"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Posts tagged “siapa memberi apa

siapa memberi apa

Mungkin kita pernah melihat orang orang yang sedang ditimpa kesusahan di dalam perjalanan kita. Orang mengalami kemalangan, orang tidak berkenderaan yang terpaksa berjalan jauh, malahan orang orang yang mungkin tidak berumah yang merayau rayau mencari makanan.

Mungkin ketika kita sedang makan makanan yang enak, kelihatan melalui cermin restoran seorang anak kecil yang sedang terliur melihat makanan. Mungkin juga akan ada orang yang tidak berkemampuan seperti kita yang hanya menjamu mata di cermin terbuka.

Mungkin ketika kita sedang bekerja, kita melihat teman-teman yang sedang dihimpit kesukaran. Tertekan dek masalah kehidupan. Melihat keadaan manusia yang entah seperti apa.

Semua itu kadangkala membuatkan hati kita terlintas untuk berkata:

“Kasihan….”

Tetapi sejauh mana kata-kata dapat mengubah keadaan?

Siapakah kita untuk memberikan apa yang diingini makhluk sepatutnya?