"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Menemui sang pendamping…^_^

  Asssalamualaykum wbt….
Mata mulai terbuka dan hari baru telah muncul kembali.Umur telah meningkat sehari lagi dan dengan usia yang ada pastinya telah memunculkan pelbagai keinginan yang tidak berpenghujung.
    Kudus kasih Ilahi kerana telah menciptakan tiap manusia itu berpasangan…. Sesuatu yang telah menjadi keinginan tiap manusia, ingin mencari pendamping diri. Sedangkan Adam yang tinggal di syurga yang penuh nikmat itu terasa sunyi kerana tiada berteman, inikan pula kita manusia biasa. Kerana itu terciptanya sang pendamping buat Adam iaitu Hawa yang berasal dari rusuk kirinya.
“Manusia hawa dijadikan daripada tulang rusuk manusia adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan dari kakinya untuk dijadikan alas, tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat dengan hatinya utnuk dicintai”
    Sedang umur sudah mula meningkat dan ketika diri melihat seorang demi seorang sahabat seperjuangan membina keluarga, diri ini masih sendiri. Mencari cari siapakah tuan pemilik bagi diri ini. Hati tertanya tanya,siapakah yang  layak buat diri yang serba kurang ini dan siapa  yang mampu menerima diri ini seadanya. Kerana diri ini adalah insan biasa dan  ingin mencari insan biasa juga.Manakan mungkin diri ini  mendambakan insan setampan Yusuf sedangkan diri tidak  secantik Zulaikha…Terlalu banyak khilaf diri ini….
     Siapa dan di mana,bagaimana dan bila…

    Muncullah pendamping diriku, diri ini masih ternanti nanti….

 

p/s: Dah berjumpa jawapan….

4 responses

  1. humaira

    Assalamualaikumwbh saudaraku Zahra,

    Membaca bicara nurani Zahra, membaitkan rasa kesyukuran dalam hati bahawa kasih Ar Rahman sangat meluas dan perancanganNYA adalah lebih baik dari perancangan hamba2NYA.

    Sebagai wanita, memang fitrah kita ingin dikasihi dan mengasihi, namun ketentuanNYA mungkin mempunyai sejuta satu hikmah yang mungkin tidak bisa kita nikmati di sini, namun insyaállah di sana kelak dgn kehendakNYA.

    Antara salah satu amalan2 baik untuk mendapatkan pendamping yang soleh, adalah dengan berpuasa pada hari lahir, amalkan surah yusof ayat empat, amalan puasa isnin dan khamis, dan zikirkan selalu nama indah Allah, Ya Jamiul…bererti maha mengumpulkan, agar bisa kita dikumpulkanNYA dengan org yang menyayangi kita keranaNYA..

    Insyaállah Zahra…La Tahzan, jangan bersedih, jagalah Allah dan Allah akan sentiasa menjaga kita dan org2 yang kita sayangi….

    Saya pernah gagal dalam berkasih sayang, tetapi tidak pernah berputus asa dalam terus untuk menyayangi. Kasih sayang dan usaha adalah hak kita, namun kejayaan dan kebahagiaan adalah MILIKNYA JUA.

    Salam Ramadhan,

    September 1, 2008 at 10:01 am

  2. humaira

    Selamat Berpuasa,

    Wassalam.

    September 1, 2008 at 10:03 am

  3. Humaira:🙂 Syukran….

    September 3, 2008 at 12:52 pm

  4. rina

    Oho, sudah ketemu jawaban ? siapakah bakal empunya diri itu ? pasti sehebat dirimu, bukan sehebat Yusuf yang setanding Zulaikha.

    September 12, 2008 at 7:26 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s