"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Archive for Mac, 2010

yang ikhlas itu di mana

Manusia yang ikhlas dan menerima seadanya manusia yang didampinginya agak sukar dicari di dunia ini. Insan yang menerima insan lain tanpa apa apa kepentingan. Sanggup menjaga dan mencintai setulus hati. Sanggup berkorban tanpa mengira apa yang akan terjadi. Mungkinkah ada antara insan seperti itu ada disekeliling kita?

Saya menempatkan diri jauh dari kesibukan kerja. Mengisi waktu yang ada dengan memikirkan tentang apa yang terbaik untuk waktu mendatang. Belajar untuk mengenali siapa diri saya yang sebenarnya. Adakah saya ini masih sanggup untuk mengikhlaskan diri pada tujuan kehidupan? Saya mencari erti keikhlasan.


ada apa dengan facebook?

Semua orang seronok dengan facebook sekarang. Saya? Saya tiada akaun facebook! jika anda terjumpa nama saya di dalam carian google anda, akaun Facebook tersebut bukanlah kepunyaan saya. Terima kasih.


berikan walau sedikit

Beberapa hari lepas kami berjalan jalan di Cold Storage Alamanda. terlihat sekumpulan manusia sedang duduk di bahagian tepi kedai sambil cuba untuk menggamit pengunjung di situ.Ada sesuatu yang menarik minat saya pada mereka.Mereka menerangkan kepada saya tentang statistik kanser! Dan berapa banyak yang diperlukan untuk merawatnya. Hati saya tertanya tanya. Jika saya ditakdirkan Allah swt terkena kanser dan terpaksa melalui pelbagai proses rawatan, bagaimana dengan hari hari depan saya? Adakah kanser seperti yang digambarkan ramai orang sebagai ‘Jalan Sehala’?

Petugas dari MAKNA itu benar benar membuatkan saya jatuh simpati. Nilai wang yang dilaburkan setiap bulan itu, walaupun sedikit tetapi sangat memberi erti kepada beribu pesakit kanser yang amat memerlukan bantuan. Lawati MAKNA untuk maklumat selanjutnya.