"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

DEENUL ISLAM

peritnya memendam perasaan

————————————–

Advertisements

looking for niqab?

Mencari niqab? email saya di zahraannur [at] gmail [dot] com !



ada apa dengan facebook?

Semua orang seronok dengan facebook sekarang. Saya? Saya tiada akaun facebook! jika anda terjumpa nama saya di dalam carian google anda, akaun Facebook tersebut bukanlah kepunyaan saya. Terima kasih.


berikan walau sedikit

Beberapa hari lepas kami berjalan jalan di Cold Storage Alamanda. terlihat sekumpulan manusia sedang duduk di bahagian tepi kedai sambil cuba untuk menggamit pengunjung di situ.Ada sesuatu yang menarik minat saya pada mereka.Mereka menerangkan kepada saya tentang statistik kanser! Dan berapa banyak yang diperlukan untuk merawatnya. Hati saya tertanya tanya. Jika saya ditakdirkan Allah swt terkena kanser dan terpaksa melalui pelbagai proses rawatan, bagaimana dengan hari hari depan saya? Adakah kanser seperti yang digambarkan ramai orang sebagai ‘Jalan Sehala’?

Petugas dari MAKNA itu benar benar membuatkan saya jatuh simpati. Nilai wang yang dilaburkan setiap bulan itu, walaupun sedikit tetapi sangat memberi erti kepada beribu pesakit kanser yang amat memerlukan bantuan. Lawati MAKNA untuk maklumat selanjutnya.


di taman cinta. pilihan dan harapan.

saya yang memilih . saya yang harus tahu mengemudikan jalan kehidupan ini. saya yang perlu memutuskan segalanya. saya yang harus bertanya pada Dia. kerana tanpa Dia hati saya tidak akan terbuka untuk membuat segala tindakan. saya yang memilih untuk tinggal di taman cinta ini. taman yang di mana ada saya dan dia. taman di mana saya diamanahkan untuk menjaga semua yang ada di dalamnya. saya cuma punya satu harapan. saya mahu terus gagah menjadikannya damai dan dingin… untuk penghidupan yang mendatang…


dia yang melengkapi

Saya rasa kurang bila dia tiada. Saya rasa sukar bila dia tiada. Saya rasa kekurangan. Tetapi saya selalu memarahi dia jika dia ada. Satu hari, dia pergi meninggalkan saya. Saya sesal kerana saya tidak tahu menghargai dirinya sewaktu dia ada. Dia hadir untuk melengkapkan kekurangan diri saya. Dia hadir untuk menjadikan saya sempurna. Kuat untuk mendepani hari hari mendatang. Dia yang selalu menghulurkan tangan sewaktu saya goyah dan hampir jatuh. Mengapa saya tidak boleh menjadi sepertinya?

Dia yang melengkapi hidup saya.


kelebihan selawat

Assalamu’alaykum wbt…

terima kasih kerana mengirimkan email ini kepada saya….

  1. Sekali selawat Allah akan membalas 10 kali selawat kepadanya.
  2. Doa yang disertakan dengan selawat akan diperkenankan atau dimakbulkan Allah.
  3. Mendapat syafaat dari Nabi Muhammad SAW.
  4. Allah dan para Malaikat membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW.
  5. Orang yang beriman ialah orang yang berselawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW.
  6. Orang yang berselawat akan mendapat tempat yang dekat dengan Nabi Muhammad SAW.
  7. Allah akan melimpah kurnia kepada orang yang berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.
  8. Orang yang berselawat ialah orang yang mewariskan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.
  9. Orang berselawat dapat membersihkan hati, jiwa, roh dan diri yang kotor dengan dosa dan maksiat yang berselaput dalam dada.
  10. Orang yang berselawat dicintai oleh Allah dan membuktikan ia cinta kepada Nabi Muhammad SAW.
  11. Orang yang berselawat akan dijauhkan dari segala dukacita dunia dan akhirat.
  12. Orang yang berselawat akan dimurahkan segala rezekinya yang tidak dijangka.
  13. Orang yang berselawat akan mendapat keberkatan diri dan keluarganya daripada Allah.
  14. Orang yang berselawat akan diingatkan mereka kembali daripada perkara yang mereka lupa.
  15. Orang yang berselawat akan ditingkatkan timbangan amal kebajikan mereka.
  16. Orang yang berselawat akan disayangi oleh orang-orang mukmin.
  17. Orang yang berselawat akan didekatkan dirinya dengan telaga haudh (telaga Rasulullah) dan dapat meminum airnya.

yang hijau


In The Womb

🙂


Meniti kehidupan

Kembali dan akan terus menulis selagi terdaya. . .

Tahun baru persekolahan dan anak anak yang penuh keletah amat melelahkan sekali sekala. Semoga semuanya berjalan dengan penuh indah dan meninggalkan hikmah.


Perasaan itu bertamu lagi kali ini. Entah mengapa aku merasakan kehampaan dan kesedihan yang teramat. Mungkin sudah hilang keikhlasan di dalam hati ini untuk menjadi yang terbaik.

Manusia selalu lupa akan apa yang ada disekelilingnya. Manusia tidak pernak belajar menghargai…..


menitip semangat baru

Minggu minggu yang meletihkan. Berulang alik ke hospital, menguruskan kerja yang sudah lama ditinggalkan dan macam macam perkara. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti yang direncanakan.

Esok akan meniupkan semangat baru untuk hidup yang lebih bermakna.

Terima kasih Dr Fatimah dari Hospital Serdang dan staff dewan bedah yang selalu menceriakan perasaan saya….


RIP Baby

RIP Baby: 27 May 2009


RIP Kimi….

RIP Kimi: 26 May 2009