"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

*TAZKIYATUN NAFS – pembersihan jiwa*

 

Lazimnya umat Islam mampu utk melakukan penyucian jasmani setiap hari namun gagal utk menyucikan rohaniah dan jiwa mereka dalam satu jangka tempoh yang agak lama.Sebagai seorang mukmin,pembersihan jiwa adalah penting dalam kehidupan seharian kerana kita selaku hamba-Nya yang lemah acapkali melakukan kesilapan dan maksiat sama ada dalam sedar atau tidak disengajakan.Melalui pembersihan jiwa ini,kita dapat menginsafi segala kesilapan yang telah dilakukan,berazam utk menjadi seorang mukmin yang lebih baik dan seterusnya mengamalkan ‘amal makruf wa nahi mungkar’.

Imam Ghazali telah menenaraikan 4 bahagian yang menjadi asas kepada akhlak yang mulia.

1) Bijaksana – iaitu bagi seorang hamba Allah adalah puncak dalam membezakan perkara yang baik
dan buruk.

2) Berani – iaitu bilamana seseorang dapat menahan diri dari terus melakukan sesuatu yang buruk

3) Adil – iaitu kekuatan dalam jiwa yang dapat mengatasi sifat marah dan apa jua kemahuan
syahwat yang ada didalam diri.
– membimbing syahwat kepada kebijaksanaan.

4) Tazkiyatunnafs – menahan kemahuan syahwat dengan mendidik supaya tunduk dengan petunjuk akal
dan petunjuk wahyu.

Justeru,dengan menegakkan 4 asas ini,in sya Allah akhlak mahmudah yang lain dapat dimiliki oleh individu muslim itu.

Memandangkan betapa besarnya kepentingan tazkiyatunnafs dalam kehidupan,maka timbullah persoalan iaitu ;

Bagaimanakah cara untuk membersihkan jiwa?

1) Jihad dengan tadribat (latihan)

Dalam setiap latihan,sertakan dengan jihad dan kesungguhan.antara cara yang boleh dilakukan sebagai permulaan adalah dengan memaksa diri untuk berubah.Namun harus diingatkan disini,proses perubahan ini perlu diniatkan hanya kerana Allah dan bukanlah bertujuan untuk membanggakan diri.Riya’,’ujub dan takabbur perlu dijauhi sepenuhnya kerana amalan yang dibayangi dengan unsur-unsur ini akan terbatal.

2) Menempuh jalan yang berlainan dengan kehendak nafsu dan jiwa

Ini merupakan antara jihad terbesar bagi seseorang mukmin itu iaitu jihad melawan nafsu.Manusia telah dikurniakan akal dan nafsu dalam menjalani kehidupan.Seringkali akal tunduk kepada tuntutan nafsu kerana kurangnya iman dan amal.
Menurut Imam ghazali dalam kitab al-ihya’ ulumuddin,hati nurani disebut sebagai nafsu.Ia adalah jiwa manusia yang disifati dengan pelbagai sifat yang berbeza sesuai dengan perubahan keadaannya. 3 kategori nafsu manusia adalah;

a) nafsu mutmainnah-tiada rasa utk membuat perkara mungkar dan terpelihara dari penyakit-penyakit hati.
b) nafsu lawwamah – punya pertentangan antara membuat perkara yang baik dan keji
c) nafsu amarah – nafsu yang berkehendak dlm melakukan perbuatan yang keji.

oleh itu,mengikut jalan yang berlainan dengan tuntutan nafsu ini bermaksud melawan tuntutan nafsu amarah yang sering mengajak manusia kearah kejahatan.

3) Jihad dan Pengorbanan

Jihad seringkali dikaitkan dengan pengorbanan.ianya umpama dua elemen yang tidak dapat dipisahkan.pengorbanan disini lebih dititik beratkan kepada mengorbanan kesenangan dan keseronokkan ‘dunia’ dalam meraih kesejahteraan abadi di akhirat.

4) Yakin dengan pertolongan Allah

Setiap mukmin perlu meyakini bahawa janji Allah adalah benar.Justeru,kita perlu yakin dengan pertolongan Allah.munajat dan panjatkan doa kepada-Nya dengan penuh azam dan harapan yang seterusnya diiringi dengan usaha dan tawakkal.Banyakkan membaca Al-quran kerana hanya dengan mengingati Allah,jiwa akan menjadi tenang.

5) Dampingi orang yang soleh

Dengan mendampingi insan-insan seperti ini,kita akan lebih mudah menerima sebarang teguran yang mampu membina sahsiah yang tinggi .kita juga dapat menimba ilmu agama dari pelbagai aspek selain dapat melakukan ibadah dengan lebih sempurna dengan berkat tunjuk ajar dari mereka

6) Menghadiri majlis-majlis ilmu

Tidak dapat dinafikan lagi,dengan menghadiri majlis-majlis ilmu,kita dapat membersihkan jiwa kerana didalam majlis-majlis ilmu terdapat tazkirah dan ilmu pengetahuan yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan seseorang muslim.
Selain itu,telah dijanjikan kepada mereka yang pergi ke majlis-majlis ilmu kerana Allah pelbagai balasan yang baik.antara sebahagian dari hadith Rasulullah s.a.w ” Barangsiapa yang keluar ke jalan Allah,maka dipermudahkan kepadanya jalan ke syurga…” (ila akhiril ayah).

—>kesimpulan = diharapkan kita sama-sama dapat mengambil iktibar.kalau boleh kita mandi setiap hari,kalau boleh kita gosok gigi 3 kali sehari,kalau boleh kita cuci muke dengan pelbagai pencuci muka….kenapa tidak kita sucikan hati yang merupakan anggota yang begitu penting sekali dalam menentukan ‘stage’ amalan kita.sama-samalah kita berdoa agar hati kita sentiasa dibuka dalam menerima hidayah-Nya.amin.wallhua’lam

5 responses

  1. aris kusuma

    bagamana cara agar kita selalu bersih jiwanya

    Jun 30, 2007 at 1:13 am

  2. salam
    jangan lupa TAKHALLI dan TAKHOLLI

    Ogos 8, 2007 at 6:18 am

  3. sanggardewa

    Salam….
    Abzay.wordpress.com
    PINDAH ALAMAT ke:
    SANGGARDEWA.WORDPRESS.COM

    September 5, 2007 at 7:09 am

  4. Reblogged this on Imaduddin's Heart and Soul 🙂 and commented:
    The Author of this blog need to go tru SOUL CLEANSING …please make dua’ for her…..she cant even differentiate good and bad… she cant even differentiate reality and fantasy..she failed to see the ‘HIKMAH’…..
    she could not see the future of her.. she always think that she’s bad…n she also not sure why she feel very2 jealous when she look at soleh n solehah people…
    please make dua’ for her..so that so can be a better person and found her light to continue her life………………………………….

    Januari 28, 2013 at 10:08 pm

  5. Hope u may refer to my amendment.. some confusion happen here..maybe ..i should not re-blog like this..

    Februari 2, 2013 at 7:51 pm

Tinggalkan komen