"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Posts tagged “cinta

Tentang cinta

“Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedu sedan. Tetapi cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan.”

HAMKA.


***bila tiada cinta di hati #2***

Adakah cinta dan perasaan itu sesuatu yang sebentar dalam diri manusia? Adakah cinta dan perasaan itu akan datang, melekat dalam diri dan kemudian pergi seperti terbangnya lalang ditiup angin? Adakah perasaan dan cinta senang terlekat dan terpadam dalam kamus kehidupan manusia? Adakah cinta senang diungkap tatkala bahagia dan dilempar tatkala tidak diperlukan lagi?


pabila terlalu menyayangi….

dia sedih dengan kata kata pasangannya. Dia keliru mengapa pasangannya selalu mengeluarkan kata kata yang tidak enak didengar. Adakah pasangannya sudah mula dilanda kebosanan? Dia bukannya perempuan yang malas. Dia juga bukan perempuan yang tidak berguna. Apatah lagi yang tidak boleh diharap. Dia juga bukan perempuan yang tidak tahu menghargai.

Dia mahu terus diam dan berdoa di dalam hati agar pasangannya tidak lagi melakukan sesuatu yang menyakitkan. Dia terasa sakit dengan kata kata pedih yang keluar dari mulut pasangannya.  Dia terlalu menyayangi.


di taman cinta. pilihan dan harapan.

saya yang memilih . saya yang harus tahu mengemudikan jalan kehidupan ini. saya yang perlu memutuskan segalanya. saya yang harus bertanya pada Dia. kerana tanpa Dia hati saya tidak akan terbuka untuk membuat segala tindakan. saya yang memilih untuk tinggal di taman cinta ini. taman yang di mana ada saya dan dia. taman di mana saya diamanahkan untuk menjaga semua yang ada di dalamnya. saya cuma punya satu harapan. saya mahu terus gagah menjadikannya damai dan dingin… untuk penghidupan yang mendatang…


dia yang melengkapi

Saya rasa kurang bila dia tiada. Saya rasa sukar bila dia tiada. Saya rasa kekurangan. Tetapi saya selalu memarahi dia jika dia ada. Satu hari, dia pergi meninggalkan saya. Saya sesal kerana saya tidak tahu menghargai dirinya sewaktu dia ada. Dia hadir untuk melengkapkan kekurangan diri saya. Dia hadir untuk menjadikan saya sempurna. Kuat untuk mendepani hari hari mendatang. Dia yang selalu menghulurkan tangan sewaktu saya goyah dan hampir jatuh. Mengapa saya tidak boleh menjadi sepertinya?

Dia yang melengkapi hidup saya.


bila tiada cinta di hati…

manusia sering melakukan kebodohan apabila dilanda kekecewaan. Entah mengapa kala itu manusia seperti sudah tidak mampu untuk menimbang antara kebaikan dan keburukan.

Bila tiada cinta di hati, haruskan yang disayangi suatu masa dahlu ditinggalkan pergi?


~***menjadilah mentari bening pagi***~

Assalamu’alaykum wbt.

Semalam kami menghadiri iftar yang dianjurkan oleh sekolah tempat saya bekerja. Keadaan agak dingin di luar kerana hujan renyai sejak pagi. Gembira juga di hati kerana dapat bertemu dengan rakan sekerja dan keluarga mereka. Melihat keletah anak-anak teman yang lucu dan membahagiakan. Sejuk mata memandang. Sesekali gurau senda yang sederhana memecahkan kedinginan petang.

Sedang menjamu selera, telefon bimbitku berbunyi. Ucapan ulangtahun dari teman. Aku 🙂 sendiri. Pulang ke rumah sekali lagi telefon bimbitku berbunyi. Ucapan selamat menyambut Ramadhan dari teman yang sudah tahun kedua kukenali. Walaupun hanya sekadar di alam maya tetapi hubungan yang cukup akrab di antara kami membolehkan kami berkongsi masalah dan kisah kehidupan. Terima kasih teman-temanku. Doakan aku agar menjadi mentari yang mampu memberi sinar dalam kehidupan orang lain….


aku lihat kau pergi…

Pagi itu Halimah sakit tenat. Muntah yang teruk serta mengadu sakit di dalam perut. Dengan kudrat yang diberikan Allah swt, Halimah dikejarkan ke hospital oleh ambulans bertemankan suaminya, Ahmad. Entah mengapa Ahmad merasakan sesuatu yang kurang baik akan berlaku, tetapi dia tetap berfikiran positif bahawa isteri kesayangannya itu akan segera sembuh dan akan keluarari hospital. Di dalam ambulan, Ahmad hanya mampu berdoa dan bertawakkal pada Allah. Tiada apa yang mampu dilakukannya. Hendak menentukan apa sakit yang dideritai Halimah, Ahmad tiada kepakaran apatah lagi hendak menentukan rawatan apa yang sesuai untuk mengubati isteri tersayang.

   Sampai di hospital, doktor segera melakukan pemeriksaan. Malangnya doktor masih belum mampu menentukan jenis penyakit yang dideritai Halimah. Halimah dimasukkan ke wad dan dipantau jururawat bertugas. Setiap beberapa minit Halimah menjerit kesakitan. Ahmad hampir menangis melihat keadaan isterinya. Tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan.

  Beberapa jam berlalu, tiba-tiba kedengaran suara Halimah menjerit. Halimah mengatakan yang dia amat haus dan lapar. Ahmad cuba untuk menyuakan sesudu air untuk Halimah. Tidak lama kemudian keadaan Halimah menjadi kian tenat dan Ahmad memanggil semula doktor untuk memeriksa Halimah.

  Sementara Halimah diperiksa, Ahmad membacakan ayat-ayat suci al-Quran sambil matanya bergenang dengan air mata. Tidak mampu lagi untuk dia menahan semua seksaan yang dialami Halimah. Jika dapat untuk dia menggantikan Halimah juga dia sanggup. Bacaan Ahmad semakin kuat setiap kali deru nafas Halimah kedengaran semakin melaju.

  Tidak lama kemudian, doktor berhenti dari memeriksa Halimah. Ahmad sedar waktunya telah tiba. Wajah Ahmad bertukar pucat. Wajah doktor yang merenungnya memberikannya jawapan tentang apa yang bakal dikatakannya. doktor menyuruh Ahmad bersedia untuk segala kemungkinan. Ahmad tidak berganjak dari katil Halimah. Terus menerus membacakan ayat-ayat suci Al-quran. Keadaan di wad kelas 3 itu menjadi sayu. Saudara- mara yang mula datang memenuhi katil sambil membacakan Al-Quran.

  Allah amat menyayangi Halimah. Tika Ahmad sedang membisikkan syahadah ke telinga Halimah, Halimah menghembuskan nafas terakhir dengan tenang. Ahmad bangun dan memeluk tiang dan tumbang di situ juga. Kedengaran nafas tangisan yang sayu. Penghuni hospital yang menyaksikan tragedi itu hanya mampu menangis.

  Belahan jiwa yang bersama setiap ketika sebelum ini telahpun pergi meninggalkan Ahmad sendirian…

    * Berdasarkan kisah benar yang saya alami ketika di hospital.


Menemui sang pendamping…^_^

  Asssalamualaykum wbt….
Mata mulai terbuka dan hari baru telah muncul kembali.Umur telah meningkat sehari lagi dan dengan usia yang ada pastinya telah memunculkan pelbagai keinginan yang tidak berpenghujung.
    Kudus kasih Ilahi kerana telah menciptakan tiap manusia itu berpasangan…. Sesuatu yang telah menjadi keinginan tiap manusia, ingin mencari pendamping diri. Sedangkan Adam yang tinggal di syurga yang penuh nikmat itu terasa sunyi kerana tiada berteman, inikan pula kita manusia biasa. Kerana itu terciptanya sang pendamping buat Adam iaitu Hawa yang berasal dari rusuk kirinya.
“Manusia hawa dijadikan daripada tulang rusuk manusia adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan dari kakinya untuk dijadikan alas, tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat dengan hatinya utnuk dicintai”
    Sedang umur sudah mula meningkat dan ketika diri melihat seorang demi seorang sahabat seperjuangan membina keluarga, diri ini masih sendiri. Mencari cari siapakah tuan pemilik bagi diri ini. Hati tertanya tanya,siapakah yang  layak buat diri yang serba kurang ini dan siapa  yang mampu menerima diri ini seadanya. Kerana diri ini adalah insan biasa dan  ingin mencari insan biasa juga.Manakan mungkin diri ini  mendambakan insan setampan Yusuf sedangkan diri tidak  secantik Zulaikha…Terlalu banyak khilaf diri ini….
     Siapa dan di mana,bagaimana dan bila…

    Muncullah pendamping diriku, diri ini masih ternanti nanti….

 

p/s: Dah berjumpa jawapan….


Di mana tertumpah cinta….

Di hati, saya selalu berdoa, agar ditumpahkan kasih saya buat semua yang menyayangi saya, yang selalu mendoakan saya, yang selalu mencintai saya. Yang selalu berada di sisi saya tatkala saya bersedih dan menangis, tatkala saya diserang kesakitan yang kuat, tatkala saya dibaluti kegelisahan dan kemurungan.

 

Langit indah yang ingin kupandang hari esok sambil berdoa …. ” Semoga kau selalu bahagia!”