"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Posts tagged “kawan

memilih jalan kehidupan

 

Kawan kawan di sekeliling selalu silih berganti. Datang dan pergi umpama lalang yang terbang ditiup angin. Tidak pernah tetap. Tetapi ingatan dan perasaan akan tetap di dalam hati dan nurani. Ada yang akan pergi jauh mengikuti suami. Ada yang akan pergi selamanya dari dunia ini. Ada yang akan mencari haluan baru dalam kehidupan. Semuanya adalah untuk kelangsungan hidup. Hidup yang kian mendesak memaksa ramai manusia mencari sesuatu yang lebih memberikan keuntungan pada diri mereka. Samada mencari arah yang baik atau sebaliknya. Tidak kiralah ianya baik atau tidak, semuanya akan memberikan kesan dalam hidup. Mungkinkah apa yang dilakukan ini bukanlah yang terbaik dalam hidup? Mungkinkah akan ada lagi yang lebih baik dan sempurna?  perlukah kita mencarinya di saat kita merasakan sekitar kita ini penuh dengan derita dan sengsara?

Advertisements

jangan kau bersedih wahai hati

Jangan kau bersedih jika selalu tersisih.Kerana bukan kau sahaja yang ditimpa malang. Ingatilah para Rasul mulia yang deritanya jauh lebih hebat darimu. Dalam derita masih mampu gembira. Janganlah disedihkan hatimu…