"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Kala tawa mengganti duka… mendung di hati bertukar cerah…

Sejuk hati hari ini. Kala turun ke tingkat bawah menuju ke tempat parking kenderaan di kawasan apartmen, saya terasa ingin menjengah ke PETI MAUT aka peti surat. Setelah membuka peti surat milik saya, saya terdengar bunyi teriakan kucing. aneh, di atas peti surat tiada apa apa. Saya pun cuba membuka satu demi satu peti surat yang tidak berkunci dengan harapan akan menjumpai dari mana datangnya arah bunyi kucing tersebut. Akhirnya, apa yang saya fikirkan terjadi! Seekor anak kucing yang sungguh gemuk saya temui di dalam salah satu peti surat. Bagaimana dia boleh berada di situ dan siapa yang meletakkannya, semua itu di luar bidang fikiran saya. Niat untuk ke majlis walimah tertangguh seketika. Saya bawa anak kucing itu naik ke atas dan saya letakkan di dalam cage.

Perjalanan ke walimah diteruskan. Menikmati hidangan dalam suasana kenduri perkahwinan yang sungguh sederhana. Saya tenang… Duka di hati bertukar tawa, mendung di hati bertukar cerah. Kucing yang saya namakan BOY akan menjadi pengubat hati saya..

10 responses

  1. Alhamdulillah awak telah selamatkan kucing itu. Semoga kehadiran BOY memberi cahaya baru dlm hidup awak.

    Oktober 12, 2008 at 1:10 pm

  2. Alhamdulillah BOY sihat hari ini, masih menyesuaikan diri dengan dua lagi kucing saya, Fifi dan kArina.

    Oktober 12, 2008 at 5:34 pm

  3. Salam.

    Syukran melawat blog ana. Lama juga nti menghilang dari rumah (blog) nti aritu kan? Apa pun, selamat menulis kembali. Semoga Allah merahmati dan dikurinai istiqamah.

    “TaqabalaLlahu minna wa minkum”

    Salam ‘idul-fitr.

    Oktober 12, 2008 at 6:48 pm

  4. salam. afwan. sudah kembali blogging.

    Oktober 13, 2008 at 3:12 pm

  5. Salam ziarah ya ukhti..

    Kalau ada masa datanglah berkunjung ke blog ana ya:) blh sama2 tukar link..

    Oktober 14, 2008 at 2:23 am

  6. Salam. insya Allah.

    Oktober 16, 2008 at 1:31 am

  7. Salam,
    30 Ogos 1986 saya balik ke Malaysia dan meninggalkan seekor kucing yg dinamakan Filix pada warden Malaysia Hall, Birmingham. Sampai kini saya masih terkenangkannya.
    Salam.

    Oktober 16, 2008 at 9:56 am

  8. Salam Pakcik,
    Kenangan saya dengan semua kucing2 yang pernah saya jaga tak pernah saya lupa. Entah kenapa saya sangat sayangkan kucing.

    Oktober 16, 2008 at 4:22 pm

  9. sevendayzweekend

    sifat kekucingan ada pada dirimu kuterfikir…

    November 5, 2008 at 4:18 pm

  10. bukan sifat kekucingan tapi sifat sayangkan kucing….:)

    November 5, 2008 at 11:00 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s