"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Kuatkah aku?

 

Seharian berperang dengan perasaan sendiri, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang sedang bergolak di dalam hatiku. Perasaan yang kadangkala aku sendiri tidak memahaminya. Di dalam hati aku ingin selalu mengeluh. Selalu berkeluh kesah dengan kesukaran dan persekitaran yang membuatkan hatiku goyah. Kuatkah aku dalam menghadapi semua yang berada di hadapan mata?

            Adakalanya diri ini terfikir alangkah baiknya jika aku tidak melalui semua ini. Alangkah baiknya jika aku tidak berada di dalam keadaan ini. Tetapi ke mana harus aku melarikan diri? Dunia dan segala ujiannya tidak akan berakhir selagi aku tidak menghembus nafas terakhir.

            Kadangkala aku ingin menangis. Hati berterbangan sambil mendengar alunan Al-Quran qari kegemaranku yang bacaannya membuatkan hatiku luruh. Kenapa kali ini hati ini begitu goyah? Mengapa kali ini perasaan begitu berkecamuk dalam melayari hari-hari insani… Mengapa dan mengapa…. Mengapa dan mengapa….

            “Manusia diuji dengan apa-apa yang buruk dan yang baik, atau kejahatan dan kebaikan. Kemudian mereka akan mati dan seterusnya dikembalikan kepada Allah untuk dihakimkan pada hari akhirat. Firman-Nya:”

“Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati; dan Kami menguji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai cubaan, kemudian kepada Kami kamu akan dikembalikan.” (21:35)

“Antara manusia, ada yang diuji dengan benda-benda yang baik dan yang buruk supaya mereka kembali kepada jalan yang sebenar iaitu jalan yang ditentukan di dalam Kitab Allah. “

Firman-Nya:

“dan Kami menguji mereka dengan benda-benda yang baik, dan yang buruk, supaya mereka kembali.” (7:168)

“Ada pula yang diuji supaya bertaubat. Seperti orang-orang yang tidak percaya (kepada Allah dan kitab-Nya) yang diuji sekali atau dua kali setahun. Namun, terdapat juga mereka yang tidak mengingati.” Firman-Nya,

“Tidakkah mereka melihat bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun? Namun begitu, mereka masih tidak bertaubat, dan tidak juga mereka mengingati.” (9:126)

“Orang-orang yang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan) dan yang mendustakan ayat-ayat-Nya juga diuji. “

Firman-Nya,

“Begitulah Kami menguji mereka kerana kefasiqan mereka.” (7:163)

“Sesungguhnya Kami menguji mereka (yang mendustakan ayat-ayat Allah) sebagaimana Kami menguji pemilik-pemilik kebun apabila mereka bersumpah bahawa mereka akan memetik pada waktu pagi,” (68:17)

Pemilik kebun tersebut, pada pagi hari memetik, mendapati kebunnya seperti sudah dipetik (68:20).

Kalimah ALLAH memberikan jawapan…. Moga aku dikurniakan segunung ketabahan…..

 

2 responses

  1. aida

    saya sekarang jg sedang merasakan perasaan yang sama, saya tidak tahu pada siapa kan bertanya dan bertukar pikiran, dapatkah encik membantu saya

    Julai 9, 2008 at 3:41 am

  2. Ingati Allah, hati kan tenang.

    Julai 16, 2008 at 12:51 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s