"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

aku lihat kau pergi…

Pagi itu Halimah sakit tenat. Muntah yang teruk serta mengadu sakit di dalam perut. Dengan kudrat yang diberikan Allah swt, Halimah dikejarkan ke hospital oleh ambulans bertemankan suaminya, Ahmad. Entah mengapa Ahmad merasakan sesuatu yang kurang baik akan berlaku, tetapi dia tetap berfikiran positif bahawa isteri kesayangannya itu akan segera sembuh dan akan keluarari hospital. Di dalam ambulan, Ahmad hanya mampu berdoa dan bertawakkal pada Allah. Tiada apa yang mampu dilakukannya. Hendak menentukan apa sakit yang dideritai Halimah, Ahmad tiada kepakaran apatah lagi hendak menentukan rawatan apa yang sesuai untuk mengubati isteri tersayang.

   Sampai di hospital, doktor segera melakukan pemeriksaan. Malangnya doktor masih belum mampu menentukan jenis penyakit yang dideritai Halimah. Halimah dimasukkan ke wad dan dipantau jururawat bertugas. Setiap beberapa minit Halimah menjerit kesakitan. Ahmad hampir menangis melihat keadaan isterinya. Tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan.

  Beberapa jam berlalu, tiba-tiba kedengaran suara Halimah menjerit. Halimah mengatakan yang dia amat haus dan lapar. Ahmad cuba untuk menyuakan sesudu air untuk Halimah. Tidak lama kemudian keadaan Halimah menjadi kian tenat dan Ahmad memanggil semula doktor untuk memeriksa Halimah.

  Sementara Halimah diperiksa, Ahmad membacakan ayat-ayat suci al-Quran sambil matanya bergenang dengan air mata. Tidak mampu lagi untuk dia menahan semua seksaan yang dialami Halimah. Jika dapat untuk dia menggantikan Halimah juga dia sanggup. Bacaan Ahmad semakin kuat setiap kali deru nafas Halimah kedengaran semakin melaju.

  Tidak lama kemudian, doktor berhenti dari memeriksa Halimah. Ahmad sedar waktunya telah tiba. Wajah Ahmad bertukar pucat. Wajah doktor yang merenungnya memberikannya jawapan tentang apa yang bakal dikatakannya. doktor menyuruh Ahmad bersedia untuk segala kemungkinan. Ahmad tidak berganjak dari katil Halimah. Terus menerus membacakan ayat-ayat suci Al-quran. Keadaan di wad kelas 3 itu menjadi sayu. Saudara- mara yang mula datang memenuhi katil sambil membacakan Al-Quran.

  Allah amat menyayangi Halimah. Tika Ahmad sedang membisikkan syahadah ke telinga Halimah, Halimah menghembuskan nafas terakhir dengan tenang. Ahmad bangun dan memeluk tiang dan tumbang di situ juga. Kedengaran nafas tangisan yang sayu. Penghuni hospital yang menyaksikan tragedi itu hanya mampu menangis.

  Belahan jiwa yang bersama setiap ketika sebelum ini telahpun pergi meninggalkan Ahmad sendirian…

    * Berdasarkan kisah benar yang saya alami ketika di hospital.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s