"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Archive for Januari, 2011

di mana nilai persahabatan…

Bismillahirrahmanirahim…

Sejak diserang demam minggu lepas banyak yang berlegar di dalam fikiran saya. Kerja yang banyak, kawan kawan yang tidak memahami, keadaan kesihatan yang belum pulih dan sebagainya. Yang paling utama, memikirkan tentang nilai persahabatan..

Mungkin Allah telah membuka hati saya untuk melihat dengan mata saya sendiri tentang apa yang saya maksudkan sebagai KAWAN atau SAHABAT. Siapa yang layak saya panggil sahabat dan siapa sebenarnya sahabat saya. Siapa yang sebenarnya sudi menerima saya di dalam keadaan yang paling teruk dan siapa yang sudi menghulurkan tangan di kala saya benar benar memerlukan. Siapa yang menerima saya tanpa apa apa syarat. Siapa yang menerima saya kerana diri saya, dan bukan kerana apa yang saya ada. Dan akhirnya Allah telahpun membuka hati saya untuk melihatnya.

Mungkin sukar untuk saya bertahan di dalam keadaan ini tanpa¬† kekuatan yang diberikan Allah. Sukar untuk saya memberitahu diri yang saya perlu bertahan dan terus bertahan. Moga Allah merubah hati mereka….

Advertisements

siapa kata senang

Bismillahirrahmanirrahim…

Siapa kata hidup ini senang? Nak makan dan minum pun banyak cabarannya.. nak buat baik pun kadangkala bukan mudah. Ada sahaja mulut yang akan berkata. Pendek kata semuanya bukan mudah. Jangan resah, buatlah apa yang kita rasakan perlu. Persetankan kata kata manusia sekeliling kerana kadangkala lebih banyak buruk dari baiknya apabila terlalu memikirkan kata kata orang di sekeliling kita. Tepuk dada, tanya iman!


senyum dan tawamu anak…

Masih tetap ada keyakinan di dalam hati, yang senyum dan tawamu akan hadir menghiasi hidupku yang cuma seketika ini…