan ketidaksungguhan.
Bukan itu sahaja. Setiap kali bertakbir maka terngianglah pada fikiran dan tersentuhlah pada hati akan keagungan Allah.Sehingga diri terasa kecil sekali di hadapan Allah. Kadangkala terbayang pula: apa akan terjadi bila tidak memperoleh pertolongan dan perhatian dari Allah. Untuk itulah setiap beberapa ketika akan terlontar kalimah”Lakhaula Wala Quata Illa Billah”:”Tiada daya dan upaya kecuali dengan petolongan Allah”
Demikianlah pula bila mengetahui yang diri kita sebagai makhluk sudah merasuk di dalam kalbu jemaah. Tiada lagi kesombongan terpancar di dalam diri. Mereka tenggelam oleh pengakuan nurani dan akal mereka terhadap zat Maha dahsyat.
Di Arafah kelihatan persamaan nilai manusiawinya.
Tiada seorang pun tersingkir hanya karena asal-usul.
Kalimah “Alhamdulillahirabbil’alamin” telah menghapuskan riyak di dalam hati mereka. Setiap jemaah merasakan dirinya masing-masing bak sebutir pasir di samudera. Kerana itu mereka merasa malu dengan kesombongan mereka selama ini. Di padang itu semua bangsa, ras, bahasa, status, dan usia memperlihatkan ukhwah Islamiyah. Semua berkumpul pada waktu yang sama.Pakaian pun juga dengan warna yang sama. Tiada perbezaan antara : yang tinggi dan rendah ataupun kaya dan miskin.Semuanya merendah sambil mengharapkan keampunan dari Al-Khaliq.
Sikap sopan-santun, menghormati, dan tatatertib sememangnya diterapkan antara mereka. Dengan penuh khusyuk mereka mengucapkan doa dan zikir.
Mereka berusaha menghindari sikap lain di hati lain di mulut.
Setiap cara dan geraknya diiringi pujian akan keagungan dan
kekuasaanNya. Akhirnya ketika matahari terbenam mereka pun sama-sama mengakhiri wukuf dengan cara yang sama. Wajah wajah terus memperlihatkan semangat sambil mempersiapkan diri untuk melaksanakan ketentuan haji berikutnya. Ikrar “Sami’na Waatha’na” membuat mereka terhindar dari kejenuhan mahupun kekesalan.
Banyak jemaah membawa kesan manis serta indah dari sana.
Kadangkala timbul rasa ingin kembali. Hanya mereka tidak tahu. Apakah peristiwa itu akan berulang kembali tahun depan? “Waaluhualam”.
“Rabbana Atina Fiddunya Hasanataw Wafil Akhirati Hasataw Waqina Adzabannar”
Amin ya Rabbil Alamin.^_^


Demi waktu dhuha

142044001_639ea943f4.jpg

Allah berfirman di dalam surah Ad Dhuha:
” Wadhuha wallaili izasaja.”

Maksudnya:”Demi waktu dhuha dan demi waktu malam bila ia belabuh.” (Ad Dhuha: 1-2)

Waddhuha` ertinya `demi waktu dhuha` dan `wallaili` ertinya `demi waktu malam`.

Kita akan bahaskan dua perkataan Al Quran ini sahaja. Maksudnya Tuhan bersumpah dengan waktu dhuha dan Tuhan bersumpah dengan waktu malam. Perlu diingat bahawa bila Tuhan bersumpah dengan satu perkara atau keadaan, itu menunjukkan sesuatu perkara atau keadaan itu sangat penting. Ia suatu perkara yang menarik perhatian. Kalau tidak penting tentu Tuhan tidak sebut. Tuhan tidak berkata,”Demi habuk” atau “demi debu” yang manusia tidak manfaat darinya. Bila Tuhan bersumpah dengan sesuatu benda, perkara atau keadaan, itu sesuatu yang besar, yang manusia akan dapat manfaat penting darinya.

Bila mana Tuhan bersumpah dengan waktu dhuha, ia membawa beberapa tafsiran:

1.Waktu dhuha adalah waktu yang memberi erti sangat besar kepada kehidupan manusia. Waktu dhuha adalah waktu penting yang mesti diberi perhatian

2.Waktu dhuha itu 15 min selepas waktu Isyrak (terbit matahari) sehingga kedudukan matahari tepat dan tegak diatas kepala. Ertinya kedudukan matahari penting diperhatikan manusia.

3.Waktu dhuha adalah waktu paling berfaedah buat manusia. Manusia baru bangun dari tidur, otak dan tenaga masih segar. Bila otak dan tenaga yang segar bertemu dengan waktu dan suasana yang segar, akan memberi hasil dan faedah yang banyak.

Waktu inilah orang hendak keluar bekerja, hendak mengaji, hendak berniaga, bertani, hendak ke pejabat, hendak belajar, hendak mengajar dan sebagainya. Waktu ini juga bagi kebanyakan negeri-negeri terutama di timur tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Ini menyebabkan kita seronok bekerja dan tidak cepat letih. Kebetulan pula kita baru bangun dari tidur, otak masih segar, tenaga masih segar dan masih baru. Kalau bertani akan mendapat hasil yang banyak. Kalau sedang belajar, waktu ini juga kita boleh menerima banyak ilmu.

Walaupun boleh bekerja hanya untuk 3 atau 4 jam diwaktu dhuha tetapi hasilnya lebih banyak daripada 10 jam. Kerana itulah itu Tuhan bersumpah dengan waktu dhuha. Jadi kena jaga waktu ini. Inilah waktu perdana (prime time) di mana manusia boleh berusaha dan memberikan hasil yang maksima.


La tahzan

455186144_e01daf4699.jpg


RUKUN NIKAH

1.      Calon isteri. (perempuan)

2.      Calon suami. (lelaki)

3.      Wali.

4.      Dua orang saksi.

5.      Akad ijab dan qabul.

 

1)      SYARAT-SYARAT CALON ISTERI

 

1.            Bukan mahram dengan bakal suami.

2.            Bakal isteri itu tentu orangnya, tidak sah perkahwinan kalau seorang bapa berkata: “Saya nikahkan awak dengan salah  seorang daripada anak-anak perempuan saya”.  Pendeknya mestilah ditentukan yang mana satu daripada anak-anaknya itu.

3.            Bukan isteri orang dan bukan pula masih dalam iddah.

4.            Benar-benar  yang ia seorang perempuan – bukan khunsa.

5.            Dengan rela hatinya bukan dipaksa-paksa kecuali bakal isteri itu masih gadis maka bapa atau datuk (bapa kepada bapa) boleh memaksanya berkahwin.

 

2)      SYARAT-SYARAT CALON SUAMI

 

1.      Bukan mahram dengan bakal isteri.

2.      Dengan pilihan hatinya sendiri, tidak sah berkahwin dengan cara paksa.

3.      Lelaki yang tertentu, tidak sah perkahwinan kalau wali berkata kepada dua  orang lelaki : “Saya nikahkan anak perempuan saya Aminah dengan salah seorang daripada kamu berdua.”

4.      Bakal suami mestilah tahu yang bakal isteri itu sah berkahwin dengannya.

5.      Bakal suami itu bukan sedang dalam ilham.

6.      Bakal suami tidak dalam keadaan beristeri empat.

 

3)      SYARAT-SYARAT WALI

 

1.      Islam, orang yang tidak beragama Islam tidak sah menjadi wali atau saksi.  Firman Allah:

 

 

        

 

Ertinya : Wahai orang yang beriman janganlah kamu ambil orang Yahudi dan orang Nasrani untuk menjadi wali.

 

(Surah Al-Maidah : Ayat 51)

 

2.      Baligh

3.      Berakal

4.      Merdeka

5.      Lelaki, perempuan tidak boleh menjadi wali.  Sabda Rasulullah SAW :

 

 

 

 

 

 

 

 

               Ertinya : Tidak harus perempuan mengkahwinkan perempuan dan tidak perempuan mengkahwinkan dirinya sendiri, dan kami berkata: perempuan yang mengkahwinkan dirinya sendiri adalah penzina.

 

(Riwayat Al-Dar Al-Qatni)

 

 

6.      Adil – tidak pasiq, sabda Rasulullah SAW :

 

 

 

Ertinya : Tidak sah perkahwinan itu melainkan dengan wali yang adil.

 

 

7.   Tidak dalam ihram, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

 

 

 

 

      Ertinya : Orang yang sedang berihram tidak boleh berkahwin dan tidak boleh mengkahwinkan orang lain.

 

<(Riwayat Muslim)

 

8.   Tidak cacat akal atau fikirannya samada kerana terlalu tua atau lainnya.

 

9.   Tidak dari orang yang ditahan kuasanya dari membelanjakan hartanya kerana bodoh atau terlalu boros.

 

 

4)      SYARAT-IJAB DAN QABUL

 

         a.   Syarat-syarat ijab :

 

1.      Hendaklah dengan perkataan nikah atau tazwij yang terang dan tepat.

 

               2.   Lafaz ijab itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan perkahwinan itu terbatas waktnya.

 

               3.   Dari wali sepertii katanya : “Saya nikahkan awak dengan anak saya Fatimah  dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai / bertangguh”, atau pun dari wakil  wali  seperti katanya : Saya nikahkan dikau dengan Fatimah binti Yusof yang telah berwakil wali ayahnya kepada  saya dengan mas kahwin sebanya lima ratus ringgit tanai / bertangguh”.

 

               4.   Tidak dengan lafaz ta’liq seperti kata wali : “Saya nikahkan dikau dengan anak saya Fatimah sekiranya anak saya itu diceraikan dan selesai iddahnya”.

 

 

b.   Syarat-syarat Qabul :

 

1.      Tidak berselang lama atau tidak diselangi dengan perkataan-perkataan lain di antara  ijab dan qabul.  Ertinya di antara ijab dan qabul tidak diselangi oleh sesuatu samada perkataan-perkataan yang lain daripada ijab dan  qabul atau diam yang lama, bukan diam untuk bernafas.

 

2.      Diterima oleh calon suami seperti katanya : “Saya terima nikahnya dengan mas kahwin sebanyak yang tersebut tunai / bertangguh”.  Ataupun wakilnya seperti katanya: “Saya terima nikahnya untuk Osman, (kalau calon suami itu bernama Osman) dengan mas kahwin yang tersebut”.

 

3.      Lafaz  qabul itu tidak berta’liq.

 

4.      Lafaz qabul  itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan nikah itu terbatas waktunya.

 

5.      Hendaklah disebut nama bakal itu atau ganti namanya, seperti kata calon suami : “Saya  terimalah nikah Fatimah atau nikahnya”.

 

6.      Lafaz qabul itu sesuai dengan lafaz ijab.

 

7.      Hendaklah lafaz qabul itu lafaz yang terang bukan sindiran.

 

 

5)      SYARAT-SYARAT SAKSI

 

1.      Kedua saksi perkahwinan itu mestilah beragama Islam.

2.      Lelaki

3.      Berakal

4.      Baligh

5.      Merdeka

6.      Adil (tidak fasiq).

7.      Melihat, tidak sah menjadi saksi orang yang buta.

8.      Mendengar, tidak sah menjadi saksi orang yang pekak.

9.      Kuat ingatan, maksudnya ingat apa yang didengar dan yang dilihat.

10.  Faham dengan bahasa yang digunakan dalam ijab dan qabul.

11.  Bukan yang tertentu menjadi wali seperti bapa atau saudara lelaki yang tunggal (tidak ada saudara lelaki  yang lain), ertinya : tidak sah perkahwinan sekiranya bapa atau saudara yang tunggal itu mewakilkan kepada orang lain untuk mengakadkan perkahwinan itu sedangkan mereka menjadi saksi dalam perkahwinan tersebut.

 

        

6)      SUSUNAN WALI

 

1.      Bapa

2.      Datuk sebelah bapa hingga ke atas

3.      Saudara seibu sebapa

4.      Saudara sebapa

5.      Anak saudara  lelaki seibu sebapa hingga ke bawah.

6.      Anak saudara lelaki sebapa hingga ke bawah

7.      Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas.

8.      Bapa saudara  sebapa  hingga ke atas.

9.      Anak bapa  saudara seibu sebapa (sepupu) hingga ke bawah.

10.  Anak bapa saudara sebapa (sepupu) hingga ke bawah.

11.  Kemudian hakim (Sultan) termasuklah orang-orang yang dilantik oleh Sultan seperti Kadhi atau naib Kadhi.

 

 

         Di dalam susunan wali tersebut, wali yang paling hampir kepada perempuan digelar  dengan wali aqrab  dan yang terjauh digelar dengan wali ab’adh.

 

         Untuk menjadi wali perkahwinan itu mestilah didahulukan yang lebih aqrab kemudian kalau tidak ada yang lebih aqrab baharulah yang selepas  dan begitulah seterusnya.

 

 

7)      WALI HAKIM

         Hakim mempunyai kuasa untuk menjadi wali dalam satu-satu perkahwinan di masa yang tertentu seperti berikut :

 

1.      Ketika tidak ada wali yang tersebut, sebagaimana sabda Rasulullah Salallahu Aalihi Wassallam :

 

 

 

 

         Ertinya : Sultan menjadi wali bagi mereka yang tidak ada wali.

 

2.      Wali enggann mengahwinkannya walaupun wali mujbir (bapa atau datuk) sekiranya keengganan itu kurang dari tiga kali, tetapi jika keengganan itu lebih  dari tiga kali maka wali yang  lebih jauh darinya berhak menjadi wali sebagaimana dalam  susunan wali.

 

         Sebagai contoh wali yang enggan menikahkan yaitu : perempuan yang baligh, berakal memohon kepada wali supaya  mengahwinkan dengan seorang lelaki yang setaraf dengannya sedangkan wali bapa atau datuk mahukan seorang yang  lain yang setaraf juga.  Bentuk yang demikian tidaklah dianggap wali itu enggan atau ingkar, kerana wali itu lebih matang daripada perempuan itu dari segi perhatian dan pandangan untuk kepentingan atau kebahagiaan perempuan tersebut.

        

3.      Wali berada di tempat yang jauh sekadar perjalanan yang mengharuskan qasar sembahyang iaitu kira-kira enam puluh batu dan tidak ada  pula wali yang sedarjat dengan wali yang jauh itu di tempat perempuan yang akan dikahwinkan itu.

 

4.      Wali sedang di dalam ihram dan tidak ada wali yang lain yang sedarjat yang tidak di dalam ihram.

 

5.      Wali itu sendiri berkahwin dengan sempurna itu, seperti anak bapa saudara yang ketika sepatutnya beliau menjadi wali, tetapi oleh kerana beliau inginkan perempuan itu untuk menjadi  isterinya dan tidak ada wali yang lain yan sedarjat dengannya maka ketika itu hakimlah yang menjadi wali.

 

6.      Hakim menjadi wali untuk mengahwinkan perempuan yang sudah baligh tetapi gila, sekiranya perlu dikahwinkan dan tidak ada wali yang mujbar (bapa atau datuk).

 

7.      Wali di dalam tahanan dan tidak boleh dihubungi sama sekali.

 

8.      Wali bersembunyi.

 

9.      Wali ghaib dan tidak diketahui hidup atau mati atau di mana ia tinggal.

 

 

8)      WALI MUJBIR

 

         Sebelum ini telah dinyatakan susunan wali, di dalam susunan wali tersebut  terdapat dua golongan iaitu :

 

1.      Wali mujbir :      iaitu bapa dan datuk (bapa kepada bapa)  sekiranya bapa sudah tidak ada, kedua-dua ini berhak mengkahwinkan perempuan yang masih gadis (anak dara) tanpa meminta keizinan daripada gadis tersebut lbih dahulu dengan syarat-syarat yang akan diterangkan kemudian.  Walau bagaimanapun kedua-duanya disunatkan meminta keizinan gadis itu terlebih dahulu, sabda Rasulullah SAW.

 

 

 

        

         Ertinya : Janda lebih berhak ke atas dirinya dan anak dara dikahwinkan dia oleh bapanya.

 


 

2.      Bukan Mujbir iaitu : wali perkahwinan bagi yang bukan anak dara atau yang berkahwin itu anak dara tetapi bukan wali bapa atau datuk.  Dalam keadaan ng begini wali  tidak boleh mengkhwinkan  tanpa meminta keizinan terlebih dahulu,  kerana sabda Rasulullah SAW.

 

 

 

 

 

         Ertinya : Janganlah kamu kahwinlah janda sehingga kamu meminta keizinan mereka terlebih dahulu.

 

(Riwayat At-Tarmidzi)

 

         Oleh sebab seorang janda sudah mengetahui maksud atau tujuan perkahwinan sebab itulah tidak boleh dipaksa dengan tidak mendapat keizinan.

 

 

9)      SYARAT-SYARAT SAH BAPA ATAU DATUK  MENGKAHWINKAN ANAK DARA TANPA KEIZINANNYA

 

1.      Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan walinya.

 

2.      Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan bakal suami.

 

3.      Kufu’ atau setaraf  di antara bakal  suami dengan calon isteri.

 

4.      Bakal suami sanggup membayar  mas kahwin dengan tunai.

 

         Keempat-empat syarat tersebut adalah menjadi syarat bagi sahnya perkahwinan itu.  Selain dari syarat-syarat tersebut di tambah dengan syarat-syarat lain seperti berikut:

 

1.      Hendaklah mas kahwin yang setanding (mahar misil).

 

2.      Mas kahwin itu hendaklah dari wang yang digunakan dalam negeri itu.

 

3.      Bakal suami itu bukanlah dari orang yang menyusahkan bakal isteri untuk hidup bersamanya seperti orang buta atau terlalu tua.

 

         Sekiranya ketiga-tiga  syarat ini tidak diperolehi dan perkahwinan itu dilakukan juga,  maka perkahwinan itu sah, tetapi wali adalah  berdosa, pendeknya perkahwinan haram dilakukan.

 



**Semai kasihmu dalam jiwaku**

 

19713455961886l.jpg

Assalamu’alaykum wbt…
Sedikit catatan ringkas sebelum saya memulakan tugasan harian. . Alhamdulillah, hari ini sudah 12 hari saya menginjak usia 23 tahun. Terasa begitu pantas masa berlalu kerana dahulu saya hanya merasakan yang saya hanya anak anak kecil yang terlalu lambat untuk dewasa. Dan saya selalu menanti hari untuk menjadi dewasa. Saya selalu tertanya tanya bilakah hri dewasa saya… Sekarang saya sudah dewasa dan sudah masuk usia awal 20-an.(Didoakan agar perubahan usia saya menjadi peningkatan kepada amalan dan sikap sikap baik ). Diwaktu ini juga telah ramai orang yang seusia saya memulakan fasa baru di dalam hidup mereka. Punya teman hidup dan menjalani kehidupan sendiri tanpa ibu bapa di sisi. Iya, seperti yang telah dilalui oleh kebanyakan sahabat saya dan mereka juga telah menyandang gelaran ummi. Menjadi serikandi di dalam hati anak anak dan suami….
Suatu masa nanti saya pasti akan terpisah dengan insan yang paling saya sayangi. Yang setiap hari saya lihat wajahnya.Yang setiap hari saya bergurau senda dan melakukan kerja bersamanya. Wajah yang lembut, tiada siapa yang mengerti apa yang tersirat di dalam hatinya. Benarlah kata orang, wajah wanita sukar ditafsirkan apa yang tersembunyi di dalamnya berbanding lelaki. Saya masih ingat ketika saya berusia 7 tahun dan dijangkiti demam panas. Dia tidak tidur malam menjaga saya. Merawat saya sehingga sembuh. Dia juga yang menemani saya ketika hari pertama saya mengenali erti sekolah. Selain itu tangan dua kerat ituah yang digunakannya untuk menyuapkan makanan ke mulut saya dan membawakan beg sekolah saya yang berat ketika saya pulang dari sekolah di waktu awal saya memulakan persekolahan di sekolah rendah. Walaupun saya anak pertama di dalam keluarga sifat manja saya masih terserlah di awal usia kanak kanak saya.
Hati wanita saya sering terusik dengan pengorbanannya, memberikan sepenuh keutamaan pada saya. Walaupun dia sering tiada di rumah kerana bertugas di luar sebagai kakitangan kerajaan, tetapi saya merasakan waktu waktu ketika dia berada di rumah adalah waktu yang amat berharga di dalam diri saya. Bagaimana untuk saya berpisah dengannya sedangkan saya pernah berkongsi tubuh dengannya selama sembilan bulan? Dia yang telah bersusah payah mengeluarkan saya ke dunia ini dengan sepenuh tenaganya. Bertarung nyawa untuk memastikan saya dapat menjenguk dunia di dalam keadaan yang sempurna….

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyusukannya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”
(Al-Ahqaaf ayat 15)

    kerana kasih yang telah disemai di dalam jiwa inilah saya menjadi insan seperti sekarang. Sesuatu yang akan saya hargai sampai bila bila. Walaupun semua itu tidak mampu saya balas hatta dengan harta yang tidak terinilai harganya, tetapi saya ingin memastikan dia gembira. Saya juga nanti akan menjadi seperti dia. Saya juga akan menjadi ibu dan saya juga mengharapkan anak anak saya nanti menjadi anak yang berbakti pada orangtua dan menyenangkan perasaan saya… Yang pastinya saya juga mahu menjadi ibu sepertinya, ibu yang berhati suci dan kuat jiwa. Yang akan menyayangi anak anak setulus hati dan menjadi ibu yang mithali… Ya Robbi, semoga Kau kabulkan impian hambaMu ini!
Semoga dia tenang selalu di manapun dia berada sekarang, di dalam doa yang tidak putus dari seorang anak yang amat mengharapkan syurga di akhirat nanti. Saya akan selalu merinduinya walaupun saya akan terpisah jauh lagi dengannya nanti. Semoga dia akan dijaga Allah ….


Siapakah kita yang sebenarnya?

1.SIAPAKAH AKU SEBENARNYA?
30.” Dan (kenangilah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “sesungguhnya Aku hendak melantik khalifah di muka bumi.” (al-Baqarah)

2. BAGAIMANA AKU HENDAK JADI SEORANG KHALIFAH?
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu ( wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka; khalifah-khalifah yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka;(an-Noor-55)

3. KENAPA AKU DICIPTAKAN?
56.”Aku tidak menjadikan jin dan manusia kecuali supaya mereka menyembah dan beribadat kepadaKu” (adz-Dzaariyat)

115-116.” Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami, maka Maha Suci Allah raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia, Tuhan(yang mempunyai) arasy yang mulia” (al-Mukminun)

4. APAKAH TUJUAN HIDUPKU?
“Katakanlah: solatku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah untuk Tuhan Semesta Alam” (al-An’am)

5. APAKAH ITU KEBENARAN?
30. “Yang demikian ialah kerana Allah itulah yang benar(al-Haq) dan segala apa yang mereka sembah selain dariNya itulah yang palsu dan Allah itulah Tuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Besar” (Luqman)

6. KALAU BETULLAH ITU KEBENARAN…KENAPA AKU TIDAK NAMPAK KEBENARAN?
9. Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka ( pada hari kiamat). Lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu,, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). (Yaasin)

7. AKU INGIN MENJADI ORANG YANG BERJAYA…..TAPI…SIAPAKAH YANG SEBENAR-BENARNYA BERJAYA?
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya, Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;” (al-Mukminun)

102. Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.

71.Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan (al-Ahzab)

8. OK..KALAU BEGITULAH CARANYA UTK MENJADI ORANG BERJAYA, APA YANG PATUT AKU BUAT?
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu kedalam agama Islam itu sepenuhnya.” (al-Baqarah)

9. KENAPA AKU MASIH RAGU-RAGU DENGAN AYAT2 ALLAH?—(setiap baris ayat Al-Quran wajib diterima dan diamalkan sebagai seorang muslim.)
2. “Diturunkan al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. (al-Mukminun)

10. TAPI, KADANG-KADANG AYAT2 ALLAH TIDAK MEMENUHI KEMAHUANKU.JADI, CAMNE TU?
29. “Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah” (at-Taqwir)

216.” Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan kamu mungkin sukakan sesuatu, sedangkan ia lebih buruk kepada kamu. Dan hanya Allah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah)

11. AKU BANYAK MENJADIKAN HIBURAN YANG MELALAIKAN SEBAGAI PENGHIBUR HATIKU, MEMBUATKAN HATIKU GEMBIRA DAN TENANG.
28.(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah, Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia.”(Ar-Rad)

” Dan barangsiapa yang berpaling dari mengingati AllahYang Maha Pemurah, Kami adakan baginya syaitan (ygMenyesatkannya) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya” (az-Zukhruff:36)

12. AKU JUGA MENGAMALKAN APA YANG DISURUH, TAPI AKU JUGA CENDERUNG MEMBUAT MAKSIAT.
71. Jika kebenaran itu mengikut hawa nafsu mereka nescaya musnahlah langit dan bumi dan penghuni-penghuninya. ( Al- Mukminun )

42. “Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (at-taubah)

13. AKU MEMPUNYAI MINDSET BAHAWA UTK MENGAMALKAN ISLAM SEPENUHNYA, HIDUPKU MUNGKIN TIDAK ‘HAPPENING’ DAN MENYUSAHKAN.
2-3. “Kami tidak turunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah, tetapi bagi peringatan bagi orng yang takut(pada Allah) (Thahaa)

82. “Dan Kami turunkan dari al-Quran itu sesuatu yang menjadi rahmat kepada orang-orang yangberiman”(al-Isra’)

14. GEMBIRAKAH AKU JIKA AKU MENJADI ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH?
139. “Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah(pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman”(ali-Imran)


HUKUM-HUKUM PERKAHWINAN

Hukum asal suatu perkahwinan adalah harus sahaja tetapi dalam pada itu berkemungkinan boleh berubah menjadi wajib, sunat, haram dan makruh di mana sesuai dengan keadaan seseorang yang akan menempuh perkahwinan.

 

         Huraiannya adalah seperti berikut :-

 

1.            Perkahwinan yang wajib.

Orang yang diwajibkan berkahwin ialah orang yang sanggup untuk berkahwin, sedang ia khuatir terhadap dirinya akan melakukan perbuatan zina.

 

2.            Perkahwinan yang sunat

Orang yang disunatkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin dan sanggup memelihara diri dari kemungkinan melakukan perbuatan yang terlarang.

 

3.            Perkahwinan yang haram

Orang yang diharamkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin tetapi kalau ia berkahwin diduga akan menimbulkan kemudharatan terhadap pihak yang lain seperti orang gila, orang yang suka membunuh atau mempunyai sifat-sifat yang dapat membahayakan pihak yang lain dan sebagainya.

 

4.            Perkahwinan yang makruh

Orang yang makruh hukumnya berkahwin ialah orang yang tidak mempunyai kesanggupan untuk berkahwin (dibolehkan melakukan perkahwinan) tetapi ia dikhuatiri tidak dapat  mencapai tujuan perkahwinan.  Oleh itu dianjurkan sebaliknya ia tidak melakukan perkahwinan.

 

Demikian huraian hukum-hukum perkahwinan yang boleh dijadikan panduan dan juga  pengajaran yang baik kepada sesiapa yang hendak berkahwin.


Buka mata buka hati

sad.jpg

Buka mataku buka hatiku
Allah terangilah
Hidupku dengan sinarMu

Aku meraba(?) tak berdaya
Tanpa rahmatMu aku hina

Beribu dosa telah terjadi
Bewarnai langkahku
Hitam diri
Hitamlah hari yang lalu
Gila tanpa cahayaMu
Gelap seluruh hidupku
Tak berdaya tak bererti sia-sia

Tak mungkin bisa ku sempurna
Mencintaimu seperti ke-Maha-anMu
Diri yang hina berlumur noda
Hanya bersimpuh
Memohon belas kasihMu

Beribu dosa telah terjadi
Bewarnai langkahku
Hitam diri
Hitamlah hari yang lalu
Gila tanpa cahayaMu
Gelap seluruh hidupku
Tak berdaya tak berarti sia-sia

Buka mataku buka hatiku
Allah terangilah
Hidupku dengan sinarMu


HIKMAH PERKAHWINAN

386433172_52ea604fc0.jpg

Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai faedah dan hikmahnya yang tersendiri.  Faedah dan hikmah tersebut boleh dilihat dan difikir oleh akal manusia, hanya Allah Taala sahaja yang mengetahuinya.  Begitulah juga dengan perkahwinan, mempunyai faedah dan  seterusnya kepada masyarakat Islam.

 

Di antara faedah dan hikmahnya ialah :-

 

         1.      Supaya manusia itu hidup berpasangan menjadi suami isteri yang sah bagi mengatur dan membangunkan rumahtangga dengan janji-janji setia (akad nikah) sehidup semati.

 

         2.      Supaya perhubungan lelaki dan wanita akan lebih bermakna lagi di sisi Allah dengan ikatan dan pertalian yang kukuh di mana tidak mudah putus atau diputuskan.

 

         3.      Membangunkan masyarakat dari asas-asas rumahtangga yang damai dan berdisiplin.

 

         4.      Supaya umat manusia berkembang biak bagi meramaikan  dan memakmurkan bumi Allah yang luas ini.

 

         5.      Supaya dapat melahirkan keturunan bangsa manusia yang diakui sah  serta kekal pula dalam masyarakat dan negara.

 

         6.      Supaya dapat menumpukan perasaan mahabbah, kasih sayang, tanggungjawab seorang suami kepada isteri, seorang bapa kepada anaknya, seorang datuk kepada cucunya dan  seterusnya dari sebuah masyarakat kepada negara.

 

         7.      Perkahwinan membuka pintu rezeki serta nikmat hidup.

 

         8.      Perkahwinan memelihara agama, kesopanan, kehormatan dan kesihatan.

 

         9.      Menyempurnakan naluri manusia bagi mendapat kepuasan nafsu dan keinginan syahwat serta menjauhkan diri dari gangguan godaan maksiat dan kezalinan yang amat dilarang oleh agama.

 

         Pendek kata perkahwinan adalah peraturan dari Allah Taala yang diturunkan untuk kebaikan seluruh masyarakat manusia bagi mencapai kebahagiaan umat dengan baik dan sempurna.  Jika keadaan  rumahtangga itu kucar kacir dan tidak kukuh, maka keadaan umat itu juga turut lemah dan sengsara akhirnya.



Pengertian Perkahwinan.

166845253_8f49ac7be3.jpg

Maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara  lelaki dengan perempuan hidup bersama  dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.  Dalam erti  kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan  sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.

 

         Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyebut mengenai  pensyariatan perkahwinan dianjurkan secara langsung  atau tidak langsung kepada manusia sesuai dengan  tuntutan fitrah semulajadinya.

 

         Berikut dinyatakan beberapa ayat Al-Quran Al-Karim mengenai perkahwinan dan tujuan-tujuan disyariatkannya.


 

Allah  berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 3, ertinya :

 

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bilah menikah) anak-anak yatim, maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.  Tetapi  jika kamu takut tidak dapat  berlaku adil, maka seorang  sajalah, atau hamba sahaya yang kamu miliki.  Yang demikian itulah  yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-wenangnya.”

 

         Dari ayat tersebut di atas, dapat diambil penjelasan bahawa seorang lelaki disuruh oleh Allah Taala untuk berkahwin jika berkemampuan, sehingga kepada empat  orang isteri dengan cara berlaku adil terhadap mereka sepertimana yang ditentukan oleh syarak.  Sebaliknya jika bimbang tidak dapat berlaku adil maka berkahwinlah dengan seorang sahaja.

 

Allah berfirman, ertinya :

 

         “Wahai manusia ! Bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu, yang telah menjadikan kamu dari satu diri, dan daripadanya dijadikanNya serta dari keduanya Dia memperkembang biakkan lelaki dan  perempuan yang banyak.  Bertaqwalah kepada Allah yang kamu telah  bertanya tentang namaNya yang peliharalah keluargamu.  Sesungguhnya Allah  Pengawas atas kamu.”

 

         Di antara hadis Rasulullah SAW yang menerangkan mengenai perkahwinan adalah sebagaimana berikut – ertinya :

 

         “Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu:  Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah  berkahwin.  Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan.  Tetapi barangsiapa yang tidak  mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”

 

         Dijelaskan dalan hadis di atas bahawa  Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan  supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Nabi SAW.  Antara faedah yang ketara di sini ialah  seseorang itu dapat  menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan sebagainya.  Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.

 

         Memandangkan kelengkapan ajaran Islam dalam menjamin kesejahteraan rumahtangga, keturunan dan keselamatan umat, maka syariat Islam telah mengadakan beberapa peraturan hukum perkahwinan agar manusia tidak akan tergelincir ke dalam kerosakan dan kehancuran kerana sudah menjadi fardhu ain terhadap orang Islam dan mengaku dirinya Islam wajib mempelajari hukum-hukum Allah termasuk hukum nikah cerai dan rujuk.

 

         Perkahwinan hendaklah diasaskan kepada beberapa factor penting untuk menjamin kebahagiaan antaranya ialah :

1.      Perkahwinan diasaskan dengan rasa taqwa kepada Allah.  Tanpa taqwa, dikhuatiri perkahwinan itu tidak akan mencapai kepada matlamatnya, tambahan pula berkahwin itu juga merupakan ibadat dan sunnah.

 

2.      Perkahwinan hendaklah juga diasaskan kepada rasa Al Mawaddah dan Ar Rahman.  Tanpa dua perkara ini perkahwinan akan hancur dan tinggallah cita-cita sahaja.

 

3.      Sesebuah rumahtangga juga perlu diasaskan kepada dasar hidup bersama secara yang baik dan diredhai Allah SWT.  Maka itulah yang biasa disebut Al Mu’assarah Bi Al Maaruf.

 

4.      Perkahwinan juga berasaskan kepada amanah dan tanggungjawab bukannya kehendak nafsu semata-mata.  Suatu amanah hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baiknya, sementara tanggungjawab dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas hati.