"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

PERTUNANGAN DAN MEMILIH JODOH DALAM ISLAM(BAHAGIAN 3)

412725333_fe0484c397.jpg

MEMILIH LELAKI

Lelaki yang paling diutamakan ialah lelaki yang soleh yang mempunyai pendidikan  agama yang sempurna serta berpegang teguh dengan ajaran Islam.  Di mana melalui panduan  agama, seorang suami itu berwajiban menggauli isterinya dengan baik dan  memberi nafkah sesuai dengan tuntutan Islam.

 

         Firman Allah Taala dalam surah An-Nisaa’ ayat 34: Maksudnya :

 

         “Lelaki itu pemimpin yang bertanggungjawab atas kaum wanita dan kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana telah membelanjakan  harta mereka”.

 

         Dalam ayat di atas jelas bahawa  suami mempunyai kekuasaan terhadap isteri di mana isteri hanya membantu suami dalam urusan rumahtangga.  Lelaki yang benar-benar dapat mengendalikan kewajiban seorang suami mestilah berupaya menjadi ketua keluarga yang bertugas memimpin, mendidik dan memberi kasih sayang terhadap rumahtangga.

 

         Di antara faktor penting dalam mengutamakan agama yang disarankan oleh Islam ialah :-

 

         1.   Mempunyai akidah yang sempurna dan kefahaman agama yang kukuh serta praktikal.

 

2.      Melaksanakan syariat Islam  berdasarkan prinsip yang berterusan.

 

3.      Mengamalkan sikap kesederhanaan dalam hidupnya.

 

4.      Mengetahui besarnya ganjaran nafkah di dalam rumahtangga.

 

 

         Selain dari itu wajar bagi lelaki seorang yang tajam fikirannya, bijak menyelesaikan masalah, mempunyai sifat-sifat yang mulia,  seorang yang penyayang, suka memberi dan menerima, bertolak ansur dan mengambil berat terhadap keluarganya.

 

         Walau bagaimanapun, sebagai kaum lelaki sudah masanya dari sekarang melengkapkan diri dengan mencari dan mempelajari ilmu Islam sebanyak mungkin untuk persediaan di hari muka.  Oleh itu, ingatlah bahawa kaum wanita pada hari ini sudah mengerti memilih calonnya di mana bukan sahaja lelaki yang kacak malahan  bijak pula dalam selok belok agama yang sememangnya layak menjadi suami.

 


One response

  1. Muhammad Abrar

    Assalamu’alaikum, jadi persiapkanlah bekal agamamu wahai saudaraku.Laki-laki yang baik-baik untuk perempuan yang baik-baik dan laki-laki yang jahat untuk perempuan yang jahat.
    (Q.S. An-Nur:26).Wassalam.

    Julai 20, 2007 at 8:43 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s