"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Archive for Oktober, 2008

nota buat hati

Buat hati,

Hari ini aku hanya dapat merenung hari. Entahlah. Mungkin kerana kau kurang berzikir hari ini. Itulah sebabnya aku muram. Aku tertanya tanya pada dirimu. Soalan yang selalu berpusar di lidahku. Adakah kau benar-benar telah mengikhlaskan semuanya hari ini?

Allah sayang. Itu sebab dititipkan ujian buat kita. Jadi, kau jangan bermuram. Banyakkan bersyukur kerana masih ada lagi yang lebih dahsyat nasibnya di luar sana. Kau jangan sesekali menyesali keadaan. Jangan sesekali berputus asa dari rahmatNya. Kau dijadikan bersih. Kau tahu mana yang baik dan mana yang buruk.

Please hati, jangan kau bawa diriku sekali di dalam kemusnahan….

Advertisements

Siapa yang keliru… jangan dibutakan dengan kekeliruanmu!

Hati hati manusia itu sering keliru. Ada sahaja yang tidak pernah cukup dan selalu tidak berpuas hati atas apa yang ada. Sering tidak tahu memilih dalam ribuan pilihan yang ada di hadapan mata.

Kerana keliru manusia itu sering tersalah. Apa yang dipilih tidak seperti yang diingini. Tiba tiba manusia menjadi buta. Buta!

Pulanglah, semoga kau celik kembali….


##kasihsejatiyangselaludihati##

dua hari yang lalu saya mendapat hadiah yang tidak disangka sangka. syukur, Allah kasihan lagi padaku. terima kasih ya Allah atas pemberianMu!

Petang semalam saya diberi ujian pula. kesakitan yang teramat sangat hingga terpaksa ke klinik untuk mendapatkan rawatan. terlantar sepanjang malam dengan keadaan yang sungguh tidak menyenangkan. Ya Allah, segalanya tak mampu aku fahami….

apa pun yang Kau berikan, Kau tetap kasih sejati….


BOY

BOY yang telah genap seminggu saya kutip sudah mula membiasakan diri dengan dua lagi kucing saya, Karina dan Fifi. Berlari ke sana sini. Semuanya mahu dilanggar. Lucu sekali. Paling seronok apabila sesi menyusukan BOY dengan susu kucing. Hampir putus puting botol susu digigitnya! Seminggu pertama ini sifat BOY yang paling ketara yang kulihat ialah BOY suka menggigit dan sangat aktif. Tidak suka diletakkan di cage dan sangat suka menjerit.:))


Kerana aku bukan pilihan?

Ada sahaja yang tidak kena dimatamu

Ada sahaja yang salah di fikiranmu

Adakah kerana aku bukan pilihan?


Kala tawa mengganti duka… mendung di hati bertukar cerah…

Sejuk hati hari ini. Kala turun ke tingkat bawah menuju ke tempat parking kenderaan di kawasan apartmen, saya terasa ingin menjengah ke PETI MAUT aka peti surat. Setelah membuka peti surat milik saya, saya terdengar bunyi teriakan kucing. aneh, di atas peti surat tiada apa apa. Saya pun cuba membuka satu demi satu peti surat yang tidak berkunci dengan harapan akan menjumpai dari mana datangnya arah bunyi kucing tersebut. Akhirnya, apa yang saya fikirkan terjadi! Seekor anak kucing yang sungguh gemuk saya temui di dalam salah satu peti surat. Bagaimana dia boleh berada di situ dan siapa yang meletakkannya, semua itu di luar bidang fikiran saya. Niat untuk ke majlis walimah tertangguh seketika. Saya bawa anak kucing itu naik ke atas dan saya letakkan di dalam cage.

Perjalanan ke walimah diteruskan. Menikmati hidangan dalam suasana kenduri perkahwinan yang sungguh sederhana. Saya tenang… Duka di hati bertukar tawa, mendung di hati bertukar cerah. Kucing yang saya namakan BOY akan menjadi pengubat hati saya..