"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

di mana nilai persahabatan…

Bismillahirrahmanirahim…

Sejak diserang demam minggu lepas banyak yang berlegar di dalam fikiran saya. Kerja yang banyak, kawan kawan yang tidak memahami, keadaan kesihatan yang belum pulih dan sebagainya. Yang paling utama, memikirkan tentang nilai persahabatan..

Mungkin Allah telah membuka hati saya untuk melihat dengan mata saya sendiri tentang apa yang saya maksudkan sebagai KAWAN atau SAHABAT. Siapa yang layak saya panggil sahabat dan siapa sebenarnya sahabat saya. Siapa yang sebenarnya sudi menerima saya di dalam keadaan yang paling teruk dan siapa yang sudi menghulurkan tangan di kala saya benar benar memerlukan. Siapa yang menerima saya tanpa apa apa syarat. Siapa yang menerima saya kerana diri saya, dan bukan kerana apa yang saya ada. Dan akhirnya Allah telahpun membuka hati saya untuk melihatnya.

Mungkin sukar untuk saya bertahan di dalam keadaan ini tanpa  kekuatan yang diberikan Allah. Sukar untuk saya memberitahu diri yang saya perlu bertahan dan terus bertahan. Moga Allah merubah hati mereka….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s