"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Archive for Julai, 2008

Di mana tertumpah cinta….

Di hati, saya selalu berdoa, agar ditumpahkan kasih saya buat semua yang menyayangi saya, yang selalu mendoakan saya, yang selalu mencintai saya. Yang selalu berada di sisi saya tatkala saya bersedih dan menangis, tatkala saya diserang kesakitan yang kuat, tatkala saya dibaluti kegelisahan dan kemurungan.

 

Langit indah yang ingin kupandang hari esok sambil berdoa …. ” Semoga kau selalu bahagia!”

Advertisements

suram@bahagia

Assalamu’alaykum wbt.

HAri yang meletihkan walaupun sedikit membahagiakan. Keadaan kesihatan yang kurang memberangsangkan disamping dengan amanah kerja yang digalas menyebabkan hati menjadi berbelah bagi.

Doaku hanya satu, diberikan kesembuhan untuk kesakitan yang dilalui ini da dikuatkan hati untuk menghadapi hari hari esok!


Nabi marah benci anak kecil

 

DARIPADA Ibnu Abbas daripada Nabi Muhammad saw sabdanya bermaksud: “Bukan daripada kumpulan kami mereka yang tidak menghormati orang tua dan tidak menyayangi anak-anak kecil serta tidak menyuruh dengan perkara yang makruf dan mencegah daripada perkara mungkar.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
DARIPADA Ibnu Abbas daripada Nabi Muhammad saw sabdanya bermaksud: “Bukan daripada kumpulan kami mereka yang tidak menghormati orang tua dan tidak menyayangi anak-anak kecil serta tidak menyuruh dengan perkara yang makruf dan mencegah daripada perkara mungkar.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Dalam hadis ini, Rasulullah menegaskan bahawa orang yang diakui sebagai umatnya ialah mereka yang mempunyai adab sopan, terutama terhadap orang tua atau pembesar.

Mereka perlu dihormati dan disanjung sesuai dengan kedudukan masing-masing.

Satu lagi golongan yang perlu disayangi ialah anak kecil. Anak ialah amanah Allah kepada kedua orang tuanya.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menyayangi anak mereka dengan penuh kasih sayang serta diberi pendidikan berguna dan bermanfaat untuk bekalan dunia dan akhirat.

Selain itu, janganlah ada antara kita yang cuba tidak mahu menyayangi anak-anak kecil. Contohnya, kanak-kanak istimewa atau cacat anggotanya. Begitu juga dengan kanak-kanak yang menderita kerana kemiskinan atau penyakit teruk.

Sayangi dan bantulah mereka semampu mungkin. Perkara ini penting kerana Rasulullah sudah menegaskan bahawa bukan daripada golongan Baginda orang yang tidak menyayangi anak kecil.

Kita sedih kerana pada hari ini ada umat Islam yang tidak menyayangi anak kecil. Contohnya, ada kes bayi ditinggal dan dibuang selepas dilahirkan. Tidak kurang, bayi yang dibunuh oleh ibunya sendiri kerana malu dengan kehadiran anak tanpa bapa itu.

Dalam hadis itu, Rasulullah juga mengajak manusia melakukan perkara kebaikan dan melarang mengerjakan perkara mungkar.

Mereka yang mengaku diri sebagai umat Islam perlu menghormati orang tua, menyayangi anak kecil, menyuruh dengan perkara kebajikan dan melarang kemungkaran


Keutamaan bulan Ramadan dan keutamaan beramal di dalamnya

  1. Ertinya : Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, Setan- Setan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya (tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini). ( HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqy. Hadits Shahih Ligwahairihi).
  2. “Diriwayatkan dari Urfujah, ia berkata : Aku berada di tempat ‘Uqbah bin Furqad, maka masuklah ke tempat kami seorang dari Sahabat Nabi saw. ketika Utbah melihatnya ia merasa takut padanya, maka ia diam. ia berkata: maka ia menerangkan tentang puasa Ramadan ia berkata : Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda tentang bulan Ramadan: Di bulan Ramadan ditutup seluruh pintu Neraka, dibuka seluruh pintu Jannah, dan dalam bulan ini Setan dibelenggu. Selanjutnya ia berkata : Dan dalam bulan ini ada malaikat yang selalu menyeru : Wahai orang yang selalu mencari/ beramal kebaikan bergembiralah anda, dan wahai orang-orang yang mencari/berbuat kejelekan berhentilah ( dari perbuatan jahat) . Seruan ini terus didengungkan sampai akhir bulan Ramadan.” (Riwayat Ahmad dan Nasai )
  3. ” Diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. Sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Solat lima waktu, solat Jum’at sampai solat Jum’at berikutnya, puasa Ramadan sampai puasa Ramadaan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat diantara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi.” ( H.R.Muslim)
  4. “Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru, bahwa sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda: puasa dan Qur’an itu memintakan syafa?at seseorang hamba di hari Kiamat nanti. puasa berkata : Wahai Rabbku, aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untuk memintakan syafa’at baginya. Dan berkata pula AL-Qur’an : Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari ( karena membacaku ), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memmintakan syafaat.” ( H.R. Ahmad, Hadits Hasan).
  5. “Diriwayatkan dari Sahal bin Sa’ad : Sesungguhnya Nabi saw telah bersabda : bahwa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut ” Rayyaan”. Pada hari kiamat dikatakan : Dimana orang yang puasa? ( untuk masuk Jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir diantara mereka sudah memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu.” (HR. Bukhary Muslim).
  6. Rasulullah saw. bersabda : Barangsiapa puasa Ramadhan karena beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang ( HR.Bukhary Muslim).
  7. KESIMPULAN :
    Kesemua Hadits di atas memberi pelajaran kepada kita, tentang keutamaan bulan Ramadhan dan keutamaan beramal didalamnya, diantaranya :

  8. Bulan Ramadhan adalah:
    • Bulan yang penuh Barakah.
    • Pada bulan ini pintu Jannah dibuka dan pintu neraka ditutup.
    • Pada bulan ini Setan-Setan dibelenggu.
    • Dalam bulan ini ada satu malam yang keutamaan beramal didalamnya lebih baik daripada beramal seribu bulan di bulan lain, yakni malam LAILATUL QADR.
    • Pada bulan ini setiap hari ada malaikat yang menyeru menasehati siapa yang berbuat baik agar bergembira dan yang berbuat ma’shiyat agar menahan diri. (dalil 1 & 2).
  9. Keutamaan beramal di bulan Ramadhan antara lain :
    • Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara setelah Ramadhan yang lewat sampai dengan Ramadhan berikutnya.
    • Menjadikan bulan Ramadhan memintakan syafaa’t.
    • Khusus bagi yang puasa disediakan pintu khusus yang bernama Rayyaan untuk memasuki Jannah. ( dalil 3, 4, 5 dan 6).

Sebelum dan selepas………:)

sebelum

 

 

 

selepas!


Doa semasa ditimpa musibah

SESUNGGUHNYA kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (al-Baqarah: 156)

Keterangan Ayat

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. mengajar umatnya agar beristirja’ dengan lafaz di atas, dalam perkara yang besar mahupun kecil hinggakan apabila sepatu tertanggal sekalipun dituntut untuk membaca doa tersebut di atas.

Orang yang sabar merupakan mereka yang sentiasa berdoa dengan doa di atas apabila sahaja kejadian yang berlaku serta menguji keimanan mereka. Mereka harus tetap reda dengan ketetapan Allah itu dan meyakini bahawa Allah s.w.t. sekali-kali tidak menzalimi mereka dalam perkara yang berlaku itu. (Tafsir al-Mawardi, tafsir ayat 155 surah al-Baqarah)

Khasiat dan Kaifiat Beramal

Ayat di atas disebut ketika:

* Mendengar berita kematian, kesakitan atau kemalangan

* Ditimpa musibah sama ada besar atau kecil

* Berlaku sekecil-kecil perkara seperti terjatuh pen.


Doa untuk bayi yang baru lahir

Allah berfirman:…Aku melindungi dia dengan peliharaan-Mu, demikian juga zuriat keturunannya daripada godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan). (ali-‘Imran: 36)

Keterangan ayat:

Hinnah Faquza, isteri Imran sewaktu telah lanjut usianya melihat seekor burung memberi makan kepada anaknya. Terlintas dalam fikirannya untuk mendapat anak. Dia bernazar kepada Allah jika mendapat anak lelaki akan disuruh memberi khidmat kepada Baitulmaqdis.

Allah memakbulkan doanya tetapi dikurniakan anak perempuan. Lazimnya, tanggapan umum kepada anak lelaki ialah fizikalnya lebih hebat untuk menjaga rumah suci itu.

Walaupun begitu, bayi ini adalah anugerah Allah yang wajib disyukuri. Tambahan pula ia adalah bayi perempuan yang sempurna dan cantik. Nama yang diilhamkan oleh Allah untuk diberikan ialah Mariam yang bermakna kuat ibadat dan khidmatnya untuk Allah.

Ia juga dinamakan dengan keyakinan akan menjadi wanita yang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah.

Munajatnya kepada Allah ialah ayat di atas,…memohon kasih-Nya agar dijaga Mariam dan keturunannya daripada syaitan yang dilaknat.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah bersabda, “setiap anak yang dilahirkan akan diganggu oleh syaitan melainkan Mariam kerana doa yang dibacakan oleh ibunya itu”.

Khasiat dan kaifiat beramal:

Amalkanlah membaca doa ini kepada anak yang baru dilahirkan untuk mendapat perlindungan Allah. (Tafsir al-Khazin, tafsir ayat 36 surah ali-‘Imran)


kisah di tepi pasar Kajang

Assalamu’alaykum wbt.

Hari ini entah mengapa saya ingin menulis kisah ini. Mungkin kisah yang biasa, tetapi mendatangkan kesan yang amat mendalam pada diri saya.

Hari Jumaat, setelah pulang dari mengajar, saya pulang ke rumah dan lalu di tepi pasar Kajang. Di situ memang banyak kucing. Dan yang paling menariknya, kucing kucing di situ amat cantik dan kuantitinya amat banyak. Pendek kata, seperti persatuan kucing sedang bermesyuarat.

Kami mengambil keputusan untuk berhenti. Maklumlah saya memang seorang pencinta kucing. Pantang terlihat kucing yang cantik, pasti saya akan berhenti melihatnya sebentar. Selepas turun, kelihatan seorang lelaki tua dan perempuan tua keluar dari kawasan pagar di tepi tandas tempat kami menemukan kawanan kucing yang banyak tadi.

Terjadilah perbualan singkat antara kami dan pasangan suami isteri tersebut. Mereka yang tiada rumah hanya menumpang tidur di situ. Dengan tidur beralaskan tikar, mereka menjaani kehidupan yang sungguh menyedihkan.

Kata mereka, kucing-kucing inilah anak anak mereka, kerana mereka tiada anak. Mereka juga sempat menunjukkan kepada kami seekor kucing yang baru melahirkan anak setengah jam yang lalu. Sungguh comel!

Kami terpaksa meninggalkan pasangan itu dan kucing-kucing mereka kerana masa sudah hampir menginjak senja. Janji kami untuk ke sana lagi…


…hari senyum saya…

Alhamdulillah, Isnin menjengah lagi. Melewati rutin-rutin sebagai guru sepenuh masa dan ahli rumah tangga sepenuh masa, saya masih sempat berblogging walaupun sekadar menulis perkara-perkara yang berputar di sekitar kehidupan saya. Di dalam kekalutan yang melanda  dan ketibaan segala jenis tugasan yang mendatang, saya mash sempat tersenyum.  Di dalam hati saya masih menyimpan tekad, saya harus senyum untuk memulihkan kepenatan minda saya. Saya harus selalu melantunkan syukur di hati, saya harus selalu tersenyum walaupun tiada siapa yang melihatnya!  🙂 🙂 🙂


tips berjumpa dengan bakal mertua…:)

Bagaimanakah rasa kali pertama bertemu bakal mertua? Pasti jantung berdegup laju, jari-jemari terasa berpeluh sejuk dan segala benda serba gementar.

Dalam zaman yang serba moden ini, ramai orang akan memperkenalkan pasangan mereka kepada kedua ibubapa semasa dari tahap awal berkawan lagi. Ini adalah
untuk memastikan bahawa wanita atau lelaki yang dipilih itu menepati kehendak kedua belah keluarga.
Ini juga dapat mengelakkan daripada timbul tentangan dari pihak keluarga
apabila hubungan telah bertambah serius. Wanita atau lelaki yang dibawa
bertemu keluarga juga boleh menilai samada beliau mahu menjadi sebahagian
daripada keluarga tersebut ataupun tidak.

Jadi apakah yang harus anda lakukan pada pertemuan pertama?

Hobi
Tanyalah terlebih dahulu kepada pasangan mengenai hobi ibubapanya. Setelah
mengetahuinya , bacalah maklumat tentang hobi mereka. Jika mereka gemar
berkebun, anda boleh membawa benih tumbuhan kesukaan mereka ataupun baca
mengenai teknik-teknik terbaik untuk menanam pokok di cuaca Khatulistiwa
ini. Ini akan memudahkan anda untuk berbual mengenai hobi mereka.

Tumpukan Perhatian
Apabila mereka bertanya, jawablah soalan dengan baik. Apabila mereka
menceritakan sesuatu, beri perhatian dan dengarlah dengan baik. Ini kali
pertama anda bertemu mereka, jadi kurangkan celoteh anda. Anda akan
berpeluang untuk berceloteh di lain-lain pertemuan.

Bawa Buah Tangan
Tujuan anda menemui mereka adalah untuk mengambil hati mereka bukan? Maka
tiada salahnya jika anda membelikan buah tangan seperti buah-buahan atau
kuih-muih. Ini akan mengambarkan bahawa anda bukanlah seorang yang kedekut.

Kekasih Lama
Walau macamana hebat pun bekas kekasih anda, jangan sekali-kali anda
bercerita mengenai bekas kekasih di hadapan bakal mertua. Walaupun bekas
kekasih anda adalah anak saudara kepada bakal mertua. Elak untuk menjawab
secara spesifik.

Kesesuaian Pakaian
Pastikan anda berpakaian kemas dan rambut tersisir rapi. Bagi yang lelaki,
elakkan daripada memakai jeans koyak walaupun ianya fesyen terkini. Bagi
yang wanita, paling selamat, anda boleh memilih untuk memakai baju kurung
dan jangan kenakan mekap yang keterlaluan.

Ringan Tulang
Jika tuan rumah menjamu makanan, bagi wanita eloklah kiranya anda melawat ke
dapur samada untuk membantu menyiapkan hidangan ataupun setelah selesai,
anda boleh membantu mengemaskan meja. Walaupun tuan rumah medesak supaya
anda tidak membantu, sekurang-kurangnya angkatlah pinggan anda ke dapur.

Bukan bakal mertua sahaja yang sedang membuat penilaian terhadap anda,
bahkan anda juga berhak untuk membuat penilaian terhadap keluarga tersebut.
Anda seharusnya menilai samada anda boleh menerima cara hidup mereka kerana
setelah berkahwin nanti, mereka juga akan menjadi sebahagian daripada hidup
anda.


RoSNah@Rosemarie

Assalamu’alaykum wbt…
Selepas pulang dari mengajar, saya mengajak suami keluar ke bandar Kajang. Hari ini kami bertemu dengan Rosemarie. Cantik seperti Karina kesayngan kami. Kami pun mengambil keputusan untuk mengambilnya sebagai adik baru buat Maria, Karina dan Alice. 🙂


lafaz yang tersimpan

 

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Lafaz Yang Tersimpan.mp3 – Unic


Kuatkah aku?

 

Seharian berperang dengan perasaan sendiri, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang sedang bergolak di dalam hatiku. Perasaan yang kadangkala aku sendiri tidak memahaminya. Di dalam hati aku ingin selalu mengeluh. Selalu berkeluh kesah dengan kesukaran dan persekitaran yang membuatkan hatiku goyah. Kuatkah aku dalam menghadapi semua yang berada di hadapan mata?

            Adakalanya diri ini terfikir alangkah baiknya jika aku tidak melalui semua ini. Alangkah baiknya jika aku tidak berada di dalam keadaan ini. Tetapi ke mana harus aku melarikan diri? Dunia dan segala ujiannya tidak akan berakhir selagi aku tidak menghembus nafas terakhir.

            Kadangkala aku ingin menangis. Hati berterbangan sambil mendengar alunan Al-Quran qari kegemaranku yang bacaannya membuatkan hatiku luruh. Kenapa kali ini hati ini begitu goyah? Mengapa kali ini perasaan begitu berkecamuk dalam melayari hari-hari insani… Mengapa dan mengapa…. Mengapa dan mengapa….

            “Manusia diuji dengan apa-apa yang buruk dan yang baik, atau kejahatan dan kebaikan. Kemudian mereka akan mati dan seterusnya dikembalikan kepada Allah untuk dihakimkan pada hari akhirat. Firman-Nya:”

“Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati; dan Kami menguji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai cubaan, kemudian kepada Kami kamu akan dikembalikan.” (21:35)

“Antara manusia, ada yang diuji dengan benda-benda yang baik dan yang buruk supaya mereka kembali kepada jalan yang sebenar iaitu jalan yang ditentukan di dalam Kitab Allah. “

Firman-Nya:

“dan Kami menguji mereka dengan benda-benda yang baik, dan yang buruk, supaya mereka kembali.” (7:168)

“Ada pula yang diuji supaya bertaubat. Seperti orang-orang yang tidak percaya (kepada Allah dan kitab-Nya) yang diuji sekali atau dua kali setahun. Namun, terdapat juga mereka yang tidak mengingati.” Firman-Nya,

“Tidakkah mereka melihat bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun? Namun begitu, mereka masih tidak bertaubat, dan tidak juga mereka mengingati.” (9:126)

“Orang-orang yang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan) dan yang mendustakan ayat-ayat-Nya juga diuji. “

Firman-Nya,

“Begitulah Kami menguji mereka kerana kefasiqan mereka.” (7:163)

“Sesungguhnya Kami menguji mereka (yang mendustakan ayat-ayat Allah) sebagaimana Kami menguji pemilik-pemilik kebun apabila mereka bersumpah bahawa mereka akan memetik pada waktu pagi,” (68:17)

Pemilik kebun tersebut, pada pagi hari memetik, mendapati kebunnya seperti sudah dipetik (68:20).

Kalimah ALLAH memberikan jawapan…. Moga aku dikurniakan segunung ketabahan…..

 


Rindu anak anak…(1)