"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Wahai sang suami, fahamilah fitrah isterimu…

Senario hari ini menyaksikan ramai golongan wanita menuntut hak kerana berasa hak mereka diabaikan. Realitinya ramai wanita dinafikan haknya oleh suami. Oleh itu kepada para suami, hendaklah memahami hak isteri sebagaimana anda mahukan hak anda dipenuhi.

1.     Pergaulan yang baik

Imam At-Tabrani ketika mentakwilkan ayat ini mengemukakan beberapa riwayat daripada sebahagian ulama’ yang mengatakan;

“Dan mereka (wanita) mempunyai  hak untuk ditemani dengan baik dan dipergauli dengan cara yang makruf (baik) oleh suami mereka, sebagaimana mereka berkewajipan mentaati suami dalam hal-hal yang telah diwajibkan Allah ke atas mereka.”

2.     Tunaikanlah nafkah.

Ad-Dhahak pula menyatakan,

“Apabila mereka (wanita) taat kepada Allah dan taat kepada suami, maka suami wajib memperlakukannya dengan baik dan tidak boleh menyakitinya dan harus memberikan nafkah sesuai dengan kemampuannya.”

3.     Takut dengan Allah.

-Ibnu Zaid pula menasihatkan;

“Hendaklah mereka (para suami) takut kepada Allah mengenai urusan mereka (para isteri) sebagaimana para isteri harus takut kepada Allah mengenai urusan suami.”

 

Sebuah madah dari Ibnu Abbas juga elok untuk dijadikan renungan bersama oleh para suami dan isteri. Katanya;

“Aku suka berhias untuk isteriku, sebagaimana aku suka dia berhias untukku, kerana Allah yang Maha Tinggi sebutan-Nya berfirman,

“Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf.”

 

Oleh itu jangan biarkan nafsu mengusai dirimu untuk menzalimi isteri jika dia begitu mentaati perintah baik suami. Kemuliaan suami yang diciptakan Allah lebih tinggi darjat dan lebih berkuasa dari isteri hendaklah dipergunakan sebaiknya kerana ia merupakan suatu amanah besar yang tidak boleh diabaikan selaku ketua keluarga. Peringatan ini terkandung di dalam firman-Nya:

“Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (An-Nisa: 34)

 

Ibnu Katsir ketika menghuraikan ayat ini berkata,

“Apabila seorang isteri telah mentaati semua keinginan suami yang dibolehkan syariat, tidak ada alas an bagi suami untuk menghukum isterinya setelah itu dan dia tidak boleh memukul dan mengasingkannya.”

 

Justeru wahai para suami layanilah isterimu dengan sebaik-baik akhlak. Fahamilah tabiat dan fitrah kejadian mereka. Wanita itu asal kejadiannya diciptakan oleh Allah SWT dari tulang rusuk Nabi Adam a.s yang bengkok. Serba lemah dan keadaannya kurang darisegi agama dan akalnya. Jadi lenturlah dengan penuh sopan dan bersabar supaya tulang yang bengkok dapat ditegakkan perlahan lahan di dalam keadaan cantik. Wallahu a’lam.

 

7 responses

  1. Lin

    Bantu saya?
    Apakah hukum saya memberi gaji saya kepada ibu bapa tanpa pengetahuan suami?
    Perlukah meminta izin?

    Mac 24, 2008 at 5:52 am

  2. Lin

    Suami saya terlalu suka membuat aktiviti sosial. kekadang hingga lewat malam. Setiap malam ada aktiviti dimana bila ditanya ia mengatakan amal jariah? Bolehkah saya melarang atau menghadkan aktiviti luarnya?

    Mac 24, 2008 at 5:54 am

  3. Assalamu’alaikum
    Wanita memang membingungkan….🙂

    Tapi wanita juga harus mengerti akan suaminya

    September 29, 2008 at 1:12 am

  4. Lin: setiap perkara yang nak dilakukan harus meminta izin daripada suami terlebih dahulu… berdiplomasilah dalam setiap urusan. bersikap terbuka antara suami isteri itu penting. Tanamkan kejujuran. Semoga Lin bahagia.

    September 30, 2008 at 4:50 pm

  5. rismaka: wanita memang unpredictable!

    September 30, 2008 at 4:54 pm

  6. sevendayz

    some people, for those who are unpredictable tu kan, can makes other people headache miserable and it really hurt alot..

    November 17, 2008 at 3:27 pm

  7. bukan semuanya unpredictable. 🙂

    November 19, 2008 at 6:44 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s