"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Posts tagged “AFS

Mencari Eleonore

Di manakah Eleonore sekarang? Sudah beberapa tahun saya tidak berhubung dengannya. Sejak kedatangan terakhirnya ke Malaysia, saya sudah terputus hubungan dengannya. Adakah dia sudah mencapai apa yang diinginkannya iaitu untuk menjadi seorang peguam di Switzerland tempat lahirnya?

Kali pertama bertemu Eleonore adalah ketika hari pertama dia datang ke sekolah. Hampir setahun dia bersama kami, makan dan pakai apa yang kami makan dan pakai. Sampailah satu hari kami sempat berbual panjang. Kebetulan saya ditugaskan guru untuk menemuramahnya sempena hari kemerdekaan Switzerland. Satu perkataan yang dia amat bangga untuk meyebutnya di hadapan saya adalah nestle!

sebelum pulang ke Switzerland, kami sempat bertukar alamat dan berharap akan berhubung kembali suatu hari nanti. Selang beberapa tahun kemudian, Eleonore datang kembali ke Malaysia untuk bertemu keluarga angkatnya. Ternyata ketinggiannya masih seperti dulu. Malah sudah mampu untuk bertutur sepatah dua Bahasa Malaysia. Ternyata, Allah kabulkan doa saya untuk bertemu Eleonore semula. Kami pun membawa haluan masing-masing. Eleonore pulang ke Switzerland dan saya meneruskan pelajaran di sini.

Beberapa tahun kemudian, saya mencari dia kembali. Sudah agak lama saya mencari di laman web AFS, tetapi masih tidak mampu untuk menjejakinya. Ke mana dia Eleonore Maitre yang saya kenali dahulu?

Still waiting…..

Advertisements