"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

~***Kanvas cinta dan tiket ke bulan***~


Kegemaranku sedari kecil adalah melukis. Apa sahaja yang menarik minat dan perhatianku akan kulakarkan. Tidak hairanlah jika pernah seketika dinding di rumah menjadi tempatku melukis…Semua itu terbawa bawa hingga ke alam persekolahan dan aktiviti melukis itu sudah menjadi sebahagian dari kehidupan. Bilik pendidikan seni di sekolah menengah sudah menjadi rumah keduaku dan sungguh seronok menikmati warna. Mencanting batik, membuat wau dan memalit warna di kertas… adakalanya di kanvas. Selepas waktu persekolahan jika tidak disusuli dengan aktiviti belajar biasanya akan ada diriku di situ, kadangkala mengemas dan kadangkala melukis.Jika punya waktu terluang sesekali akan diminta keizinan dari guru untuk memenuhkan di dinding sekolah dengan mural yang sarat motivasi…

Di dalam menghadapi waktu remaja yang mencabar diri, perkara seperti itu adalah semacam terapi yang berkesan untuk membantu diri. Daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah dan membuang masa, itulah yang sering kulakukan selain daripada menulis. Apa yang dilihat, apa yang dirasakan, apa yang dibualkan, siapa yang ditemui dan pemandangan yang sering menghiasi mata setiap kali berjalan jalan di mana mana semuanya menarik rasa hati untuk mengungkapkannya keluar.Hasil dari kecintaan terhadap lukisan, mata dan hati semakin terbuka dengan apa yang dirasakan orang lain. Kala kita merasakan seperti itu, orang lain merasakan yang berbeza.Setiap kali melihat hasilku terpamer di ruang seni lukis sekolah dan melihat hasil teman yang lain, rasanya setiap orang melukis apa yang sedang dirasakan dalam jiwanya. Kalau dia sedang berduka… yang akan terpalit adalah warna yang suram dan kelam… kalau dia sedang gembira, warna warna panas akan menghiasi lukisannya.

Ada apa dengan tulisan…
Tulisan mengungkap perasaan yang terdalam. Yang membaca akan merasakan sesuatu yang tidak boleh diungkap dengn kata kata. Boleh membuatkan orang lain menangis, tersenyum dan berfikir. Boleh mendatangkan rasa cinta juga kebencian. Aura dan tarikan dari tulisan seseorang amat aneh. Dan itu terjadi juga pada diriku. Kadangkala hendak mengungkapkan sesuatu dengn kata kata itu terlalu sukar. Mulut senantiasa terasa berat dan adakalanya hati begitu terseksa kerana menyimpan persaan dan semua itu hanya akan mendatangkan kelegaan selepas meluahkannya. Apabila terlalu stress dan setelah semuanya telah diluahkan pada sang Khaliq, maka yang pertama dicapai adalah pen dan buku catatan atau kadangkala langsung ke keyboard komputer. Ada orang yang stress akan melakukan perkara lain. Mungkin makan, menangis atau berjalan jalan. Ada yang boleh terus meluahkannya pada yang tersayang dan ada yang tidak. Ada yang selesa menulis saja sepertiku. Dan bila tiba waktunya segala resah itu akan hilang sendiri dan diri kan tersenyum kembali….

Luahkan.. luahkan… luahkan…
Dahulu pernah ada seseorng bertanya padaku, kalau boleh kita ke bulan dengan kapal terbang, agaknya berapa tambangnya? Mulut tidak dapat menahan ketawa dan terasa ingin ketawa terus. Mahu dicari apa kalau ke bulan? Meskipun apa yang ditanyakan dan difikirkan itu sesuatu yang aneh dan lucu pada fikir kita, tetapi itu tidak bermakna dia tidak boleh meluahkannya. Mungkin padanya itu sesuatu yang menarik untuk ditanyakan. Ada waktunya meluahkan rasa itu amat perlu agar tidak terus dipendam dan menjadi barah.

Sesungguhnya sejak menjadi pengunjung setia hospital sejak beberapa tahun ini, telah beberapa kali mataku terpandang sesuatu yang selalu membuatkanku terfikir. Satu kamar di wad yang tidak selalu dihuni orang, tetapi jika sesekali dihuni akan memberikan satu keinsafan padaku apabila melihatnya. Dia meronta ronta, tidur tanpa pakaian, lelap sebegitu saja di lantai yang dingin. Tidak mahu langsung mempedulikan sesiapa. Adakalanya menjerit jerit dan adakalanya menangis tanpa sebab. Dan yang sering membuatkanku terfikir, mungkin pada waktu sihatnya dia seorang yang suka memendam segala rasa hatinya. Akhirnya menjadi seperti itu kerana tidak pernah cuba untuk meluahkan segala rasa hatinya. Sekarang sendirian dalam dunianya yang bisu. datang juga simpati dalam diri dan janji untuk diri sendiri dan orang di sekeliling supaya senantiasa menjaga jiwa dan saling meluahkan rasa. Jangan sesekali dipendam apa yang terbuku di hati!

5 responses

  1. Masya Allah, itulah di antara pemberian Tuhan kepada hambaNya. Lakaran dan coretan yang mengambarkan apa yang kita rasa setiap masa dan keadaan.

    Ana sendiri suka melukis semasa berumur kira2 9 tahun and i liked drawing mosques🙂

    Jun 8, 2007 at 2:42 am

  2. Ane memang minat melukis, tapi… kini tak ada masa nak melukis.

    Jun 8, 2007 at 9:53 am

  3. Abdul:

    ana pula suka melukis potret dan pemandangan…

    Jun 11, 2007 at 2:22 pm

  4. Alexanderwathern:

    Ana ada juga melukis sekarang, tapi lambat siapnya… buat mengisi waktu senggang itu bagus juga…. relax.

    Jun 11, 2007 at 2:24 pm

  5. nahwanNUR

    salam alaik..tumpang mencelah..ana memang sedari dulu kurang minat melukis..tapi, suka sangat tengok lukisan orang lain especially abang ana. Kagum dengan orang yang pandai melukis. Tapi, kehendak dan perancangNYA lebih teliti dari yang ana dapat jangkakan, dan atas ketentuanNYA juga sekarang ana bekerja dalam dunia seni..dan melukis idea menjadi suatu ‘kewajipan’. Alhamdulillah dan ana harap melalui lukisan dan idea ana dapat memberi manfaat buat orang lain dan semoga ALLAH swt sentiasa redha dengan kerja ana sekarang. Apepun, minat ana masih tiada pada melukis, namun dah jadi tanggungjawab ana yg ALLAH swt amanahkan pada ana buat masa sekarang.. masa depan? ana masih mencari sesuatu yang lebih dekat dengan jiwa.. insyaALLAH doakan ye semua

    Oktober 11, 2007 at 12:11 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s