"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Posts tagged “kucing

Makcik Rokiah tiada lagi

Mungkin dia yang saya kenali lebih setahun yang lalu hanya seorang manusia yang dari jutaan yang tidak meninggalkan kesan dalam hati manusia sejagat. Tetapi dia meninggalkan kesan di hati saya.  Memeluk Islam dan duduk terpinggir menjadi gelandangan yang tidak berumah. Pernah juga sesekali kami terlihat dia di Puduraya dengan tujuan yang tidak pasti. Mengutip sisa makanan dari tong sampah KFC untuk memberikan kucing peliharaannya makan. Tiada pendapatan tetap dan tiada sesiapa peduli.

Dia sangat menyayangi binatang dan menjadikan kawasan tandas tempatnya melepaskan lelah sebagai rumah binatang kesayangan Nabi Muhammad Saw tersebut. dengan usia yang menginjak senja, dia sering diserang kesakitan yang tidak mampu ditahan. Setelah beberapa lama tidak melawat beliau, kami datang dengan niat untuk bertanya khabar, tetapi khabar yang hiba menyambut kedatangan kami. Suaminya memberi khabar yang dia sudahpun meninggal dunia beberapa hari yang lepas.

Semoga Makcik Rokiah tergolong di dalam golongan manusia yang beriman.  Tiada lagi perempuan tua yang setia tidur di kaki lima bangunan bank dan pemberi makan yang setia kepada lebih 20 ekor kucing tidak bertuan di pasar Kajang.


Karina in da house

pc250077


BOY

BOY yang telah genap seminggu saya kutip sudah mula membiasakan diri dengan dua lagi kucing saya, Karina dan Fifi. Berlari ke sana sini. Semuanya mahu dilanggar. Lucu sekali. Paling seronok apabila sesi menyusukan BOY dengan susu kucing. Hampir putus puting botol susu digigitnya! Seminggu pertama ini sifat BOY yang paling ketara yang kulihat ialah BOY suka menggigit dan sangat aktif. Tidak suka diletakkan di cage dan sangat suka menjerit.:))


Kala tawa mengganti duka… mendung di hati bertukar cerah…

Sejuk hati hari ini. Kala turun ke tingkat bawah menuju ke tempat parking kenderaan di kawasan apartmen, saya terasa ingin menjengah ke PETI MAUT aka peti surat. Setelah membuka peti surat milik saya, saya terdengar bunyi teriakan kucing. aneh, di atas peti surat tiada apa apa. Saya pun cuba membuka satu demi satu peti surat yang tidak berkunci dengan harapan akan menjumpai dari mana datangnya arah bunyi kucing tersebut. Akhirnya, apa yang saya fikirkan terjadi! Seekor anak kucing yang sungguh gemuk saya temui di dalam salah satu peti surat. Bagaimana dia boleh berada di situ dan siapa yang meletakkannya, semua itu di luar bidang fikiran saya. Niat untuk ke majlis walimah tertangguh seketika. Saya bawa anak kucing itu naik ke atas dan saya letakkan di dalam cage.

Perjalanan ke walimah diteruskan. Menikmati hidangan dalam suasana kenduri perkahwinan yang sungguh sederhana. Saya tenang… Duka di hati bertukar tawa, mendung di hati bertukar cerah. Kucing yang saya namakan BOY akan menjadi pengubat hati saya..


gambar hari ini…