"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Masih ada yang sayang—malam pertama

Assalamu’alaykum wbt…

Sepanjang perjalanan ke rumah insan istimewa itu, hatiku tidak henti berfikir. Apa yang menrik di situ dan kenapa hatiku begitu ingin ke sana. Perjalanan ke pekan Hulu Langat melalui Ampang amat menarik. Menaiki bukit dan melalui kawasan hutan, sejuk mata memandang. Dari atas bukit kelihatan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur. Hari sudah menginjak petang. Sebetulnya memang amat memenatkan tetapi kugagahi juga  diri untuk menghabiskan hari ini dengan sesempurna mungkin…

Jam 6 petang..
Alhamdulillah sampai juga ke sini. Kawasan pekannya kelihatan lengang dan tidak ramai orang. Kemudian masuk ke satu simpang dan akhirnya tidak jauh dari situ  tersergam sebuah rumah dua tingkat yang  separuh  batu dan separuh papan.  Kawasannya berpagar dan kelihatannya   amat bersih. Van yang kunaiki sampai di hadapan rumah dan pintu pagar dibuka. Beg sandang yang kubawa diangkat masuk dan pintu rumah dibuka. Kelihatan seorang gadis bertudung sederhana  melihatku.  Kufikirkan mungkin usianya  lebih tua sedikit dariku.  Aku bersalaman dengannya dan menghulurkan senyuman.

“Jemputlah duduk, buat macam rumah sendiri…”
Kelihatannya  kemas sekali rumah itu. Susun aturnya  kemas dan  amat  sederhana.  Tidak lama selepas itu kelihatan beberapa gadis yang hampir semuanya kelihatan seumur denganku turun dari tingkat atas dan ke ruang tamu. Wajah mereka kelihatan berbeza, tidak mungkin adik beradik. Mereka kemudian duduk berhampiran denganku.

” Kenalkan ini, adik ustaz yang baru… Siti. Siti, ini Nurul, Hawa…”  Sambil memperkenalkanku  kepada gadis gadis itu sebagai adiknya, mereka semua menghulurkan tangan untuk bersalaman denganku.
” Kenalkan inilah semua anak anak ustaz. Yang paling kecil Hawa. Baru tingkatan tiga.”
Hawa tersenyum memandangku. Kulihat juga wajah Nurul dan beberapa yang lain. Kelihatannya mereka melihatku dengan suatu pandangan yang agak aneh.. Kenapa? Aku sendiri tidak tahu.

————

Hari menginjak senja, setelah berkemas kami solat berjemaah di kawasan tingkat atas rumah. Ada satu ruang lapang ditengah rumah. Malam itu malam Jumaat. Ada bacaan Surah Yasin dan kebetulan malam itu ada tetamu di rumah itu. Semenatara ustaz melayani tetamu yang ingin datang berubat, kami makan malam di tingkat bawah. Lauknya sederhana saja… dan itu sudah mencukupi buat diriku. 

Malam pertama bersama keluarga yang baru kukenali ini amat istimewa. Kulihat mereka tidak seramah Ustaz dan isterinya. Mungkin kerana  sudah lama tiada orang asing sepertiku yang menginap di situ  atau  mereka  masih belum biasa dengan kehadiranku. Tetapi itu bukan alasan untuk berbaik dengan mereka.  Seperti kata Ustaz sebalum kami sampai.. dekati mereka  perlahan lahan.

Yang ramah denganku hanya Hawa. Mungkin kerana Hawa yang paling kecil dan paling manja antara kami…. Sesudah solat isya’ dan makan malam tiada istilah menonton televisyen. Kami naik semula ke atas dan berehat. Kulihat mereka ada yang membaca Al-Quran dan mengemas pakaian.Jam 11 lampu terpadam… Kamar itu kuhuni bersama mereka dan malam itu larut bersama ingatan terindah… bersama keluarga baruku.

Esok ke mana aku?

2 responses

  1. pahlawan srikandi

    assalamu’alaikum ya ukhti..

    alhamdulillah..baru berkesempatan utk update ye.ana sentiasa tertunggu-tunggu entri dr nti. moga istiqamah~

    November 14, 2007 at 1:14 am

  2. siti

    dimana sambungan cerita ini

    Disember 15, 2007 at 8:42 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s