"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

PERTUNANGAN DAN MEMILIH JODOH DALAM ISLAM(BAHAGIAN 5)

183748250_8af6ae0ed6.jpg

TUJUAN PERTUNANGAN

Di antara tujuan pertunangan ialah :

 

         1.   Persetujuan    mengikut janji untuk perkahwinan.

2.      Untuk menghebahkan kepada masyarakat sekeliling.

3.      Supaya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara keluarga kedua belah pihak.

4.      Hendak melahirkan sikap jimat cermat dan membentuk ciri-ciri kejujuran serta keyakinan diri.

5.      Untuk menentukan kadar mahar (mas kahwin) dan lain-lain pemberian.

6.      Untuk  menentukan tarikh,  tempat dan hari perkahwinan yang dipersetujui.

7.      Persediaan mempelajari hukum perkahwinan sebelum mendirikan rumahtangga.

 

         Sayugia bahawa perempuan yang paling baik menjadi bakal isteri  yang disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya, maksudnya:

 

         Sebaik-baik perempuan (isteri) apabila kamu menatapinya menyeronokkan hati kamu(suami), apabila disuruh oleh kamu dia mentaati suruhan dan apabila kamu tiada dia sentiasa menjaga dirinya dan harta kamu”.

 

         Wajar juga wanita yang bijak mengatur rumahtangga, berjimat cermat, rajin dan pandai  menyimpan, tambahan pula dapat melapangkan dada suami, semua ini diambil kira di dalam memilih jodoh.

CARA MEMINANG

1.      Memulai  majlis meminang dengan  bertahmid.

2.      Sendiri atau melalui orang lain, jika ada waris keluarga lebih baik  supaya mereka yang bertandang untuk meminang.

3.      Pemberian sebagai adat tanda jadi ikatan pertunangan boleh  diterima asal tidak bercanggah dengan prinsip Islam.

4.      Bersetuju menerima pinangan di antara kedua belah pihak dengan janji tertentu dan tidak memakan  masa yang lama.

5.      Wakil yang  adil menyampaikan hajat pinang mengikut adat kelaziman negara itu sama ada melalui sareh atau kinayah.

6.      Segala persetujuan hendaklah disaksikan atau ditulis.

 

         Walaupun  setelah pertunangan antara pihak lelaki dan pihak perempuan dimeteraikan melalui istiadat perminangan oleh kedua belah pihak keluarga, akan tetapi perhubungan di antara mereka tetap dianggap seperti hubungan ajnabi dengan ajnabiah yang lain.

Maka sewajarnyalah sama-sama menjaga suasana perhubungan  itu dengan baik agar tidak  bertentangan dengan ajaran-ajaran Islam yang maha suci.


 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s