"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Archive for Mac, 2008

barakallah!

Beberapa hari yang lepas, saya menerima satu sms yang membuatkan saya tersenyum bahagia…

Doakan ana. insya Allah bulan 5 ini ana akan melangsungkan pertunangan. Dengan teman sekolah…..

Semoga berbahagia ukht Hayati!….

Advertisements

Mana boleh?

Suatu hari saya berpeluang mengikuti latihan untuk hari keluarga di tempat saya mengajar. di dalam perjalanan pulang menaiki kereta, kami melalui sebuah rumah yang sedang mengadakan kenduri di dalamnya. dengan tidak semena-mena, seorang pelajar yang duduk di sebelah saya bertanya…

” Teacher, kenduri orang tu, kita boleh pergi tak? Kita datang makan je. Kan kita lapar,”

kemudian kami menjawab,

“Mana boleh…. kan kamu tak dijemput, macam mana kamu nak datang?”

kemudian pelajar itu menjawab lagi,

“Ala… saya kan ada duit. Boleh la saya bayar kalau nak masuk,”

kami semua tertawa… Sambil menerangkan kepadanya kembali tentang hal tersebut.

Moral: kita tidak boleh masuk ke dalam majlis orang lain jika tidak dijemput. 🙂