"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Posts tagged “sahabat

siapa sahabat itu…

tiada siapa yang sudi menghantar saya hari ini…. mungkin itu kata yang paling sesuai untuk saya ungkapkan.

adakah sahabat yang ada di sekeliling kita itu adalah benar benar sahabat hinggalah kita mengujinya samada dia benar benar sahabat atau bukan?

adakah dia sahabat di kala senang saja? atau dia benar benar sahabat di kala kita sedang kesusahan? adakah dia selalu di sisi kita setiap kali kita gembira atau hanya menyisihkan diri tatkala kita berduka? adakah dia sahabat jika dia hanya mendengar kita tertawa dan adakah dia sahabat yang mampu menyeka air mata kita dari jatuh berderaian ke tanah?

siapakah sahabat itu?

Advertisements

~***menjadilah mentari bening pagi***~

Assalamu’alaykum wbt.

Semalam kami menghadiri iftar yang dianjurkan oleh sekolah tempat saya bekerja. Keadaan agak dingin di luar kerana hujan renyai sejak pagi. Gembira juga di hati kerana dapat bertemu dengan rakan sekerja dan keluarga mereka. Melihat keletah anak-anak teman yang lucu dan membahagiakan. Sejuk mata memandang. Sesekali gurau senda yang sederhana memecahkan kedinginan petang.

Sedang menjamu selera, telefon bimbitku berbunyi. Ucapan ulangtahun dari teman. Aku 🙂 sendiri. Pulang ke rumah sekali lagi telefon bimbitku berbunyi. Ucapan selamat menyambut Ramadhan dari teman yang sudah tahun kedua kukenali. Walaupun hanya sekadar di alam maya tetapi hubungan yang cukup akrab di antara kami membolehkan kami berkongsi masalah dan kisah kehidupan. Terima kasih teman-temanku. Doakan aku agar menjadi mentari yang mampu memberi sinar dalam kehidupan orang lain….