"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Posts tagged “tangis

Ada apa dengan matamu?

Saya tidak pernah mendapat soalan ini daripada sesiapa, walaupun banyak lagi soalan soalan yang lebih ‘berbunga’ yang pernah saya terima sewaktu menghadiri Bengkel Penulis Muda Johor beberapa tahun lepas. Antara kenangan indah yang pernah saya miliki bersama mentor menulis saya ketika itu, Allahyarham Dr Hj Othman Puteh. Saya masih menyimpan buku tulisan beliau yang ditandatangani beliau sewaktu 3 hari kami berkampung di Yayasan Warisan Johor.

“Malam ini Penyu Menangis dan Malam Ini Phildelphia Menangis adalah karya siapa?”

Dua tajuk yang hampir serupa tetapi ditulis oleh dua penulis yang berlainan usia. Kenangan ini membuatkan semangat saya untuk menulis kembali hadir. saya rindu untuk menajamkan kembali minda saya….

kembali dengan Ada Apa Dengan Matamu…

Kata seseorang padaku hari ini:

“I can see a sadness in your eyes,”

saya bertanya kembali,

“Betulkah kita boleh merasakan kesedihan orang hanya dengan melihat mata?”

Saya tidak tahu, saya tidak pernah memikirkan tentang ini. Bagaimana denganmu?

Advertisements

La Tahzan! Innallaha ma’ana…

Beberapa kali airmata tidak dapat diseka dari pelupuk mata. Ampunkan hambaMu Ya Allah! Mungkin ada perlakuan yang tidak patut aku lakukan selama ini hingga menyebabkan aku berperasaan begini. Sayu dan pelbagai perasaan masih lagi bersarang di hati. Mendengar alunan qari kegemaranku, Sheikh Misyari Al-Efasy sedikit sebanyak mententeramkan jiwa. Hati dan jiwa seolah olah berterbangan jauh.

Hadiah dari teman tersayang kurenung sejak pagi. Sudah agak lama kandungannya tidak aku belek dan baca. Dia selalu berkata padaku agar jangan bersedih. Dia yang selalu memelukku tatkala aku menangis. Dia yang selalu ada di sampingku tatkala aku sendiri. Dia yang dititipkan Allah  buatku sebagai sahabat sejati.

La tahzan… Innallaha ma’ana!

“Maka hendaklah mereka sedikit tertawa dan banyak menangis sebagai pembalasan dari apa yang mereka telah kerjakan.”

At-Taubah ayat 82