"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

~***menjadilah mentari bening pagi***~

Assalamu’alaykum wbt.

Semalam kami menghadiri iftar yang dianjurkan oleh sekolah tempat saya bekerja. Keadaan agak dingin di luar kerana hujan renyai sejak pagi. Gembira juga di hati kerana dapat bertemu dengan rakan sekerja dan keluarga mereka. Melihat keletah anak-anak teman yang lucu dan membahagiakan. Sejuk mata memandang. Sesekali gurau senda yang sederhana memecahkan kedinginan petang.

Sedang menjamu selera, telefon bimbitku berbunyi. Ucapan ulangtahun dari teman. Aku🙂 sendiri. Pulang ke rumah sekali lagi telefon bimbitku berbunyi. Ucapan selamat menyambut Ramadhan dari teman yang sudah tahun kedua kukenali. Walaupun hanya sekadar di alam maya tetapi hubungan yang cukup akrab di antara kami membolehkan kami berkongsi masalah dan kisah kehidupan. Terima kasih teman-temanku. Doakan aku agar menjadi mentari yang mampu memberi sinar dalam kehidupan orang lain….

4 responses

  1. humaira

    Assalamualaikumwbh,

    Selamat Hari Lahir Zahra, semoga Rahmat dan KasihNYA sentiasa menjadi milikmu, insyaállah.
    Smoga Allah swt menguatkan rohani dan jasmani kita sentiasa yang sentiasa bermuhasabah cintaNYA setiap hari…….. yang bisa menjadi penawar dosa dan khilaf kita, ameen:).

    September 8, 2008 at 1:15 am

  2. wa alaykumussalam wbt…..
    maaf, sebetulnya bukan ulangtahun kelahiran, tetapi ulangtahun pernikahan.🙂

    September 8, 2008 at 5:32 am

  3. humaira

    Alhamdulillah, masyaállah, tumpang bahagia dengan ulangtahun zahra ini…

    September 8, 2008 at 9:17 am

  4. 🙂

    September 8, 2008 at 12:23 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s