"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Masih ada yang sayang—siapa dia?

Pulang dari kamar pensyarah itu, hati masih tertanya tanya apa yang istimewa tentang alamat itu.  kaki kemudian terdetik untuk melangkah ke  Perpustakaan Tun Abdul Razak 3. Alhamdulillah, keadaan lengang. Waktu awal semester seperti ini memang tidak ramai orang yang suka ke perpustakaan. Menapak ke tingkat 2, mata terlihat ke  makmal komputer  di  perpustakaan.  Tetapi  hanya diabaikan. Masih belum punya mood untuk  melihat email atau apa apa  saja.

Sepanjang berkurung beberapa jam di tingkat tiga, sebetulnya masih belum mampu untuk menumpukan perhatian sepenuhnya. Sudah banyak kertas yang terbuang di bakul sampah. Salah pengiraan,  diconteng,  dan macam macam lagi. Kebetulan  handphoneku kuletakkan di dalam bekas alatulis. Kuambil nombor yang tertera di kertas misteri itu dan satu sms singgah di  telefon  si empunya nombor…

Sesi taaruf bermula…

Mulanya dia yang kukenali itu orangnya kelihatan sedikit menakutkan. Tetapi dia tidak merasa aneh dengan kehadiran smsku. Malah dia sempat bertanya, adakah diriku ini memerlukan bantuan?

Agak lama mengenalinya… Kami sempat berbual beberapa kali dan setiap hari sms penyemangat selalu singgah di handphoneku. Mengirimkan salam dari dia dan keluarganya . Waktu  peperiksaan akhir  berlalu… tidak terasa  begitu pantas waktu . Suatu hari sms  darinya kuterima.

Nak  datang  ke rumah kami?

15 responses

  1. saifuddin

    cerita jiwang la pulak akak sorang nih…haih

    Jun 18, 2007 at 9:09 am

  2. bukan cerita jiwanglah encik saifuddin…. btw, blog ini sudah rajin diupdate. jadi jangan complaint lagi ye. melainkan kalau memang dah tak ada internet di rumah baru ana nanti..:D

    Jun 18, 2007 at 9:18 am

  3. Salam ziarah. Jemput ke blog saya di http://disertasi.blogspot.com
    Tahniah atas laman web yang menarik

    Jun 19, 2007 at 3:56 am

  4. Nur Maizurah

    Assamualaikum wbt…Wah crite benar ke ni? Mcm dlm mimpe gitu…
    Awak ni dari Malaysia ke? Saye dari Singapore baru…15 yrs old…heehee…eh awak pulak?
    Kalau awak free bleh kunjungi blog saye? kat http://www.djazurah92.blogspot.com
    Rajin eh awak update…Saye kadang2 tk kuase…Hehe…😀
    K Assamualaikum bye…

    Jun 19, 2007 at 3:12 pm

  5. yup ana dari malaysia……….

    Jun 24, 2007 at 4:46 am

  6. iskandar: Syukran.

    Jun 24, 2007 at 4:46 am

  7. assalamualaikum…

    zahraannur.. lama kita tak bersua. selalu masuk tapi ni baru nak submit comment.

    baru tau enti orang malaysia.. hee.. ingat dari seberang.. sori

    nice blog…

    Jun 26, 2007 at 7:55 am

  8. Tri

    Assalamu’alaikum Wr. Wb.

    Ana ingin tahu bagaimana pendapat anti tentang akidah salaf dan bagaimana menurut pendapat anti kalo kita kerja dengan seorang akhwat/wanita yang tidak tertutup aurotnya.

    i hope we can continue this chat through mail or this messege

    wassalamu’alaikum

    Julai 6, 2007 at 2:04 pm

  9. Tri

    i hope alloh keep protect u in islam, because in jakarta islam is very blur. Moeslem in jakarta almost 60% drop to Jahiliyah way and much more evil. In Jakarta Sex is become behavior, Also with moeslem or moeslemah. I hope we can pray to all Moeslem that still use Sunnah and Al-Qur’an protect from that behavior.

    Julai 6, 2007 at 2:17 pm

  10. ummimuhib: ya… ana min MAlaysia…..

    Julai 10, 2007 at 8:42 am

  11. TRI: salam ukhwah.

    Julai 10, 2007 at 8:43 am

  12. Life Of 'AKU' The Episode

    salam ziarah …. cerita menarik … terpesona ..🙂

    Ogos 7, 2007 at 4:14 pm

  13. aslmkm wbt…

    bila nk smbg cerita ni? ke mmg cerita tergantung?

    Ogos 12, 2007 at 6:53 am

  14. sibuk sedikit buat waktu ini….

    Ogos 22, 2007 at 6:25 am

  15. bleh menenangkn ati baca crite ni…

    Ogos 23, 2007 at 7:02 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s