"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Archive for Ogos, 2007

Masih ada yang sayang— Pelukan terhangat

Peperiksaan akhir dijalankan dengan penuh sabar walaupun waktu itu hati masih terasa sedikit tertekan dengan keadaan diri dan persekitaran yang tidak menyokong. Setelah lama berfikir dan mencari maklumat yang sepatutnya, keputusan untuk datang ke situ akhirnya kuambil….

Seminggu selepas pulang ke rumah selepas peperiksaan, tiket ke Kuala Lumpur kudapatkan.  Sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur hati menerawang jauh…  Tetpi kuyakinkan juga hati ini. Semoga pilihan untuk menghabiskan beberapa hari bersama mereka itu mendatangkan suatu yang bermakna…

Sampai di Kuala Lumpur, Kumelangkah mencari  stesen LRT(Light Rail Transit). Alhamdulillah yang paling berdekatan terletak di Plaza Rakyat. Perjalananku setakat ini berjalan lancar. Cuaca juga seolah olah seperti memberikan  senyuman terindah…  Sebelum berangkat, keizinan dari ummi telah kuperoleh…  Alhamdulillah, semuanya seperti diizinkan Allah….

Insan istimewa itu telah sedia menantiku di Stesen Ampang.  Dari jauh dia tersenyum padaku. Di sebelahnya berdiri seseorang. Juga tersenyum memandangku… Satu pelukan terhangat singgah di tubuhku dari insan disebelahnya…

” Sudah lama menunggu?”
Ku gelengkan kepala…

“Mari kita balik,” Ucapnya sambil tersenyum….
Sepanjang perjalanan, tidak banyak yang kuperkatakan… Masih malu mungkin. Maklumlah orangnya tidak kukenali…

Kami singgah sebentar di Bukit Indah. Terdapat sebuah restoran di situ. …
Sambil makan, agak banyak yang dibualkan. Keadaan sudah nampak sedikit mesra dan  kami sudah kelihatan serasi bersama…

“Makan ni, biar berani!”
Ada sedikit riak terkejut di wajahku. Tidak pernah sekalipun dalam hidupku menjamah daging kambing… Hehe.. rasanya bagaimana?

Sambil makan, dia bercerita…
“Rumah ustaz ni umpama pusat ‘recycle’.  Datang dalam keadaan buruk dan keluar insya Allah dalam keadaan baru. Nanti ustaz kenalkan dengan anak anak Ustaz. Kamu jangan terkejut pula. Mungkin ada yang kamu kenal…”


berehat sebentar

Berehat sebentar beberapa ketika…..