"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Archive for Januari, 2008

Nabi Muhammad bersabda wajib disegerakan 9 perkara ..

Nabi Muhammad bersabda wajib disegerakan 9 perkara.

1.Apabila masuk waktu segera sembahyang

2.Apabila berdosa segera taubat

3.Apabila mati, segera tanam

4.Apabila berhutang, segera bayar.

5.Apabila ada duit, segera bayar zakat.

6.Apabila cukup hisab, segera pergi haji.

7.Apabila nampak anak bulan, segera puasa.

8.Apabila bersetubuh, segera mandi.

9.Aapabila anak cukup umur, apabila ada orang minta segera nikahkan.

Orang yang meninggalkan sembahyang dan orang yang meringankan sembahyang disiksa 15 perkara iaitu 6 perkara didunia, 3 perkara dikala hendak mati, 3 perkara di alam kubur dan 3 perkara apabila bertemu dengan Allah.

1.Hidupnya (umur) tidak berkat

2.Mengaku sahaja Islam, tapi sering meninggalkan sembahyang dan melewatkan waktu, perkara ini ditanya oleh sahabat nabi berhubung dengan perkara tersebut di atas.

�YA Rasullallah, apakah seksa orang yang meninggalkan sembahyang dan melewatkan sembahyang.

Orang yang melewatkan sembahyang itu hukumnya haram berdosa.

Seksa orang itu, Allah taala akan membalasnya dengan 15 seksa,

6 seksa di dunia,

3 diseksa diterima ketika hendak mati,

3 seksa berlaku di dalam kubur.

3 seksa diterima semasa hari kiamat.

Yang pertamanya, bersabda rasul (saw) dihilangkan berkat umurnya. Hidupnya percuma kekosongan , kalupun kelebihan hidupnya mewah, kemewahan itu hanya istidrah (kosong) Umurnya tidak berkat iaitu tidak memberi menfaat dalam hidupnya.

2.Allah taala akan menghapuskan tanda orang soleh pada mukanya iaitu dihilangkan tanda orang soleh pada mukanya.

3.Segala apa ja kebajikan yang dilakukan olehnya tidak akan diberi pahala oleh Allah taala seperti sembahyang, puasa, sedekah, haji dan lain lagi. Tiada memperolehi pahala.

4.Tidak makbul oleh Allah taala akan doanya., Doa ditolak.

5.Tidak diakui ia masuk golongan Islam.

Batinnya munafik, timbul perasaan benci dan marah segala makluk di dunia ini kepadanya.

6.Tidak termasuk dalam doa orang soleh , tidak berkat rezekinya terbuang , sia-sia belaka walaupun ia kayaraya tetapi kekayaan itu menjadi laknat kepadanya.

Bertanya kepada sahabat itu, YA Rasulallah, (SAW) apakah seksa yang akan diterimanya sewaktu hampir ajal matinya.

Sabda rasul (SAW) Adalah matinya sehina-hinanya iaini mencabut rohnya dengan bengis dan tiada belas kasihan.

Kedua, matinya dalam kelaparan bukan tiadanya makanan yang disediakan tetapi nafasnya tiada lagi, perutnya lapar tetapi tiada dapat makan. Walaupun sesuappun kerana sakitnya sewaktu rohnya akan keluar.

Ketiga, MAtinya dalam keadaan dahaga , walaupun sekiranya dituangkan air dimulutnya, air yang ada didunia ini, mulutnya tidak memberi bekas akan dahaga kerana sakit.

Bertanya sahabat, Ya, rasulallah (SAW) Apakah seksa yang akan diterima di dalam kuburnya.

Sabda rasulallah (saw) Allah taala sempit akan kuburnya berselisih akan kedua tulang rusuknya, kuburnya gelap, 2.Diazabkan dengan api neraka dan ia berbalik-balik diatas bara api neraka siang dan malam., 3.Didatangkan ular bernama �Sajahul ikrak� yang mana matanya dari api dan kukunya dari besi dan panjang kukunya kira-kira satu hari perjalanan dengan suaranya, bagai guruh ia dating kepada simati sambil berkata� Akulah Sajahul Iqrak� yang disuruh oleh tuhanku memukul sekiranya simati meninggalkan sembahyang subuh hingga ke zuhur, zuhul hingga ke asar, dari Asar hingga ke magrib, magrib hingga ke Isyak, Begitulah seterusnya hinggalah hari kiamat. Tiap kali dipukulnya simati tengelam 70 hasta masuk kedalam bumi, maka dicungkil balik dengan kukunya, begitulah diulang-ulang dipukulnya tidak berhenti-henti hingga hari kiamat.

Menurut riwayat ibnu Abas (r.a) berkata aku dengan rasul (saw) bersabda, Bermula orang meninggalkan sembahyang itu tidaklah ia golongan Islam, Allah tidak terima tauhidnya dan imannya dan tidak ada faedah sedekahnya, puasanya dan zakatnya dan sedekahnya walaupun ia boleh mengucap.

Bertanya sahabat, YA Rasulullah (saw) apakah pula seksa yang diterima di hari kiamat .

Sabda rasul (SAW) Pertama dihalau oleh malaikat azab kepada neraka jahanam, kedua memandang Allah taala kepadanya dengan pandangan murka dan dihisab dengan berat hingga jatuh daging mukanya. Ketiga dihisab oleh Allah taala dengan kiraan yang halus dan dihantar keneraka iaitu seburuk-buruk tempat kediaman.

Advertisements

Rasulullah SAW & Pengemis Yahudi ..

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta yang hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya, dia selalu berkata
“Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia
itu orang gila, dia itu SAW pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya”. Setiap pagi Rasulullah mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu
berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga baginda wafat.

Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, “Anakku adakah sunnah kekasihku Rasulullah yang belum aku kerjakan”, Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, “Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja”.
“Apakah Itu?”, tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana”, kata Aisyah r.ha. Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “Siapakah kamu?”. Abu Bakar r.a menjawab, “Aku orang yang biasa”. “Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku”, jawab si pengemis buta itu. Apabila dia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan itu”, pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku hdala salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. dia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia tetap mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia. Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya melafazkan syahadah di hadapan Abu Bakar r.a.

Bagaimana kita ?


Wahai sang suami, fahamilah fitrah isterimu…

Senario hari ini menyaksikan ramai golongan wanita menuntut hak kerana berasa hak mereka diabaikan. Realitinya ramai wanita dinafikan haknya oleh suami. Oleh itu kepada para suami, hendaklah memahami hak isteri sebagaimana anda mahukan hak anda dipenuhi.

1.     Pergaulan yang baik

Imam At-Tabrani ketika mentakwilkan ayat ini mengemukakan beberapa riwayat daripada sebahagian ulama’ yang mengatakan;

“Dan mereka (wanita) mempunyai  hak untuk ditemani dengan baik dan dipergauli dengan cara yang makruf (baik) oleh suami mereka, sebagaimana mereka berkewajipan mentaati suami dalam hal-hal yang telah diwajibkan Allah ke atas mereka.”

2.     Tunaikanlah nafkah.

Ad-Dhahak pula menyatakan,

“Apabila mereka (wanita) taat kepada Allah dan taat kepada suami, maka suami wajib memperlakukannya dengan baik dan tidak boleh menyakitinya dan harus memberikan nafkah sesuai dengan kemampuannya.”

3.     Takut dengan Allah.

-Ibnu Zaid pula menasihatkan;

“Hendaklah mereka (para suami) takut kepada Allah mengenai urusan mereka (para isteri) sebagaimana para isteri harus takut kepada Allah mengenai urusan suami.”

 

Sebuah madah dari Ibnu Abbas juga elok untuk dijadikan renungan bersama oleh para suami dan isteri. Katanya;

“Aku suka berhias untuk isteriku, sebagaimana aku suka dia berhias untukku, kerana Allah yang Maha Tinggi sebutan-Nya berfirman,

“Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf.”

 

Oleh itu jangan biarkan nafsu mengusai dirimu untuk menzalimi isteri jika dia begitu mentaati perintah baik suami. Kemuliaan suami yang diciptakan Allah lebih tinggi darjat dan lebih berkuasa dari isteri hendaklah dipergunakan sebaiknya kerana ia merupakan suatu amanah besar yang tidak boleh diabaikan selaku ketua keluarga. Peringatan ini terkandung di dalam firman-Nya:

“Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (An-Nisa: 34)

 

Ibnu Katsir ketika menghuraikan ayat ini berkata,

“Apabila seorang isteri telah mentaati semua keinginan suami yang dibolehkan syariat, tidak ada alas an bagi suami untuk menghukum isterinya setelah itu dan dia tidak boleh memukul dan mengasingkannya.”

 

Justeru wahai para suami layanilah isterimu dengan sebaik-baik akhlak. Fahamilah tabiat dan fitrah kejadian mereka. Wanita itu asal kejadiannya diciptakan oleh Allah SWT dari tulang rusuk Nabi Adam a.s yang bengkok. Serba lemah dan keadaannya kurang darisegi agama dan akalnya. Jadi lenturlah dengan penuh sopan dan bersabar supaya tulang yang bengkok dapat ditegakkan perlahan lahan di dalam keadaan cantik. Wallahu a’lam.

 


TIPS MENDIDIK ANAK PEREMPUAN DALAM BERPAKAIAN

1.     Dalam membentuk imej muslimah, bukan sekadar menutup aurat, tetapi diri mestilah kemas dan bersih serta sesuai dengan keadaan sekeliling. Anak boleh dididik menentukan fesyen harian mereka.

2.     Anak-anak dididik supaya pandai memadan pakaian dan menggosok pakaian mereka termasuk baju tidur. Amalan ini akan diteruskan apabila meningkat dewasa kelak.

3.     Apabila keluar dari rumah, ada etika pakaian yang harus dipatuhi. Walaupun dia tidak diwajibkan memakai tudung untuk anak yang berumur 7 tahun, anak yang berusia 9 tahun (usia baligh bagi anak perempuan) dimestikan memakai tudung apabila keluar rumah.

4.     Seluar dan skirt mestilah labuh dan mencecah buku lali. Yang pendek hanyalah boleh dipakai di dalam rumah dan hendaklah memakai stoking panjang. Tangan pendek sesuai dipakai bersantai di dalam rumah.

5.     Bagi anak baligh, memang agak payah mencarikan pakaian yang sesuai untuk mereka. Sebagai ibu kita haruslah mengajar mereka pentingnya menjaga kebersihan diri secara sistematik supaya mereka tidak panik menghadapi alam remaja.

6.     Cari waktu untuk melakukan ‘spa’ di rumah untuk anak-anak supaya badan mereka bersih dan tidak berbau dengan membuat ‘facial’,urut, lulur, manicure dengan menggunakan bahan-bahan asli yang mudah didapati di dapur. Aktiviti sebegini akan mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak.


Teladan bapa yang prihatin…

Dalam tradisi para nabi dan orang soleh, rasa tanggungjawab terhadap anak- anak telah mendorong mereka untuk terus mengambil tahu hal kehidupan anak yang sudah berumahtangga.

1.     Ketika Siti Fatimah telah berkahwin, Rasulullah s.a.w masih mengambil berat kehidupan puterinya itu. Baginda dekati dan mendengar luahan hatinya. Apabila puterinya mengadu kepayahan mengurus rumahtangga, baginda memberikan kata-kata motivasi dan mengajarkan zikir-zikir yang boleh meringankan jiwa.

2.     Nabi Ibrahim a.s amat prihatin kepada kesejahteraan rumahtangga anaknya, Nabi Ismail. Suatu ketika baginda berkunjung ke rumah Nabi Ismai a.s di Makkah setelah sekian lama baginda tinggal berjauhan dari anaknya. Yang ada di rumah hanyalah menantunya. Dia tidak mengenali Nabi Ibrahim. Apabila ditanya tentang keadaan hidup mereka, si menantu menjawab,”Kami hidup miskin, sempit dan susah.” Mendengar keluhan menantunya, Nabi Ibrahim berkata, “Apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya dan beritahu dia agar menukar ambang pintu rumahnya.” Apabila Nabi Ismail pulang dan isterinya menceritakan kedatangan ‘lelaki tua’ itu, Nabi Ismail pun berkata,” Itu adalah bapaku dan dia menyuruh aku menceraikan kamu. Kembalilah kepada keluargamu.” Setelah Nabi  Ismail berkahwin lain, Nabi Ibrahim dating lagi untuk menjenguk anaknya tetapi tidak berjumpa juga; hanya bertemu menantunya yang juga tidak mengenalinya. Nabi Ibrahim pun bertanyakan keadaan hidup mereka.”Kami hidup senang dan mewah,” jawab si menantu sambil bersyukur kepada Allah. “Suamimu pulang nanti, sampaikan salamku kepadanya dan beritahu dia agar mengekalkan ambang pintu rumahnya,” Pesan Nabi Ibrahim. Apabila perkara itu diceritakan kepada Nabi Ismail, katanya” Itu adalah bapaku dan ambang pintu itu adalah kamu. Dia menasihatkan aku agar kekal bersamamu.”

3.     Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah menyuruh seorang anak lelakinya menceraikan isterinya apabila didapati keasyikan kepada isteri telah melalaikan anaknya dari ibadah. Kemudian beliau mengizinkan kedua-duanya disatukan semula selepas mereka sedar dari kelalaian.


Ingin menjadi ibu hebat?

1.     Sentiasa berusaha gigih untuk mendapatkan hasil yang terbaik dalam mendidik dan member kasih syaang kepada anak-anak.

2.     Jangan lupa banyakkan berdoa, kerana doa adalah senjata orang-orang mukmin dan Allah suka umatNya berdoa dan memohon kepadaNya yang disertai dengan usaha sekuat mungkin.

3.     Pamer kasih sayang tanpa ragu-ragu kepada anak-anak. Kerana kasih sayang adalah penghubung tali kekeluargaan yang amat hebat nilainya.

4.     Sentiasa yakin dalam apa jua tindakan demi kebaikan bersama.

5.     Kuat berusaha untuk membahagiakan satu sama lain. Ibu kepada anak dan anak kepada ibu-bapa.

6.     Kita adalah contoh paling hampir di mata anak-anak. Oleh itu sentiasalah mempamerkan dan lakukan tindakan yang rasional kepada anak-anak.

7.     Disiplin dan berprinsip teguh dalam melakukan tanggungjawab umat dalam batas syariat.

8.     Sentiasa memberikan teladan yang baik, dan berakhlak luhur.

9.     Banyakkan bersyukur dengan nikmat dan dugaan Allah swt

10. Sabar dan redhalah di atas jalan dan takdir yang ditentukan Allah swt.