"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

nota buat hati

Buat hati,

Hari ini aku hanya dapat merenung hari. Entahlah. Mungkin kerana kau kurang berzikir hari ini. Itulah sebabnya aku muram. Aku tertanya tanya pada dirimu. Soalan yang selalu berpusar di lidahku. Adakah kau benar-benar telah mengikhlaskan semuanya hari ini?

Allah sayang. Itu sebab dititipkan ujian buat kita. Jadi, kau jangan bermuram. Banyakkan bersyukur kerana masih ada lagi yang lebih dahsyat nasibnya di luar sana. Kau jangan sesekali menyesali keadaan. Jangan sesekali berputus asa dari rahmatNya. Kau dijadikan bersih. Kau tahu mana yang baik dan mana yang buruk.

Please hati, jangan kau bawa diriku sekali di dalam kemusnahan….

8 responses

  1. salam ziarah…
    bersyukur apa yang ada leh membuatkan keimanan dalam diri terus bertambah..
    seronok baca entry saudari…

    Oktober 30, 2008 at 12:22 am

  2. Salam. Terima kasih atas ziarahnya.

    Oktober 31, 2008 at 7:29 pm

  3. humairazulkarnain

    Assalamualaikum zahra,

    Bersyukur sangat kerana memiliki ruang dan masa menatap blog zahra. Di kebelakangan ini, Humaira masih sibuk di Malaysia. Dapat anak buah baru…alhamdulillah.

    Semoga perjalanan kita dipermudahkanNYA….ameen.

    November 2, 2008 at 9:01 am

  4. Wa alaykumussalam wbt….
    Kebelakangan ini saya juga agak sibuk dengan peperiksaan di sekolah. Semoga kita diberikan ketenangan….. Ameen.

    November 2, 2008 at 10:33 am

  5. salam alayk..
    ana dulu ada penyakit hati. ubatnya al-mathurat atau manzil. kalau buku manzil tu, leh dapat di sri petaling rasanya. dulu pun , sahabat ana di uniten yang berikan. agak susah, lama2 ok..tambah lagi dengan qasidah..tenang je. masalah berat jadi ringan.

    p/s: maaf. ubat ni je ana tahu apabila merenung diri.

    November 6, 2008 at 12:47 pm

  6. salam alayk…. alhamdulillah saya memang membaca manzil dan al-ma’thurat.kalau istiqomah membacanya dengan izin Allah akan diberi kekuatan hati. Dengan ingat Allah saja hati akan jadi tenang..

    November 6, 2008 at 3:58 pm

  7. Salam Puan…
    Saya terjumpa puan di laman blog Prof Abd Wahab Arbain..

    November 6, 2008 at 9:05 pm

  8. Salam. saya suka masuk ke situ dan membaca catatan Prof Abd Wahab Arbain dan lebih selesa memanggilnya pakcik.:)

    November 7, 2008 at 6:48 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s