"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Posts tagged “walimah

Kala tawa mengganti duka… mendung di hati bertukar cerah…

Sejuk hati hari ini. Kala turun ke tingkat bawah menuju ke tempat parking kenderaan di kawasan apartmen, saya terasa ingin menjengah ke PETI MAUT aka peti surat. Setelah membuka peti surat milik saya, saya terdengar bunyi teriakan kucing. aneh, di atas peti surat tiada apa apa. Saya pun cuba membuka satu demi satu peti surat yang tidak berkunci dengan harapan akan menjumpai dari mana datangnya arah bunyi kucing tersebut. Akhirnya, apa yang saya fikirkan terjadi! Seekor anak kucing yang sungguh gemuk saya temui di dalam salah satu peti surat. Bagaimana dia boleh berada di situ dan siapa yang meletakkannya, semua itu di luar bidang fikiran saya. Niat untuk ke majlis walimah tertangguh seketika. Saya bawa anak kucing itu naik ke atas dan saya letakkan di dalam cage.

Perjalanan ke walimah diteruskan. Menikmati hidangan dalam suasana kenduri perkahwinan yang sungguh sederhana. Saya tenang… Duka di hati bertukar tawa, mendung di hati bertukar cerah. Kucing yang saya namakan BOY akan menjadi pengubat hati saya..