"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Disebalik nama Zahraannur


Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh….

Sejak beberapa ketika ini, agak ramai juga pengunjung setia laman ini yang selalu tertanya tanya siapakah tuan pemilik blog yang bernama Zahraannur ini. Ternyata, pemilik blog ini seorang perempuan, lewat posting postingnya. Tetapi siapakah Zahraannur ini?

(Mengambil sempena tajuk artikel di blog Alexanderwathern),nama ini sudah agak lama digunakan. Unik, kerana setakat ini hanya satu sahaja manusia di Malaysia ini yang menggunakan nama Zahraannur di dalam tulisan mereka. Zahraannur ini dilahirkan di tanah Johor Darul Ta’zim pada Mac 1984. Bermakna sudah 23 tahun usia ana di dunia ini.

Di mana ana bersekolah?

Alhamdulillah, telah menjadi sejarah di mana ana telah menjadi penghuni setia Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman, Segamat Johor kemudian Sekolah Tinggi Segamat dan kemudian Universiti Teknologi MARA.

Liku perjalanan kehidupan…

Perjalanan mencari Islam telah bermula sejak zaman persekolahan lagi. Naluri manusia yang sememangnya mahukan agama membuatkan hati dan jiwa ana meronta ronta ingin mencari arah perjalan kehidupan yang betul. Alhamdulillah, akhirnya pencarian itu telah sampai ke titiknya. Hasilnya adalah ana yang sekarang ini. Syukur pada Allah kerana dalam pencarian itu telah ana menemukan sahabat yang baik,yang telah banyak membantu dan menyokong pencarian ana…

Kehidupan masa depan…

Setiap insan di usia seperti ana punya keinginan dan naluri untuk berteman. Tidak ketinggalan juga ana. Alhamdulillah, telah ditemukan Allah seorang pendamping hati yang akan menemani kehidupan ana. Mohon doa semoga semua prosesnya lancar dan dapat membina rumahtangga yang penuh berkah dan bahagia…

Disebalik Zahraannur…

Zahra di dalam bahasa Arab bermaksud ‘bunga’. Bunga adalah sesuatu yang agak menyenangkan ana…(pendek kata kesayangan). Annur pula mengambil sempena Surah An-Nur yang bermaksud cahaya. An-Nur juga adalah surah kegemaran ana. Jadi cantuman dua nama itu, jadilah ZAHRAANNUR….

Serba sedikit mengenai diri ana…

12 responses

  1. I knew it!! hehe

    Mei 22, 2007 at 6:35 am

  2. 🙂 Alhamdulillah.. jalan yang telah menemukan diri dengan sesuatu yang indah…

    Mei 22, 2007 at 6:44 am

  3. Islam kan Indah..😀

    Mei 22, 2007 at 8:52 am

  4. na’am… ^_^

    Mei 22, 2007 at 9:19 am

  5. leen

    nama yang indah, insyaALLAH seindah iman, takwa, keperibadian orang yang memilikinya amin…

    Ogos 8, 2007 at 3:31 am

  6. A’kum..Salam ukhwah…nice blog! Cantik nama tu..Semoga ceria selalu..

    Oktober 23, 2007 at 6:37 am

  7. Mawar_desa

    Salam Ukhwahfillah..

    Ogos 24, 2008 at 1:21 pm

  8. Leen: syukran!

    September 3, 2008 at 12:48 pm

  9. Cempaka: Salam ukhwah kembali….

    September 3, 2008 at 12:49 pm

  10. Mawar Desa:🙂 Salam ukhwah..

    September 3, 2008 at 12:50 pm

  11. anwar

    nama saya adalah jamak bg an-nuur..

    cahaya yg banyak…kenal sy kan??

    Februari 19, 2009 at 9:53 pm

  12. kenal…

    Februari 20, 2009 at 5:04 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s