"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Posts tagged “hati

nota buat hati

Buat hati,

Hari ini aku hanya dapat merenung hari. Entahlah. Mungkin kerana kau kurang berzikir hari ini. Itulah sebabnya aku muram. Aku tertanya tanya pada dirimu. Soalan yang selalu berpusar di lidahku. Adakah kau benar-benar telah mengikhlaskan semuanya hari ini?

Allah sayang. Itu sebab dititipkan ujian buat kita. Jadi, kau jangan bermuram. Banyakkan bersyukur kerana masih ada lagi yang lebih dahsyat nasibnya di luar sana. Kau jangan sesekali menyesali keadaan. Jangan sesekali berputus asa dari rahmatNya. Kau dijadikan bersih. Kau tahu mana yang baik dan mana yang buruk.

Please hati, jangan kau bawa diriku sekali di dalam kemusnahan….

Advertisements

Menemui sang pendamping…^_^

  Asssalamualaykum wbt….
Mata mulai terbuka dan hari baru telah muncul kembali.Umur telah meningkat sehari lagi dan dengan usia yang ada pastinya telah memunculkan pelbagai keinginan yang tidak berpenghujung.
    Kudus kasih Ilahi kerana telah menciptakan tiap manusia itu berpasangan…. Sesuatu yang telah menjadi keinginan tiap manusia, ingin mencari pendamping diri. Sedangkan Adam yang tinggal di syurga yang penuh nikmat itu terasa sunyi kerana tiada berteman, inikan pula kita manusia biasa. Kerana itu terciptanya sang pendamping buat Adam iaitu Hawa yang berasal dari rusuk kirinya.
“Manusia hawa dijadikan daripada tulang rusuk manusia adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan dari kakinya untuk dijadikan alas, tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat dengan hatinya utnuk dicintai”
    Sedang umur sudah mula meningkat dan ketika diri melihat seorang demi seorang sahabat seperjuangan membina keluarga, diri ini masih sendiri. Mencari cari siapakah tuan pemilik bagi diri ini. Hati tertanya tanya,siapakah yang  layak buat diri yang serba kurang ini dan siapa  yang mampu menerima diri ini seadanya. Kerana diri ini adalah insan biasa dan  ingin mencari insan biasa juga.Manakan mungkin diri ini  mendambakan insan setampan Yusuf sedangkan diri tidak  secantik Zulaikha…Terlalu banyak khilaf diri ini….
     Siapa dan di mana,bagaimana dan bila…

    Muncullah pendamping diriku, diri ini masih ternanti nanti….

 

p/s: Dah berjumpa jawapan….