"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Archive for Ogos, 2010

Tentang cinta

“Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedu sedan. Tetapi cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan.”

HAMKA.


***bila tiada cinta di hati #2***

Adakah cinta dan perasaan itu sesuatu yang sebentar dalam diri manusia? Adakah cinta dan perasaan itu akan datang, melekat dalam diri dan kemudian pergi seperti terbangnya lalang ditiup angin? Adakah perasaan dan cinta senang terlekat dan terpadam dalam kamus kehidupan manusia? Adakah cinta senang diungkap tatkala bahagia dan dilempar tatkala tidak diperlukan lagi?


pabila terlalu menyayangi….

dia sedih dengan kata kata pasangannya. Dia keliru mengapa pasangannya selalu mengeluarkan kata kata yang tidak enak didengar. Adakah pasangannya sudah mula dilanda kebosanan? Dia bukannya perempuan yang malas. Dia juga bukan perempuan yang tidak berguna. Apatah lagi yang tidak boleh diharap. Dia juga bukan perempuan yang tidak tahu menghargai.

Dia mahu terus diam dan berdoa di dalam hati agar pasangannya tidak lagi melakukan sesuatu yang menyakitkan. Dia terasa sakit dengan kata kata pedih yang keluar dari mulut pasangannya.  Dia terlalu menyayangi.


terduga lagi

Terduga kembali dengan viral fever yang menyakitkan. Dan segala kerja kerja yang tergendala. Sudah tidak sabar dengan mood hari raya atau sudah lelah dengan suasana kerja yang menekan? Tidak sabar mahu menghijaukan mata….


~***menjadi bidadari***~

Akhir akhir ini banyak yang menjadi isu dalam kehidupan sehari hari. Ada saja yang menjadi punca perasaan menjadi gundah. Bagaimana ingin menanam dalam diri yang semuanya akan baik baik sahaja. Bagaimana ingin menjadi bidadari di hatinya… yang akan selalu membahagiakan dan mendamaikan perasaan….


Menangislah …
Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa air mata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di duni
a



siapa celaru


Kadangkala kecelaruan sering menghantui diri. Yang gundah selalu berbisik di dalam hati. Yang buruk selalu menjadi hiasan perasaan. Harus diingat, perasaan yang buruk itu mainan syaitan… bukankah syaitan yang selalu inginkan manusia binasa?


JANGAN CEPAT MENGALAH DENGAN DUGAANNYA!