"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Teladan bapa yang prihatin…

Dalam tradisi para nabi dan orang soleh, rasa tanggungjawab terhadap anak- anak telah mendorong mereka untuk terus mengambil tahu hal kehidupan anak yang sudah berumahtangga.

1.     Ketika Siti Fatimah telah berkahwin, Rasulullah s.a.w masih mengambil berat kehidupan puterinya itu. Baginda dekati dan mendengar luahan hatinya. Apabila puterinya mengadu kepayahan mengurus rumahtangga, baginda memberikan kata-kata motivasi dan mengajarkan zikir-zikir yang boleh meringankan jiwa.

2.     Nabi Ibrahim a.s amat prihatin kepada kesejahteraan rumahtangga anaknya, Nabi Ismail. Suatu ketika baginda berkunjung ke rumah Nabi Ismai a.s di Makkah setelah sekian lama baginda tinggal berjauhan dari anaknya. Yang ada di rumah hanyalah menantunya. Dia tidak mengenali Nabi Ibrahim. Apabila ditanya tentang keadaan hidup mereka, si menantu menjawab,”Kami hidup miskin, sempit dan susah.” Mendengar keluhan menantunya, Nabi Ibrahim berkata, “Apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya dan beritahu dia agar menukar ambang pintu rumahnya.” Apabila Nabi Ismail pulang dan isterinya menceritakan kedatangan ‘lelaki tua’ itu, Nabi Ismail pun berkata,” Itu adalah bapaku dan dia menyuruh aku menceraikan kamu. Kembalilah kepada keluargamu.” Setelah Nabi  Ismail berkahwin lain, Nabi Ibrahim dating lagi untuk menjenguk anaknya tetapi tidak berjumpa juga; hanya bertemu menantunya yang juga tidak mengenalinya. Nabi Ibrahim pun bertanyakan keadaan hidup mereka.”Kami hidup senang dan mewah,” jawab si menantu sambil bersyukur kepada Allah. “Suamimu pulang nanti, sampaikan salamku kepadanya dan beritahu dia agar mengekalkan ambang pintu rumahnya,” Pesan Nabi Ibrahim. Apabila perkara itu diceritakan kepada Nabi Ismail, katanya” Itu adalah bapaku dan ambang pintu itu adalah kamu. Dia menasihatkan aku agar kekal bersamamu.”

3.     Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah menyuruh seorang anak lelakinya menceraikan isterinya apabila didapati keasyikan kepada isteri telah melalaikan anaknya dari ibadah. Kemudian beliau mengizinkan kedua-duanya disatukan semula selepas mereka sedar dari kelalaian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s