"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

~***At-Thoriq Ila Qalbi***~

cimg0212.jpg

 

 

Untuk insan insan yang kusayang
ada yang ku cinta kerana senyumnya
ada yang kujatuh cinta pandang pertama
juga ada yang setelah mengenal jiwa raga
berguling guling hatiku menahan rasa

Teristimewa untuk insan insan yang kukasihi
ada yang kukasihi kerana kasihnya kepada Tuhan
mengetuk ngetuk pintu hatiku dengan bait-bait agung
melihat mereka taqwaku jadi malu
imanku terserlah kurus
berbanding dengan kemantapan cinta di hati mereka
asyik dengan kalimah Allah itu sempurna
maka apa perlunya cinta selainNya?

teristimewa untuk Allah Kekasih siapa yang menjadikan Dia Kekasih
merindui secara batin akan WajahNya
merangkak ke syurga kerana disitu Dia ada
sanggup ke neraka jika di situlah Dia
cinta si Rabiatul Adawiyah menekan jiwa
merasa nikmat solat sunat hanya kerana Dia

asyik dengan halawatul iman setelah sabar menanggung ujian
setelah airmata taubat mengalir deras tak mahu henti
hidup di dunia seperti mati kerana jiwa sudah ke sana
melayang layang mengetuk ngetuk pintu rahmat Allah
pohon simpati meminta sedekah, cinta, perhatian dari Al Quddus

Kami semua rindu padaMu

Gambar oleh saudara Ahmad Ali, Jordan.

2 responses

  1. saifuddin

    lorr patutla bangunan tu macam familiar je. kat jordan rupanya…kehkeh

    Mei 24, 2007 at 8:17 pm

  2. lokasi spesifiknye tak pasti di mana. sebab tuan gambarnye tak beritahu…^_^

    Mei 25, 2007 at 12:24 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s