"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Posts tagged “memori

***~~Raya lagi~~***

Alhamdulillah, Humaira teman saya sudah selamat sampai di Malaysia. Sms diterima saya jam 740 malam tadi. Lega dan SyUKUR!

Akhirnya sesi persekolahan minggu ini tamat juga. Mood untuk pulang beraya sudah mula terasa. Sayu di hati mengingatkan yang Ramadhan sudah hampir ke hujungnya. Syawal bulan kemenangan. Anak-anak didik tidak utus putus datang menjengah dan bersalaman sambil mengucapkan selamat hari raya… ada juga yang menghulurkan kad kad ucapan. Tidak kurang juga ada yang menghadiahi saya dengan kurma dan segala macam bentuk hadiah.

Antara bait kata di dalam kad ucapan yang kuterima:

Maafkan saya teacher kalau selama ni saya tak dengar cakap Teacher. Saya minta maaf kalau saya selalu tak buat kerja sekolah yang Teacher beri.

Terima kasih sebab mengajar saya!

Anak anak suci yang tulus hati!


Mencari Eleonore

Di manakah Eleonore sekarang? Sudah beberapa tahun saya tidak berhubung dengannya. Sejak kedatangan terakhirnya ke Malaysia, saya sudah terputus hubungan dengannya. Adakah dia sudah mencapai apa yang diinginkannya iaitu untuk menjadi seorang peguam di Switzerland tempat lahirnya?

Kali pertama bertemu Eleonore adalah ketika hari pertama dia datang ke sekolah. Hampir setahun dia bersama kami, makan dan pakai apa yang kami makan dan pakai. Sampailah satu hari kami sempat berbual panjang. Kebetulan saya ditugaskan guru untuk menemuramahnya sempena hari kemerdekaan Switzerland. Satu perkataan yang dia amat bangga untuk meyebutnya di hadapan saya adalah nestle!

sebelum pulang ke Switzerland, kami sempat bertukar alamat dan berharap akan berhubung kembali suatu hari nanti. Selang beberapa tahun kemudian, Eleonore datang kembali ke Malaysia untuk bertemu keluarga angkatnya. Ternyata ketinggiannya masih seperti dulu. Malah sudah mampu untuk bertutur sepatah dua Bahasa Malaysia. Ternyata, Allah kabulkan doa saya untuk bertemu Eleonore semula. Kami pun membawa haluan masing-masing. Eleonore pulang ke Switzerland dan saya meneruskan pelajaran di sini.

Beberapa tahun kemudian, saya mencari dia kembali. Sudah agak lama saya mencari di laman web AFS, tetapi masih tidak mampu untuk menjejakinya. Ke mana dia Eleonore Maitre yang saya kenali dahulu?

Still waiting…..


Ada apa dengan matamu?

Saya tidak pernah mendapat soalan ini daripada sesiapa, walaupun banyak lagi soalan soalan yang lebih ‘berbunga’ yang pernah saya terima sewaktu menghadiri Bengkel Penulis Muda Johor beberapa tahun lepas. Antara kenangan indah yang pernah saya miliki bersama mentor menulis saya ketika itu, Allahyarham Dr Hj Othman Puteh. Saya masih menyimpan buku tulisan beliau yang ditandatangani beliau sewaktu 3 hari kami berkampung di Yayasan Warisan Johor.

“Malam ini Penyu Menangis dan Malam Ini Phildelphia Menangis adalah karya siapa?”

Dua tajuk yang hampir serupa tetapi ditulis oleh dua penulis yang berlainan usia. Kenangan ini membuatkan semangat saya untuk menulis kembali hadir. saya rindu untuk menajamkan kembali minda saya….

kembali dengan Ada Apa Dengan Matamu…

Kata seseorang padaku hari ini:

“I can see a sadness in your eyes,”

saya bertanya kembali,

“Betulkah kita boleh merasakan kesedihan orang hanya dengan melihat mata?”

Saya tidak tahu, saya tidak pernah memikirkan tentang ini. Bagaimana denganmu?