"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Archive for September, 2008

***~~Raya lagi~~***

Alhamdulillah, Humaira teman saya sudah selamat sampai di Malaysia. Sms diterima saya jam 740 malam tadi. Lega dan SyUKUR!

Akhirnya sesi persekolahan minggu ini tamat juga. Mood untuk pulang beraya sudah mula terasa. Sayu di hati mengingatkan yang Ramadhan sudah hampir ke hujungnya. Syawal bulan kemenangan. Anak-anak didik tidak utus putus datang menjengah dan bersalaman sambil mengucapkan selamat hari raya… ada juga yang menghulurkan kad kad ucapan. Tidak kurang juga ada yang menghadiahi saya dengan kurma dan segala macam bentuk hadiah.

Antara bait kata di dalam kad ucapan yang kuterima:

Maafkan saya teacher kalau selama ni saya tak dengar cakap Teacher. Saya minta maaf kalau saya selalu tak buat kerja sekolah yang Teacher beri.

Terima kasih sebab mengajar saya!

Anak anak suci yang tulus hati!

Advertisements

Khabar dari Qatar N Special Request

Sebak di hati membaca e-mail seorang teman yang jauh tapi sangat dekat di hati. Perkenalan yang baru beberapa detik di alam maya mencetuskan ikatan yang utuh. Saling berbalasan e-mail malah saya amat merindui kehadirannya ke tanah air sehari dua lagi….. welcome home my dear Sister, Humaira….

“Sesungguhnya jika Allah swt mencintai seseorang hamba, maka ditenggelamkanNYA dalam cubaan. Barang siapa yang tidak pernah mengalami musibah, maka ia jauh dari kasih sayangNYA….”
 
“Dan apabila hambaKu datang bertanya kepadaKU, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku memperkenankan hamba yang datang meminta kepadaKu…apabila dia meminta…”
 
“Oleh itu perkenankanlah seruanKu dan berimanlah kepadaKu supaya mereka menempuh jalan yang lurus,”-al baqarah 186…

special request………

special request……..

special request……..

These two words tell us that, we are special, gifted in this way to be tested among of all, at one specific moment with one dedicated situation..and no one but US……masyaállah terasa seketika bertuah diuji kerana yang memilih bukan sebarang…Ya Rabbi kita….. And what are the request?..Allah swt mahu kita redha, bersabar dan berbaik sangka dengan ujianNYA…kenapa yer?……kerana hadiahnya juga special..iman di dunia, syurga di akhirat, dijauhkan azab...:)…what do we need to request to Alllah swt?..mengekalkan rahmat, pertunjuk, belas ehsan, kekuatan…so that we walk on the safe side right……so what is so special be tested….:)…..?..rahmat dan kasihnya Allah terhadap kita tak kala kita bersabar…apa yang special sgt dengan bersabar bila diuji?…itu tanda BERIMAN kepadaNYA….subhanallah….apa lagi yang special? DitujukkanNYA jalan pada yang beriman….:)

Tulisan ini didedikasikan buat Humaira. Thanks…. i’ll keep praying to HIM……


Mencari Eleonore

Di manakah Eleonore sekarang? Sudah beberapa tahun saya tidak berhubung dengannya. Sejak kedatangan terakhirnya ke Malaysia, saya sudah terputus hubungan dengannya. Adakah dia sudah mencapai apa yang diinginkannya iaitu untuk menjadi seorang peguam di Switzerland tempat lahirnya?

Kali pertama bertemu Eleonore adalah ketika hari pertama dia datang ke sekolah. Hampir setahun dia bersama kami, makan dan pakai apa yang kami makan dan pakai. Sampailah satu hari kami sempat berbual panjang. Kebetulan saya ditugaskan guru untuk menemuramahnya sempena hari kemerdekaan Switzerland. Satu perkataan yang dia amat bangga untuk meyebutnya di hadapan saya adalah nestle!

sebelum pulang ke Switzerland, kami sempat bertukar alamat dan berharap akan berhubung kembali suatu hari nanti. Selang beberapa tahun kemudian, Eleonore datang kembali ke Malaysia untuk bertemu keluarga angkatnya. Ternyata ketinggiannya masih seperti dulu. Malah sudah mampu untuk bertutur sepatah dua Bahasa Malaysia. Ternyata, Allah kabulkan doa saya untuk bertemu Eleonore semula. Kami pun membawa haluan masing-masing. Eleonore pulang ke Switzerland dan saya meneruskan pelajaran di sini.

Beberapa tahun kemudian, saya mencari dia kembali. Sudah agak lama saya mencari di laman web AFS, tetapi masih tidak mampu untuk menjejakinya. Ke mana dia Eleonore Maitre yang saya kenali dahulu?

Still waiting…..


Ada apa dengan matamu?

Saya tidak pernah mendapat soalan ini daripada sesiapa, walaupun banyak lagi soalan soalan yang lebih ‘berbunga’ yang pernah saya terima sewaktu menghadiri Bengkel Penulis Muda Johor beberapa tahun lepas. Antara kenangan indah yang pernah saya miliki bersama mentor menulis saya ketika itu, Allahyarham Dr Hj Othman Puteh. Saya masih menyimpan buku tulisan beliau yang ditandatangani beliau sewaktu 3 hari kami berkampung di Yayasan Warisan Johor.

“Malam ini Penyu Menangis dan Malam Ini Phildelphia Menangis adalah karya siapa?”

Dua tajuk yang hampir serupa tetapi ditulis oleh dua penulis yang berlainan usia. Kenangan ini membuatkan semangat saya untuk menulis kembali hadir. saya rindu untuk menajamkan kembali minda saya….

kembali dengan Ada Apa Dengan Matamu…

Kata seseorang padaku hari ini:

“I can see a sadness in your eyes,”

saya bertanya kembali,

“Betulkah kita boleh merasakan kesedihan orang hanya dengan melihat mata?”

Saya tidak tahu, saya tidak pernah memikirkan tentang ini. Bagaimana denganmu?


***antara kerlipan mata***

Assalamua’laykum wbt…

Hari ini muram. Muram pada langit yang sepi memandang saya. Entah mengapa terlalu banyak yang saya fikirkan. Pulang dari berbuka puasa, saya memandang langit. Gelita. Saya memikirkan kembali akan segala perjalanan kehidupan saya sepanjang hari ini. Sepanjang berbuka puasa saya melihat-lihat keadaan sekeliling. Saya terbelenggu. Ya Allah, sudah terlalu lama saya melihat keadaan seperti ini. Adakah saya hanya mampu melihat? Kerlipan mata saya masih belum mampu berhenti. Banyak perkara di sekeliling yang selalu menyentuh hati kecil saya sebagai seorang insan.

Sudah beberapa hari saya mendengar tazkirah teman-teman. Sudah beberapa kali terulang kalimah yang sama:

” Akan adakah Ramadhan untuk kita tahun akan datang?”

 ” Akan adakah Ramadhan untuk kita tahun akan datang?”

” Akan adakah Ramadhan untuk kita tahun akan datang?”

Semoga Allah berikan saya cahaya untuk menapak di jalanNya. Moga Allah terangkan hati insan yang masih terbelenggu dalam kegelapan.


The Stranger IS Not..

بسم الله الرحمن الرحيم

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
من أجمل الكلمات التي سمعتها قصيدة زين العابدين بن على بن أبي طالب . .

 

لَيْسَ الغَريبُ غَريبَ الشَّأمِ واليَمَنِ *إِنَّ الغَريبَ غَريبُ اللَّحدِ والكَفَنِ
إِنَّ الغَريِبَ لَهُ حَقٌّ لِغُرْبَتـِهِ * على الْمُقيمينَ في الأَوطــانِ والسَّكَنِ

 

سَفَري بَعيدٌ وَزادي لَنْ يُبَلِّغَنـي * وَقُوَّتي ضَعُفَتْ والمـوتُ يَطلُبُنـي
وَلي بَقايــا ذُنوبٍ لَسْتُ أَعْلَمُها * الله يَعْلَمُهــا في السِّرِ والعَلَنِ

 

مـَا أَحْلَمَ اللهَ عَني حَيْثُ أَمْهَلَني * وقَدْ تَمـادَيْتُ في ذَنْبي ويَسْتُرُنِي
تَمُرُّ سـاعـاتُ أَيّـَامي بِلا نَدَمٍ * ولا بُكاءٍ وَلاخَـوْفٍ ولا حـَزَنِ

 

أَنَـا الَّذِي أُغْلِقُ الأَبْوابَ مُجْتَهِداً * عَلى المعاصِي وَعَيْنُ اللهِ تَنْظُرُنـي
يَـا زَلَّةً كُتِبَتْ في غَفْلَةٍ ذَهَبَتْ * يَـا حَسْرَةً بَقِيَتْ في القَلبِ تُحْرِقُني

 

دَعْني أَنُوحُ عَلى نَفْسي وَأَنْدِبُـهـا * وَأَقْطَعُ الدَّهْرَ بِالتَّذْكِيـرِ وَالحَزَنِ
كَأَنَّني بَينَ تلك الأَهلِ مُنطَرِحــَاً * عَلى الفِراشِ وَأَيْديهِمْ تُقَلِّبُنــي

 

وَقد أَتَوْا بِطَبيبٍ كَـيْ يُعالِجَنـي * وَلَمْ أَرَ الطِّبَّ هـذا اليـومَ يَنْفَعُني
واشَتد نَزْعِي وَصَار المَوتُ يَجْذِبُـها * مِن كُلِّ عِرْقٍ بِلا رِفقٍ ولا هَوَنِ

 

واستَخْرَجَ الرُّوحَ مِني في تَغَرْغُرِها * وصـَارَ رِيقي مَريراً حِينَ غَرْغَرَني
وَغَمَّضُوني وَراحَ الكُلُّ وانْصَرَفوا * بَعْدَ الإِياسِ وَجَدُّوا في شِرَا الكَفَنِ

 

وَقـامَ مَنْ كانَ حِبَّ لنّاسِ في عَجَلٍ * نَحْوَ المُغَسِّلِ يَأْتينـي يُغَسِّلُنــي
وَقــالَ يـا قَوْمِ نَبْغِي غاسِلاً حَذِقاً * حُراً أَرِيباً لَبِيبـاً عَارِفـاً فَطِنِ

 

فَجــاءَني رَجُلٌ مِنْهُمْ فَجَرَّدَني * مِنَ الثِّيــابِ وَأَعْرَاني وأَفْرَدَني
وَأَوْدَعوني عَلى الأَلْواحِ مُنْطَرِحـاً * وَصـَارَ فَوْقي خَرِيرُ الماءِ يَنْظِفُني

 

وَأَسْكَبَ الماءَ مِنْ فَوقي وَغَسَّلَني * غُسْلاً ثَلاثاً وَنَادَى القَوْمَ بِالكَفَنِ
وَأَلْبَسُوني ثِيابـاً لا كِمامَ لهـا * وَصارَ زَادي حَنُوطِي حيـنَ حَنَّطَني

 

وأَخْرَجوني مِنَ الدُّنيـا فَوا أَسَفاً * عَلى رَحِيـلٍ بِلا زادٍ يُبَلِّغُنـي
وَحَمَّلوني على الأْكتـافِ أَربَعَةٌ * مِنَ الرِّجـالِ وَخَلْفِي مَنْ يُشَيِّعُني

 

وَقَدَّموني إِلى المحرابِ وانصَرَفوا * خَلْفَ الإِمـَامِ فَصَلَّى ثـمّ وَدَّعَني
صَلَّوْا عَلَيَّ صَلاةً لا رُكوعَ لهـا * ولا سُجـودَ لَعَلَّ اللـهَ يَرْحَمُني

 

وَأَنْزَلوني إلـى قَبري على مَهَلٍ * وَقَدَّمُوا واحِداً مِنهـم يُلَحِّدُنـي
وَكَشَّفَ الثّوْبَ عَن وَجْهي لِيَنْظُرَني * وَأَسْكَبَ الدَّمْعَ مِنْ عَيْنيهِ أَغْرَقَني

 

فَقامَ مُحتَرِمــاً بِالعَزمِ مُشْتَمِلاً * وَصَفَّفَ اللَّبِنَ مِنْ فَوْقِي وفـارَقَني
وقَالَ هُلُّوا عليه التُّرْبَ واغْتَنِموا * حُسْنَ الثَّوابِ مِنَ الرَّحمنِ ذِي المِنَنِ

 

في ظُلْمَةِ القبرِ لا أُمٌّ هنــاك ولا * أَبٌ شَفـيقٌ ولا أَخٌ يُؤَنِّسُنــي
فَرِيدٌ وَحِيدُ القبرِ، يــا أَسَفـاً * عَلى الفِراقِ بِلا عَمَلٍ يُزَوِّدُنـي

 

وَهالَني صُورَةً في العينِ إِذْ نَظَرَتْ * مِنْ هَوْلِ مَطْلَعِ ما قَدْ كان أَدهَشَني
مِنْ مُنكَرٍ ونكيرٍ مـا أَقولُ لهم * قَدْ هــَالَني أَمْرُهُمْ جِداً فَأَفْزَعَني

 

وَأَقْعَدوني وَجَدُّوا في سُؤالِهـِمُ * مَـالِي سِوَاكَ إِلهـي مَنْ يُخَلِّصُنِي
فَامْنُنْ عَلَيَّ بِعَفْوٍ مِنك يــا أَمَلي * فَإِنَّني مُوثَقٌ بِالذَّنْبِ مُرْتَهــَنِ

 

تَقاسمَ الأهْلُ مالي بعدما انْصَرَفُوا * وَصَارَ وِزْرِي عَلى ظَهْرِي فَأَثْقَلَني
واستَبْدَلَتْ زَوجَتي بَعْلاً لهـا بَدَلي * وَحَكَّمَتْهُ فِي الأَمْوَالِ والسَّكَـنِ

 

وَصَيَّرَتْ وَلَدي عَبْداً لِيَخْدُمَهــا * وَصَارَ مَـالي لهم حـِلاً بِلا ثَمَنِ
فَلا تَغُرَّنَّكَ الدُّنْيــا وَزِينَتُها * وانْظُرْ إلى فِعْلِهــا في الأَهْلِ والوَطَنِ

 

وانْظُرْ إِلى مَنْ حَوَى الدُّنْيا بِأَجْمَعِها * هَلْ رَاحَ مِنْها بِغَيْرِ الحَنْطِ والكَفَنِ
خُذِ القَنـَاعَةَ مِنْ دُنْيَاك وارْضَ بِها * لَوْ لم يَكُنْ لَكَ إِلا رَاحَةُ البَدَنِ

 

يَـا زَارِعَ الخَيْرِ تحصُدْ بَعْدَهُ ثَمَراً * يَا زَارِعَ الشَّرِّ مَوْقُوفٌ عَلَى الوَهَنِ
يـَا نَفْسُ كُفِّي عَنِ العِصْيانِ واكْتَسِبِي * فِعْلاً جميلاً لَعَلَّ اللهَ يَرحَمُني

 

يَا نَفْسُ وَيْحَكِ تُوبي واعمَلِي حَسَناً * عَسى تُجازَيْنَ بَعْدَ الموتِ بِالحَسَنِ
ثمَّ الصلاةُ على الْمُختـارِ سَيِّدِنـا * مَا وَصَّـا البَرْقَ في شَّامٍ وفي يَمَنِ
والحمدُ لله مُمْسِينَـا وَمُصْبِحِنَا * بِالخَيْرِ والعَفْوْ والإِحْســانِ وَالمِنَنِ
The Stranger IS Not..
1) The stranger is not the stranger to Yemen or Shaam
But the stranger is the stranger to the grave and the coffin

2: Verily the stranger has rights for his absence
Over the residents of the dwellings & homelands.

3) Don’t chase away the outlander in his state of unfamiliarity
For time is also chasing him with hardship & distress

4) My travels are far and my provisions will not suffice me
My strength has weakened and death is calling unto me.

5) I still have sins which I know not of
Allah knows of them; those made in secret & in manifest

6) How merciful has Allah been to me by giving me respite
And I have increased in sins but Allah has always shielded me

7) The hours of my days pass by without regret
No crying, no fear, no sadness

8 ) I am the one who closes the doors with fatigue
on disobedience, & The Eye of Allah watches over me..

9) O’ that which was written in a moment of heedlessness
O’ the sorrow which remains in my heart is burning me.

10) Leave me to bewail myself and weep
and pass the time in sadness and remembrance.

11) Leave off your Blaming of me O’ Ye who do so..
If you were but to know my situation you would have excused me..

12) Let me cry out tears that have no ending to them
for there will be no lesson that will set me free

13)It is As though I am with that family, laying..
Upon the mattress with their hands turning me over.

14) And they came to me with a doctor that he may cure me..
But of today I think not that medicine will benefit me..

15) My sufferings increased and death began to pull at me ..
From every vein, without ease or comfort..

16) My soul was then removed from me with a gurgle..
And my saliva became bitter at that point..

17) They then shut my eyes and left me…
after a long moment of despair,…. they hurried to the purchase of the shroud

18) And he who was dearest to me got up in a hurry..
To summon the person who was to wash me..

19) He said: O’ my people we have attained a Washer who is skillful, clever, bright & intelligent..

20)So then one of the men came and removed my clothing..
He undressed me and denuded me…

21) They then placed me on top of a board
And the sound of water above me began to clean me

22)He poured the water on top of me and washed me..
Three times, before calling out to the people for the Shroud..

23) They shrouded me in a sleeveless garment..
And my provisions became the embalmment in which they embalmed me

24. They Bore me towards my journey Out of this World, Oh How Sorrowful!!
Will be this journey for which I have no provisions to take along with me.

25. Upon their shoulders, they carried me, Four….
Men, and behind me are those who come to bid me farewell

26.They set me before the mihraab then turned away from me
Behind the Imaam they went and he prayed on me then bade me farewell

27. They prayed over me a prayer consisting of neither Rukoo’ nor Sujood
Asking that Allah may have Mercy upon me.

28. They lowered me into my grave slowly
And one of them came forward to place me in the Lahd

29 He raised the garment from my face to gaze upon me
And the tears spilt from his eyes awashing me

30 Then he stood, honoring me, firm and resolute
And lined the bricks on my body then left me

31. And he said “Throw the dirt upon him and reap
The great rewards from Ar-Rahmaan, The Most Gracious”

32. In the darkness of the grave, no mother is there nor,
Is there an affectionate father, or a brother to comfort me

33. Alone….The only inhabitant of the Grave Oh how Sorrowful!!
Am I on parting the world bearing no Deeds to provision me.

34. And a sight which beheld my eye struck terror into me.
From a place of terror it came and startled me..”

35. Munkar and Nakeer, what shall I say to them?
The thought of them strikes terror into me, it causes me fear

36. And they made me to sit and put forth their questions
I have none other Than You now O Lord to deliver me!!.

37. So bestow upon me from your Mercy O Lord, How I hope in You!!
For verily I am fettered in my sins, I am confined by them

38. The relatives have divided my wealth amongst them after leaving me.
And my sins are now upon my back, burdening me

39. My wife has taken another husband in my place
And she has appointed him as overseer over my wealth and my home

40. She has made my children into servants to bid unto her needs
And my wealth has become to them a worthless means of enjoyment

41. So let not this World and its adornments deceive you.
And look at its (evil) effects in your family and homeland

42. And look at the one who collects the wealth of this Dunya in abundance
Will he depart from this world bearing other than the death shroud and embalmment?

43. Take from the dunya that which suffices you and be contented with that
Even if you were to have naught but good health

44. O ye who sow good, you will reap the fruit of your efforts.
O ye who sow evil you will find yourselves overcome with grief

45. O soul of mine, abstain from sinning and attain instead
Deeds which are Beautiful, for which Allah may be merciful towards me

46. O soul of mine, Woe upon you! Turn towards your lord in Repentance, and do that which is good
So that you will be recompensed after your death with that which is delightful

47. Lastly sending prayers upon the Chosen one, Our Sayyid (leader)

48. All praise is unto Allah, May he fill our days and nights with that which is Good, with forgiveness
With Ihsaan and Grace.


~***menjadilah mentari bening pagi***~

Assalamu’alaykum wbt.

Semalam kami menghadiri iftar yang dianjurkan oleh sekolah tempat saya bekerja. Keadaan agak dingin di luar kerana hujan renyai sejak pagi. Gembira juga di hati kerana dapat bertemu dengan rakan sekerja dan keluarga mereka. Melihat keletah anak-anak teman yang lucu dan membahagiakan. Sejuk mata memandang. Sesekali gurau senda yang sederhana memecahkan kedinginan petang.

Sedang menjamu selera, telefon bimbitku berbunyi. Ucapan ulangtahun dari teman. Aku 🙂 sendiri. Pulang ke rumah sekali lagi telefon bimbitku berbunyi. Ucapan selamat menyambut Ramadhan dari teman yang sudah tahun kedua kukenali. Walaupun hanya sekadar di alam maya tetapi hubungan yang cukup akrab di antara kami membolehkan kami berkongsi masalah dan kisah kehidupan. Terima kasih teman-temanku. Doakan aku agar menjadi mentari yang mampu memberi sinar dalam kehidupan orang lain….


~***senyum menguntum d hati***~

 

7 bulan yang penuh suka dan duka. Tawa dan tangis. 7 bulan yang penuh pengertian… Happy anniversary…


Aku datang PadaMu…


La Tahzan! Innallaha ma’ana…

Beberapa kali airmata tidak dapat diseka dari pelupuk mata. Ampunkan hambaMu Ya Allah! Mungkin ada perlakuan yang tidak patut aku lakukan selama ini hingga menyebabkan aku berperasaan begini. Sayu dan pelbagai perasaan masih lagi bersarang di hati. Mendengar alunan qari kegemaranku, Sheikh Misyari Al-Efasy sedikit sebanyak mententeramkan jiwa. Hati dan jiwa seolah olah berterbangan jauh.

Hadiah dari teman tersayang kurenung sejak pagi. Sudah agak lama kandungannya tidak aku belek dan baca. Dia selalu berkata padaku agar jangan bersedih. Dia yang selalu memelukku tatkala aku menangis. Dia yang selalu ada di sampingku tatkala aku sendiri. Dia yang dititipkan Allah  buatku sebagai sahabat sejati.

La tahzan… Innallaha ma’ana!

“Maka hendaklah mereka sedikit tertawa dan banyak menangis sebagai pembalasan dari apa yang mereka telah kerjakan.”

At-Taubah ayat 82


Ramadhan yang dinanti…

Alhamdulillah, syukur akhirnya Ramadhan yang dinanti muncul kembali. Walaupun tidak sama seperti tahun tahun sudah tetapi kegembiraannya dan semagatnya tetap terasa. Ahlan ya Ramadhan….