"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Posts tagged “nurani

kelebihan selawat

Assalamu’alaykum wbt…

terima kasih kerana mengirimkan email ini kepada saya….

  1. Sekali selawat Allah akan membalas 10 kali selawat kepadanya.
  2. Doa yang disertakan dengan selawat akan diperkenankan atau dimakbulkan Allah.
  3. Mendapat syafaat dari Nabi Muhammad SAW.
  4. Allah dan para Malaikat membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW.
  5. Orang yang beriman ialah orang yang berselawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW.
  6. Orang yang berselawat akan mendapat tempat yang dekat dengan Nabi Muhammad SAW.
  7. Allah akan melimpah kurnia kepada orang yang berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.
  8. Orang yang berselawat ialah orang yang mewariskan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.
  9. Orang berselawat dapat membersihkan hati, jiwa, roh dan diri yang kotor dengan dosa dan maksiat yang berselaput dalam dada.
  10. Orang yang berselawat dicintai oleh Allah dan membuktikan ia cinta kepada Nabi Muhammad SAW.
  11. Orang yang berselawat akan dijauhkan dari segala dukacita dunia dan akhirat.
  12. Orang yang berselawat akan dimurahkan segala rezekinya yang tidak dijangka.
  13. Orang yang berselawat akan mendapat keberkatan diri dan keluarganya daripada Allah.
  14. Orang yang berselawat akan diingatkan mereka kembali daripada perkara yang mereka lupa.
  15. Orang yang berselawat akan ditingkatkan timbangan amal kebajikan mereka.
  16. Orang yang berselawat akan disayangi oleh orang-orang mukmin.
  17. Orang yang berselawat akan didekatkan dirinya dengan telaga haudh (telaga Rasulullah) dan dapat meminum airnya.

letakkan sabar di hatiku…

Sudah lama catatan tidak terisi. Sibukkah atau sudah tidak ada apa apa yang mampu ditulis? Ya Allah, letakkan sabar di hatiku untuk menghadapi semua ini…


~***menjadilah mentari bening pagi***~

Assalamu’alaykum wbt.

Semalam kami menghadiri iftar yang dianjurkan oleh sekolah tempat saya bekerja. Keadaan agak dingin di luar kerana hujan renyai sejak pagi. Gembira juga di hati kerana dapat bertemu dengan rakan sekerja dan keluarga mereka. Melihat keletah anak-anak teman yang lucu dan membahagiakan. Sejuk mata memandang. Sesekali gurau senda yang sederhana memecahkan kedinginan petang.

Sedang menjamu selera, telefon bimbitku berbunyi. Ucapan ulangtahun dari teman. Aku 🙂 sendiri. Pulang ke rumah sekali lagi telefon bimbitku berbunyi. Ucapan selamat menyambut Ramadhan dari teman yang sudah tahun kedua kukenali. Walaupun hanya sekadar di alam maya tetapi hubungan yang cukup akrab di antara kami membolehkan kami berkongsi masalah dan kisah kehidupan. Terima kasih teman-temanku. Doakan aku agar menjadi mentari yang mampu memberi sinar dalam kehidupan orang lain….


Menemui sang pendamping…^_^

  Asssalamualaykum wbt….
Mata mulai terbuka dan hari baru telah muncul kembali.Umur telah meningkat sehari lagi dan dengan usia yang ada pastinya telah memunculkan pelbagai keinginan yang tidak berpenghujung.
    Kudus kasih Ilahi kerana telah menciptakan tiap manusia itu berpasangan…. Sesuatu yang telah menjadi keinginan tiap manusia, ingin mencari pendamping diri. Sedangkan Adam yang tinggal di syurga yang penuh nikmat itu terasa sunyi kerana tiada berteman, inikan pula kita manusia biasa. Kerana itu terciptanya sang pendamping buat Adam iaitu Hawa yang berasal dari rusuk kirinya.
“Manusia hawa dijadikan daripada tulang rusuk manusia adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan dari kakinya untuk dijadikan alas, tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat dengan hatinya utnuk dicintai”
    Sedang umur sudah mula meningkat dan ketika diri melihat seorang demi seorang sahabat seperjuangan membina keluarga, diri ini masih sendiri. Mencari cari siapakah tuan pemilik bagi diri ini. Hati tertanya tanya,siapakah yang  layak buat diri yang serba kurang ini dan siapa  yang mampu menerima diri ini seadanya. Kerana diri ini adalah insan biasa dan  ingin mencari insan biasa juga.Manakan mungkin diri ini  mendambakan insan setampan Yusuf sedangkan diri tidak  secantik Zulaikha…Terlalu banyak khilaf diri ini….
     Siapa dan di mana,bagaimana dan bila…

    Muncullah pendamping diriku, diri ini masih ternanti nanti….

 

p/s: Dah berjumpa jawapan….