"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

~*Perkahwinan Adam dan Hawa*~

Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga.
Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa. Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman:
“Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”. Malaikat dan para bidadari berdatangan

Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut.

Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.

Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula.
“Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.

Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.

Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar.
Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.

Mahar perkahwinan Adam

Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan? Itulah yang sedang difikirkan Adam.

Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah
gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.

“Bukan!” kata Tuhan.

“Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.

“Bukan!” tegas suara Ghaib.

Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun:
“Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.

Allah SWT. berfirman:
“Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang
bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin
permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.

Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).

Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.
Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam.
Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.

Allah SWT. berfirman kepada mereka:
“Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”.
(Al-A’raaf: 19).

Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.

Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat.Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi.
Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah SWT.:
“Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”
(Al-Baqarah: 38).

8 responses

  1. Masya Allah

    Mei 15, 2007 at 8:27 am

  2. 🙂

    Mei 15, 2007 at 8:45 am

  3. asalammualaikum…tentang adam dan hawa, saya ingin bertanya antara mereka berdua dimanakah ijab dan dimanakah kabul?…kerna jikalau ader akad dan nikah mesti ader ijab dan kabul kan..yaknie dunia dan akhirat..dunianya akad nikah akhiratnya ijab kabul..

    Mei 25, 2007 at 6:57 pm

  4. Sebagai hamba Allah yang dikurniakan keupayaan akal dan kemampuan analitik, kita seharusnya menggunakan nikmat ini sebagaimana yang Allah mahukan kita menggunakannya, iaitu dengan cara yang mana boleh mendekatkan kita lebih dekat kepadaNya serta dapat memberikan faedah besar kepada kita dan seluruh kemanusiaan. Dalam kita menikmati keupayaan akal ini, seharusnya kita juga mengetahui batas-batasan daerah yang telah Allah s.w.t. telah tegah kita lewati. Bagi yang beriman, cukup apa yang dinyatakan kepada mereka melalui sumber-sumber Allah iaitu Al-Qur’an dan pesuruhNya Muhammad s.a.w. Larangan ini bukanlah bagi tujuan menyekat kebebasan keupayaan minda manusia tetapi lebih kepada sifat RahimNya kepada hamba-hambanya yang bertakwa. Sebagai Al ‘Aliim (Yang Maha Mengetahui) dan Al Al Hakeem (Yang Maha Bijaksana) Allah s.w.t. mengetahui apa bentuk keupayaan maksima terhadap akal yang dianugerahkannya kepada kita. Sebagai Al Khaliq (Yang Maha Pencipta), tentu saja Dia lebih mengetahui mengenai apa saja yang diciptakanNya.

    Februari 17, 2008 at 9:00 am

  5. ummu

    masyaAllah…
    ia menarik minat ana utk copy artikel ni

    April 18, 2008 at 1:41 am

  6. director girl

    ada tak contoh firman Allah mengatakan bahawa Hawa memeng di ciptakan untuk Adam?

    September 3, 2008 at 7:55 am

  7. alihanafiahassim

    Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH SUBHANAWATAALA, amat menarik kisah cinta nabi Allah Adam a.s dengan Hawa dari saudari, pernikahan mereka romantis dan Allah reda padanya, maha suci Allah. pernikahan mereka merupakan rahmat Allah kepada umat manusia khususnya muslimin dan muslimat kerana awal awal lagi Allah telah menyatakan kerasulan nabi kita s.a.w dan selawat sebagai maharnya. Kisah Adam dan hawa satu kisah perjalanan yang panjang dan menarik dalam kehidupan manusia balasannya syurga sebagaimana saudari paparkan hadis nabi kita s.a.w seandainya kita patuh dan taat pada maha pencipta dan apa yang di ajar oleh rasul junjungan besar pada umatnya. Terima kasih saudari, saya suka membaca ilmu yang bersumberkan Al Quran dan Hadis yang tidak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ia kekal selamanya. amin ya robalalamin

    Mac 10, 2009 at 10:59 pm

  8. mohamad danial

    tumpang tanya saya ingin tahu apakah hataran yang di beri oleh adam kepada hawa…
    kerana sorang brtanya kepada saya… tetapi jawapan perhiasan surga atau mahar adalah salah katanya…
    saya ingin tau apakah jawapan sebenarnya…

    Mei 26, 2010 at 2:27 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s