"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Sedarkah kita?

Dengan nama yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Kita sebagai hamba Allah hendaklah selalu bersyukur dengan ni’mat yang dianugerahkannya kepada kita kerana Allah akan menambah ni’mat orang yang bersyukur. Seperti firman Allah Subahanahuu Wa Ta’aala:

“Se- sungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni’mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”. [Ibrahim: 7]

Bersyukur bukan saja bermaksud kita mengucapkan Alhamdulillah (Segala Puji Bagi Allah), akan tetapi, kita hendaklah patuh dan sabar dalam melakukan apa yang telah diperintahkannya ajaran2 yang telah dibawa oleh Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad SAW. Dengan berbuat demikian, insyaAllah, hidup kita didunia ini akan lebih aman dan lancar. Seseorang hamba Allah akan diuji menurut kemampuannya. Ana ingin mengajak ‘antum berfikir sejenak tentang kehidupan yang fana ini. Banyak manusia termasuk ana sendiri menangis jika terjadi kehilangan, kekurangan, kematian dan sebagainya. Ada juga diantara kita yang marah dengan ketetapan Allah.

Kadang-kadang, tanpa kita sedari, musibah yang menimpa kita itu berpunca dari kejahatan kita sendiri. Seperti firman Allah SWT didalam Al Qur’an:

“…Kami telah kurniakan kepada kamu dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.” [Al-Baqarah: 57]

Mungkin ada sesetengah daripada kita menyangka bahawa kita rasa Tuhan itu tidak adil dan bermacam-macam lagi andaian yang dibuat. Sebenarnya Dia-lah Yang Maha Adil (Al-Muqsith) dan janji-Nya adalah benar. Apa yang kita duga hanyalah nafsu jahat syaitan yang sentiasa membuat kita merasa begitu. Cara yang ana rasa baik untuk membuat kita supaya tidak berburuk sangka kepada Allah ialah dengan cara membanyakkan zikrullah (mengingat Allah). Ana pernah terbaca didalam Al Qur’an bahawa Allah akan bertindak mengikut sangkaan manusia kepada-Nya.(Ana harap para pembaca boleh memasukkan firman tersebut dalam kotak komen).

Barangkali media massa juga memainkan peranan yang kritikal kerana apa yang kita lihat dan dengar akan tidak kita sedari meresap kedalam diri kita dan kita dengan secara tidak langsung terikut-ikut dengan apa yang dipamerkan. Sebagai contoh, kita akan berpakaian seperti artis/ahli sukan dan lain2 tanpa memikirkan aurat. Perkara yang paling ketara bagi ana ialah perlawanan bola sepak. Benar, bersukan adalah digalakkan dalam Islam tetapi mengikut landasan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh syarak. Ana terasa ingin benar untuk bertanya kepada pemain-pemain bola yang beragama Islam, samaada, adakah mereka tahu aurat lelaki dimana? Wallahu’alam

Ps: aurat bagi lelaki ialah dari pusat hingga ke lutut, bukan di atas lutut.

 

by: Abdul

 

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s